Afifah duduk dengan tubuh kejungnya sambil memandang meja di depannya. Mereka bertiga sudah masuk ke restoran mewah yang dengan Fina duduk di sebelah Afifah manakala Delvian di depan budak kecil tersebut. Nasib baik depan Afifah kosong kalau tak nak bernafas pun macam payah.
Dia menolehkan kepalanya menghala ke luar kaca dinding restoran. Terlihat ada dua orang yang merupakan bodyguard Delvian berdiri di tepi kereta. Cuba cerita sekarang macam mana Afifah nak larikan diri kalau orang orang Delvian terpacak dekat luar sana. Mesti Delvian dapat kejar dia nanti atau—
Ting! Otak Afifah memberi satu cadangan. Lari ikut pintu belakang? Mungkin Afifah boleh berpura pura pergi ke toilet dan lepastu dia bebas melarikan diri. Wow idea yang cukup bernas.
Tapi berani ke Afifah melarikan diri tanpa membawa pakaian lain selain pakaian yang dia pakai sekarang ni. Tak mungkin nak larikan diri tak bawa apa apa persiapan. Barang yang ada pada tangannya sekarang ini hanyalah beg berisikan telefon dan juga dompet.
Dompet pun tak terisikan dengan duit. Ada tiga helai lima puluh sahaja. Cukup ke Afifah nak hidup? Dia belum genap sebulan kerja dengan Delvian. Dari mana dia nak korek duit. Azka langsung hilang tiada khabar berita. Enjoy dengan duit hasil pemberian Delvian agaknya.
" Akak, suapkan Pina boleh ". Lengan Afifah di goyangkan oleh tangan Fina dengan bibir terbuka meminta wanita itu menyuapkan steak ke dalam mulutnya. Hilang lamunan panjang Afifah seketika tadi digantikan dengan tumpuan kepada Fina yang baru meminta.
" Bolehh ". Afifah menyuakan potongan steak ke dalam mulut Fina dan di gigit dengan senang hatinya. Mulut berbunyi riang sambil mengunyah. Gembira ada Afifah suapkan dia. Buat kedua kalinya, Fina menganga besar meminta suapan lagi.
" Fina stop it. Makan sendiri, Fina ada dua tangan kan. Jangan buat papa marah dekat sini. Cukup Fina tak dengar cakap papa tadi.". Kini, Delvian menegur dengan keras. Tak suka dengan sikap Fina yang tadi. Mendapat teguran tersebut membuatkan bibir Fina melengkung.
Gadis kecil itu berkecil hati dengan teguran berupa marah tersebut. Dia mengenggam garfu mencucuk steak dengan sendirinya walaupun kelihatan sedikit sukar. Perhatian Afifah jatuh kepada wajah garang Delvian. Perlu ke nak tegur macam tu. Tak salah pun kalau Fina nak orang suap dia.
Macam mana lah Fina bertahan sebelum sebelum ini. Macam ni ke Delvian melayan Fina. Afifah mengeluarkan tisu dari dalam begnya, mengusap sekitar mulut Fina yang comot kerana makan sendiri. Delvian yang memerhatikan Fina, turut memandang ke arah Afifah.
" Saya rasa tak salah pun kalau Fina nak saya suapkan dia ". Afifah sedar dia tak sepatutnya bersuara tapi tak kan hal kecil macam ni pun Delvian nak marah Fina. Delvian bersandar pada kerusi dengan lagak angkuhnya. Bibirnya ternaik menatap Afifah yang berani.
" Jangan manjakan Fina sangat. Aku kenal anak aku macam mana.". Balas Delvian bersama nada sombongnya menyinis di penghujung ayat. Afifah tertunduk sesaat kan dia dah kata dia tak patut bersuara tadi. Mengabaikan Delvian, Afifah mengusap kepala Fina.
Sayangnya Fina. Kecil kecil lagi dah kehilangan ibu. Mestilah budak kecil macam Fina yang baru berganjak usia kelima tahun harus bermanja dengan seorang yang dipanggil ibu. Rasa kasihan hinggap dalam diri Afifah. Sanggup ke dia larikan diri nanti dan tinggalkan Fina.
Ingat, Fina tak ada kaitan dengan kau Afifah. Bisik satu suara di dalam kepalanya. Betul Fina tak ada hubungan pun dengan Afifah. Kalau dia pergi pun keadaan akan berbalik kepada asal. Fina ada Delvian. Selama ini hidup Fina bergantung pada Delvian. Afifah bukanlah siapa siapa.
Mereka kembali menikmati makanan tanpa sebarang perbualan lagi. Hanya bunyi sudu berlaga yang kedengaran. Sehinggalah Afifah menyelesaikan suapan terakhirnya. Dia membantu Fina yang kesusahan. Tidak peduli dengan pandangan Delvian.
YOU ARE READING
Delvian's Property
FanfictionNayla Afifah seorang wanita yang hidup dalam keadaan serba sederhana bersama abangnya. Namun disebabkan sikap bodoh abangnya yang tak berfikiran panjang mengubah kehidupan mereka menjadi lebih teruk dan musnah. " Ikut aku dan semuanya selesai ". Se...