" Maaf waktu melawat dah habis sila datang esok lagi cik ". Afifah termangu sendiri ketika polis Darien itu membuka bicara. Dia belum sempat tanya sebarang soalan lagi. Afifah merenung sekitar hanya Darien yang ada di sini. Afifah mengemam bibirnya sebelum mengujarkan ayatnya.
" S-Saya bukan nak melawat, saya datang nak jum—pa tuan Jason. Tuan Jason ada kan ". Darien memberhentikan jari jemari yang sibuk menaip tadi. Entah apa lelaki itu taip. Sejak Afifah datang kerjanya asyik menaip je nak kata ada orang lain tak ada. Ke main Instagram. Lekas Afifah mengelengkan kepalanya tak baik fikir buruk.
" Tuan Jason tak ada sebab dia keluar tadi. Kalau nak jumpa tuan Jason datang balik esok pagi mungkin dia ada ".
" Oh, ka—lau saya nak nombor tuan Jason boleh tak ".
" Buat apa nak nombor tuan Jason?". Afifah tidak membalas lagi, bibirnya terkatup sendiri. Kenapa polis bernama Darien itu sibuk bertanya. Tak mendapat sebarang jawapan Darien mengapai sesuatu di bawah buku log yang ada di situ seakan mencari sesuatu. Darien bangkit dari duduk seraya meletakkan satu kad kecil di atas kaunter di depan Afifah.
" Tu kad tuan Jason ada nombor dia dekat situ sekali. Kau perempuan yang datang pagi tadi kan. Berapa umur kau ". Baru jari Afifah mahu menyentuh kad tersebut terus terhenti dengan pertanyaan Darien. Afifah memandang takut ke arah polis tersebut. Dah kenapa tanya umur pula.
" Umur saya dua puluh lima tahun". Dengan senyuman tipis Afifah cekalkan hati untuk menjawab sambil mengambil kad tersebut lalu di tenung lama. Afifah mahu mengucapkan terima kasih tapi lagi lagi tak jadi apabila Darien bertanya soalan yang tak ada kena mengena sama sekali.
" Dah kahwin ke belum ". Hairan Afifah jadinya. Kad tertera nama tuan Jason di ambil masuk ke dalam begnya. Beg itu juga menyimpan wang sebanyak 15k yang akan di beri kepada Jason nanti sebagai wang jaminan. Tapi di sebabkan Jason tiada di sini jadi terpaksalah Afifah datang esoknya.
" Be–Belum, terima kasih encik Darien ". Segera Afifah bergegas keluar setelah menjawab seadanya. Lagi cepat dia jawab lagi cepat dia pergi. Darien pula menjungkitkan sebelah keningnya ke atas melihat gadis itu seakan tergesa gesa pergi. Bahunya ternaik sesaat sebelum duduk kembali.
Afifah duduk di dalam rumah sambil memikirkan cara untuk balik awal daripada shiftnya. Agaknya miss Bella marah tak kalau dia minta cuti separuh hari. Satu hal lagi yang datang. Semuanya bergantung esok nak tak nak dia terpaksa meminta izin kepada Bella. Jikalau tidak nyawa Azka dalam bahaya.
Entah apa jadi dekat dalam sana. Alongnya di pukul ke atau macam mana. Afifah cuma berdoa semoga alongnya baik baik di dalam sana.
Paginya semasa Afifah menjalankan tugasnya dia berada dalam suasana yang tak tenang. Sekarang sudah masuk waktu lunch tapi di belum sempat menemui Bella lagi. Wanita itu pun tak terlihat sejak pagi tadi. Sedang sibuk dia memandang seakan menunggu kedatangan Bella bahu kanannya di tepuk dari belakang.
" Afifah jom pergi lunch nak ". Hampir terperanjat Afifah ketika bahunya di tepuk dari belah belakang. Segera kepalanya berpusing untuk melihat gerangan yang baru sahaja mengejutkan dia tadi. Oh Suhaila rupanya. Mendengar ajakan kawan sekerjanya itu membuatkan Afifah mengerling jam pada tangannya. Dah masuk tengah hari patutlah Suhaila mengajaknya lunch.
" Su-haila, kau nampak miss Bella tak? Aku cari dia dari pagi tadi tapi tak jumpa pula ". Ujar Afifah melepaskan resah di hatinya yang mencari kelibat Bella sejak pagi tadi. Suhaila menautkan dahinya sambil berfikir sama ada dia ternampak atau pun tidak.
" Pagi tadi aku ada nampak miss Bella dekat depan kaunter sana. Kalau se—karang aku tak sure. Kenapa Afifah? ". Dengan agak hairan Suhaila bertanya. Kenapa pula cari miss Bella kan. Afifah memberikan senyuman kekoknya sebelum menjawab.
YOU ARE READING
Delvian's Property
FanfictionNayla Afifah seorang wanita yang hidup dalam keadaan serba sederhana bersama abangnya. Namun disebabkan sikap bodoh abangnya yang tak berfikiran panjang mengubah kehidupan mereka menjadi lebih teruk dan musnah. " Ikut aku dan semuanya selesai ". Se...