-14

5.1K 363 58
                                        

Afifah bekerja seperti hari biasanya. Sudah dua hari dia mengambil cuti tanpa sebab. Jadi sekarang dia terpaksa bekerja semula walaupun hatinya dalam keadaan yang tak tenang. Selepas dia sign je surat perjanjian. Dia terus melangkah ke The Great Jail tapi hampa. Rupanya Delvian tak membebaskan Azka pun.

Awalnya dia nak memarah, memaki hamun lelaki beranak satu itu namun ditahan kerana tak nak menyulitkan keadaan yang sememangnya sulit. Tuan Jason menyampaikan pesanan daripad Delvian untuk Afifah. Selagi Afifah tak benar benar menjalankan tugas sebagai pengasuh Fina.

Selagi itu Azka tak akan pernah bebas. Padahal Afifah sendiri sudah menurunkan tandatangan apa lagi yang Delvian mahukan. Dia juga perlu ruang untuk berfikir tentang perkara ini memandangkan ini terkait dengan masa depan hidupnya. Memang dia bodoh memberikan tandatangan tapi biarlah dia mencari nafas segar seketika.

Afifah yang sedang menyimpan comforter, bantal di sebuah bilik penyimpanan menoleh apabila terdengar suara miss Bella memanggil namanya. Dia menutup rapat almari dan berlalu keluar. Dari situ dia melihat miss Bella bercakap sesuatu dengan Suhaila.

" Hah! Sini pun kau, penat aku cari kau dari tadi. Kau buat apa dekat sini? ". Menderu miss Bella bersuara sambil bercekak pinggang menatap Afifah tajam. Rasa cuak mula mengelilingi Afifah. Dia melirik Suhaila yang turut berada di situ.

" Ke-napa ni miss Bella? A-Afifah ada buat salah ke? ". Ujar Afifah takut takut. Mana tahu dia ada terbuat salah tanpa sedar ke. Bella menghela nafasnya sebelum menarik lengan Afifah membawa keluar dari bilik khas penyimpanan barang tersebut. Afifah yang tak faham hanya menurut.

" Hah, kau Suhaila buat kerja kau jangan nak sibuk tengok orang. Potong gaji baru tahu. ". Bella sempat mengugut Suhaila yang tercegat di situ. Padahal kawan Afifah itu elok berdiri tak bersuara sama sekalipun kena tempias. Afifah memandang sayu tapi dengan senyuman tipis.

" Miss Bella kita nak pergi mana sebenarnya ni?". Semasa dalam perjalanan Afifah menyoal tetapi tidak di layan oleh Bella. Ketuanya itu hanya menariknya pergi tanpa suara. Sampai di satu lorong, tersedia sebuah dulang berwarna silver bersih dengan dua buah gelas berukuran kecil dan sebuah jug cantik terletak.

Anak mata Afifah jatuh memandang ke arah benda tersebut sebelum naik menghadap Bella yang sudah berposisi memeluk tubuh. Air liur ditekan susah. Dia memegang lengannya yang ditarik tadi. Terasa agak perit.

" A-Apa ni miss Bella— ".

" Macam ni Afifah, sekarang kau pergi hantar minuman ni dekat room 39T. ". Afifah terdiam hairan. Matanya membulat memandang Bella tak faham. Kelopak matanya berulang kali berkedip. Dia tak mengerti, ini bukan kerja dia.

" Tapi miss— room 39T bukan ke ruang vip. Saya tak ber-tugas dalam room vip ". Afifah cuba menjelaskan kembali, yang dia hanya bekerja di ruangan biasa. Ada staff lain yang akan melakukan kerja untuk bilik vip. Dia dan Suhaila hanya pekerja biasa. Lagi pula kebanyakkan tetamu yang ada semuanya orang berada dan kaya raya.

Afifah risau kalau dia tersilap langkah, dia akan kena marah dan dibuang kerja. Memang semua staff terlatih tapi dia tak pernah bertugas ke bilik vip sama sekali. Begitu juga Suhaila. Jadi kenapa tiba tiba dia harus hantar minuman ni dekat bilik vip tersebut.

" Aku tahu itu bukan bahagian kerja kau Afifah tapi ni atas arahan tetamu room 39T tu sendiri. Jadi tolong hantar je tak susah pun. Asalkan jangan ganggu tetamu vip tu sudah ". Arah Bella menjelaskan segalanya. Afifah tak tahu kenapa tetamu vip yang tak dia kenal boleh bagi arahan macamtu.

" Tapi— ". Sekali lagi percakapan Afifah dipotong.

" Hantar je Afifah. Jangan risau kau akan dapat bonus lebih sebab buat kerja ni. Dah cepat pergi sana, kang marah pula tetamu tu. Ingat Afifah room 39T. Jangan silap room pula. ". Bella sedikit mendesak dengan paksaan. Tak nak melawan perintah bossnya.

Delvian's PropertyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang