-15

4.9K 362 18
                                        

Afifah berdiri mematung apabila terserempak dengan satu susuk tubuh seorang wanita yang dia pernah berjumpa. Wanita cantik, elegan dan kaya yang dia pernah jumpa di rumah Delvian. Wanita yang memandang Afifah dari atas ke bawah dengan wajah sombongnya. Afifah kaku berdiri dengan gugupnya.

" Apa kau buat dekat sini? ". Afifah yang hanya setinggi dagu wanita itu berdiri mematung. Wanita tersebut atau nama diberi sebagai Dania memeluk tubuh menatap sinis ke arah Afifah. Afifah terkulat sendiri mahu menjawabnya. Jadi dia memilih untuk menunduk daripada bertatap mata dengan Dania. Segan berhadapan dengan orang kaya.

" S—Saya kerja dekat sini ". Nak atau tak Afifah terpaksa menjawab walaupun mulutnya terasa pahit. Dania masih dengan pandangan yang sama iaitu melirik atas ke bawah tanpa henti. Bukan dia tak kenal pakaian yang dikenakan oleh pekerja dekat hotel ni.

" Sejak bila kau kerja dekat sini.". Nampaknya Dania masih tak nak membiarkan Afifah menjalankan pekerjaannya lagi. Afifah semakin terasa kerdil berdiri di depan orang yang nampak mewah. Rasa kehidupan mereka jauh berbeza dan berlainan.

" Se--Sejak— ".

" Afifah! ".

Afifah menolehkan kepala ke arah suara yang memanggil kuat namanya. Ucapan dia pun terpotong begitu sahaja akibat Miss Bella memanggilnya. Bella melajukan langkah kakinya sehingga sampai di sebelah Afifah lalu memberikan tunduk hormat sambil menyebutkan kata  "Good morning, Miss".

Afifah diamkan saja, kata itu memang sudah menjadi kebiasaan mereka jika bertembung dengan tetamu atau customer yang datang. Bella menyenggol bahu Afifah dengan riak wajah seakan menyuruh Afifah menceritakan apa yang terjadi.

" A-Ada sebarang masalah Miss?". Ujar Bella selepas menyenggol Afifah sesaat tadi. Dia menghadiahkan senyuman manis sambil bertanya. Manakala Afifah pula setia menunduk seakan takut dengan mengenggam kedua tangannya di depan badan.

" Nothing, sejak bila budak ni kerja dekat sini ". Kening Bella berkerut lalu merenung Afifah dengan terkejut. Kenapa Miss Dania boleh bertanya sampai ke tahap ingin mengetahui sejak bila Afifah bekerja. Apa kesalahan yang Afifah sudah lakukan tadi. Menjengil mata Bella apabila bertemu dengan Afifah.

" Afifah? Dia dah kerja dekat sini sejak tahun lepas lagi. Kena—pa ya Miss? Afifah ada buat kesalahan dekat Miss ke? ". Laju Afifah mengangkat wajahnya menatap Bella terkejut lalu mengelengkan kepala memberi maksud yang dia tak melakukan kesalahan. Bella pula hanya mengerling sekilas sebelum fokus menghadap Miss Dania.

" Oh, macam tu ke ". Dania mengalihkan matanya kepada Afifah pula. Senyuman sombongnya muncul sebaik Afifah menundukkan kepala ketika berlawan mata dengannya sekejap tadi. Takut sangat. Bella mengangguk mengiyakan.

" Yes, Miss ". Bella sebagai ketua department housekeeping mestilah membantu pekerja bawahannya jika melakukan sesuatu masalah. Dania menghela nafas seraya menyarungkan cermin mata hitam dengan bergayanya. Rambutnya di tolak ke belakang bahu.

" You, follow me right now. ". Jari telunjuk Dania runcing daa lurus menghala tepat ke arah wajah Afifah mengarahkan gadis itu mengikuti dia. Dania berjalan keluar terlebih dahulu. Bertambah takut Afifah jadinya. Dia memandang Bella seakan meminta pertolongan. 

" Salah apa yang kau dah buat ni Afifah ". Bella merenung Afifah tajam tapi pada masa yang sama dia sendiri risau dengan keselamatan pekerjanya. Afifah memang sudah berubah cuak dan pucat sejak mula tadi.

" Afifah tak buat apa apa pun Miss, to-tolong saya Miss ". Afifah memegang tangan Bella supaya menghalang dia mengikuti Dania tapi lain pula yang terjadi. Bukannya Bella menghalang tetapi menyuruhnya mengikuti Dania tanpa membantah.

" Sekarang ni kau pergi ikut Miss Dania dulu. Jangan melawan mesti Miss Dania nak cakap something dengan kau. Pergi cepat nanti dia marah ". Arah Bella sambil mendorong perlahan badan Afifah supaya bergerak.

Delvian's PropertyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang