" Akak baik ".Delvian memutarkan badannya memandang ke arah bawah di mana suara itu muncul. Fina si gadis kecil memerhati ke arah Afifah yang baru sahaja berlari pergi. Dahi Delvian hampir berkerut mendengar kata yang di keluarkan oleh anaknya. Dia tak salah dengar kan. Kakak baik? Anaknya memanggil adik kepada penculik itu baik?
Delvian merendahkan badan dengan satu lutut mengenai lantai agae setara dengan ketinggian sang anak. Pipi tembam dan rambut separas bahu milik Fina di usap perlahan. Dzafina Adria nama penuh Fina yang sebenarnya.
" Fina cakap apa tadi. Akak baik. Siapa akak baik Fina ". Sambil mengusap kepala anaknya Delvian bertanya. Bila bercakap dengan Fina suara si ayah sungguh lembut tanpa kesan menahan kemarahan tapi kalau bercakap dengan Afifah hanya kekerasan yang dia gunakan.
" Akak baik tuu tadi tu. Pina keyuar tadi lepastu nampak akak baik tu. Baru Pina nak dekat, akak baik tu dah pergi duyuu ". Ujar Fina dengan wajah berakhir mencebik apabila Afifah pergi tanpa melihatnya. Delvian menoleh ke arah pagar yang masih terbuka separuh.
" Kenapa Fina panggil dia akak baik ". Soal Delvian lagi mahu mendapat jawapan yang selayaknya tentang sebutan akak baik itu. Dia rasa Afifah dengan Faiz Azka bersekongkol dalam hal menculik anaknya. Jadi Afifah tak layak di gelar sebagai orang yang baik, bukan.
" Papaa akak tu baiklaa sebab.. dia tiup thangan Pina dekat sini". Fina mendekat pada papanya sambil menunjukkan di mana tempat Afifah meniup atau lebih tepat mengusap tangannya supaya menjadi tenang. Delvian mengambil tangan anaknya untuk di periksa sama ada sudah semakin sembuh atau sama.
" Papa papaa akak baik tu kan.. Dia peyuk Pina masa Pina nangis. Akak baik tu peyuk Pinaa lepastu dia cakap Janan akut akak ada dekhat sini ". Fina melakonkan semula aksi yang Afifah pernah buat iaitu mengusap kepalanya semasa sedang menangis kepada papanya. Delvian terkaku apabila tangan kecil anaknya mengusap kepalanya lembut.
" Akak tu peyuk Pina sampai Pina tidur. Tehee ". Pina tersengih lebar selepas bersemangat cerita pada Delvian apa yang Afifah lakukan demi menenangkan dia sewaktu itu. Entah kenapa budak kecil ini seakan gembira ketika bercerita tentang Afifah. Sesaat, Delvian terdiam memikirkan hal tersebut.
Adakah apa yang Fina ceritakan tadi betul atau pun hanyalah rekaan anaknya sahaja. Tapi selama dia jaga Fina dia kenal sikap anaknya. Fina tak mungkin menipu atau pandai mereka cerita. Kiranya Afifah memang tak berada di pihak yang sama dengan Faiz Azka tapi kenapa gadis itu begitu bersungguh mahu membebaskan Faiz Azka.
" Papa akak baik tu dathang nak jumpa Pina ke ". Fina menatap wajah papanya lama. Delvian semakin terdiam, Afifah datang ke sini bukan untuk menemui anaknya tapi menyerang dia. Apa yang perlu dia cakap untuk menjawab soalan anaknya ini. Pina bersandar pada kaki Delvian sambil bermain dengan rantainya.
" Jom masuk dalam, Fina belum sihat lagi kan mana boleh duduk dekat luar ni. Sini papa dukung ". Fina tanpa sibuk bertanya terus membuka tangan memeluk leher papanya sebelum badannya di angkat tinggi. Delvian berjalan masuk ke dalam rumah. Pertanyaan anaknya di biar tak berjawab.
" Papaa... ". Baru selangkah kaki Delvian berada di dalam rumah suara rengekan Fina muncul lagi. Dia fikir mungkin Fina mahu bertanya soal Afifah lagi tapi nafas leganya muncul apabila bukan itu yang di soal.
" Pina nak aiskrim boleh.. ". Delvian mencubit pipi anaknya dengan geram. Pina pula mengelak seraya melepaskan tawa halusnya. Jika di lihat oleh orang ramai pasti mereka mengatakan bahawa Delvian seorang ayah yang baik dan tak pernah berkasar pada sesiapa. Tapi kalau ada orang cuba mencederakan anaknya, sikap iblisnya akan keluar.
Itulah sikap yang dia tunjukkan ketika berhadapan dengan Azka dan Afifah. Memang seperti manusia yang di selimuti kekejaman dan kekerasan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Delvian's Property
FanficNayla Afifah seorang wanita yang hidup dalam keadaan serba sederhana bersama abangnya. Namun disebabkan sikap bodoh abangnya yang tak berfikiran panjang mengubah kehidupan mereka menjadi lebih teruk dan musnah. " Ikut aku dan semuanya selesai ". Se...