Afifah siapkan breakfast untuk Fina, mengusap rambut gadis kecil itu yang makin panjang. Sambil itu, Afifah turut menyuap makanan ke dalam mulutnya mengabaikan fakta bahawa ada sepasang mata tidak putus memandangnya sejak awal tadi. Delvian merenung Afifah di depannya sambil sesekali menelan makanannya.
Tiada sepatah perkataan atau sebuah perbualan yang terjadi. Hanya senyap fokus pada sarapan masing masing. Selesai makanan selepas beberapa minit kemudian. Afifah bangun membawa pinggan miliknya dan Fina ke singki. Masih cuba mengabaikan Delvian yang wujud di situ.
Afifah mencuci tangannya dan akan membasuh pinggan yang dia dah guna. Memang dah jadi kebiasaan Afifah sejak tinggal dekat sini. Setakat satu, dua pinggan bukanlah masalah besar. Lagipun dia dah makan dekat sini pun dah bersyukur sangat. Kejap lagi kalau Aunty Za nampak mesti dia halang Afifah.
" Akak, ". Afifah alihkan pandangan pada Fina yang menghulurkan tangan ke depan bermaksud ingin membasuh tangannya. Afifah menarik lembut tangan kecil itu dekat pada air membasuhnya dengan bersih walaupun tangan Fina sememangnya dah bersih.
" Terima kasih akak ". Ucap Fina sebelum berlari keluar dari dapur, mesti nak naik ke bilik. Sekejap lagi Fina akan belajar. Pinggan yang sudah di bersihkan di letak pada rak yang ada. Baru je tangan dia matikan air, satu tangan kekar maju meletakkan pinggan dalam singki di depan Afifah.
Tak nak berduaan lebih lama dengan Delvian. Afifah membawa badannya ke tepi menjauhkan diri daripada Delvian dan akan ke atas melihat atau membantu Fina. Bagaikan mudah, Afifah melarikan diri dari Delvian. Tak ada tanda lelaki itu mahu menahannya. Lega sikit hati Afifah. Laju dia menapak pergi dengan segera.
Delvian hanya memerhati belakang badan wanita yang jelas lagi nyata cuba menghindarkan diri darinya. Tak payah berlama lama dekat situ, dia pun ikut naik ke atas.
Afifah menyusun buku Fina ke atas meja. Gadis kecil itu sudah siap sedia di meja belajar menanti cikgunya sampai. Dia sedikit terkejut apabila mendapati Faira sudah berdiri di ambang pintu. Dengan langkah anggunnya cikgu tersebut berjalan ke arah Fina selepas melirik Afifah sekilas tadi.
Faira mengambil tempat duduk di sebelah Fina. Disebabkan cikgu dah sampai, Afifah tak nak jadi penganggu memilih untuk melangkah keluar memberi ruang Fina belajar. Lagipun entah kenapa pandangan Faira seakan tak suka dengan kehadiran Afifah. So lebih baik dia pergi.
" Hey Afifah ". Terhenti mendadak kaki Afifah yang hampir melepasi bingkai pintu sebaik namanya di laungkan oleh Faira. Afifah palingkan badannya secara perlahan menghadap Faira yang memang menatapnya. A-Ada apa?
" Y-Ya? ". Afifah menanti dengan riak wajah tertanya-tanya sendiri kenapa Faira memanggil dia tadi. Faira menolak rambut panjang bergelombang cantik ke belakang bahu. Matanya merenung Afifah dari atas ke bawah seakan judge Afifah melalui tatapan.
" Ambilkan aku air. Air mineral pun cukup ". Kedengaran sedikit mengarah. Afifah tergamam sendiri di depan pintu. Oh—Air. Afifah memberikan senyuman ramahnya, menganggu kecil sebagai jawapan lalu membuka mulut.
" Okay cik Faira ". Jawab Afifah menurut, tak ada niat membantah sama sekali. Lagipun tolong cikgu yang mengajar Fina tak apa kan? Perhatian Faira beralih pada Fina semula. Afifah berjalan selepas menyahut. Dalam diam mencebik bibir Faira.
Fina cukup mendengar semua itu tadi. Tangan yang menulis angka di hentikan lalu mendongak memandang cikgunya. Wajah polosnya meneliti wajah penuh calitan make up tersebut. Faira yang di tenung, menaikkan keningnya seolah bertanya.
" Kwenapa cikgu suruh akak ambilkan air? Akak bukan maid lah cikgu, aunty Za kan ada ". Fina bersuara dengan perlahannya. Berubah riak wajah Faira sesaat dengan suara Fina. Namun lekas dia ubah wajahnya kepada senyuman.

ANDA SEDANG MEMBACA
Delvian's Property
FanfictionNayla Afifah seorang wanita yang hidup dalam keadaan serba sederhana bersama abangnya. Namun disebabkan sikap bodoh abangnya yang tak berfikiran panjang mengubah kehidupan mereka menjadi lebih teruk dan musnah. " Ikut aku dan semuanya selesai ". Se...