Vote jangan tak vote 🦋⚠️
———
Dania menghempaskan badan bersandar bersebelahan dengan Delvian yang khusyuk merenung skrin telefon. Tidak menoleh bahkan sekilas untuk menghadap adiknya. Dania tak kisah. Dia naikkan jari jemarinya menilai kukunya yang cantik terbentuk dan memakai nail polish.
" Delvian, kau tahu tak abang Afifah Faiz Azka tu datang jumpa Afifah.". Hal yang Dania bangkitkan berjaya menarik perhatian Delvian. Lelaki itu terdiam beberapa saat sebelum menoleh ke arah Dania. Dania ralit meniup kukunya padahal dah terletak elok dah.
" Bila? ". Soal Delvian dengan lajunya. Dania menyimpan simpulan senyuman yang bakal terbit daripada bibirnya. Nampaknya big boss dah dijerat ke arah perbualan.
" Tiga hari lepas. ". Sahut Dania sejujurnya. Tidak menipu sama sekali. Dania alihkan mata kepada abangnya yang kelihatan berfikir panjang. Oh, Oh.
" Aku bet Afifah tak ada cerita apa apa pasal abang dia dekat kau right.". Sambung Dania lagi bila Delvian mendiamkan diri. Dari sudut tepi wajah Delvian nampak rahang abangnya terbentuk jelas. Mungkin menahan marah yang mulai datang.
" Gosh. Faiz Azka tu datang jumpa Afifah. Paksa Afifah bagi duit dekat dia. Terdesak sangat minta duit. Bila Afifah tak nak bagi, dia makin kasar sampai sakitkan budak tu. What the heck man, aku tak faham betul macam mana otak abang dia tu berfungsi.".
Dania membuka cerita dengan rasa kesalnya kerana sikap tak sopan dan kasar Azka terhadap Afifah yang merupakan adik sendiri. Dania tak habis fikir. Apa isi dalam otak lelaki yang pernah satu sekolah dengan dia dulu.
Riak muka Delvian berubah tegang. Menatap penuh tajam pada Dania. Kenapa Afifah tak bagitahu dia? Kenapa perempuan tu tak cerita dekat dia? Faiz Azka memang tak serik serik. Abang tak guna.
" Habistu apa yang Afifah buat? Kau buat apa dekat sial tu. ". Dania mengibaskan tangan pada mukanya. Rasa panas bila memikirkan Faiz Azka itu. Delvian menanti walaupun gunung berapi dalam kepalanya mula aktif meletup-letup kecil.
" Afifah? Dia just mengelak tak nak bagi sampai nak menangis dah. But dengan aku no chance lah memang dapat kaki aku lah. Itu aku tak puas hati lagi. Boleh pulak Afifah pergi halang aku. Oh My God! Aku tak faham betul dengan dia tu. Afifah tu terlampau baik tahu tak!".
Dania mengeluarkan segalanya. Termasuk bahagian Afifah yang dirasakan kadang kadang baiknya di luar fikiran. Telefon sudah tergenggam dalam tangan Delvian mendengar dengan teliti. Dalam otaknya mereka scenario di mana pukulannya mendarat atas muka Azka.
" Sumpah aku tak faham kenapa Afifah tu baik sangat. Dia lemah lembut sangat tahu tak. Baik hati sangat halang aku daripada pukul Azka tu. First time aku jumpa orang baik hati macam Afifah tu. ". Dania mengakhirkan dengan gelengan kecil membayangkan kebaikan hati murni Afifah yang begitu ikhlas.
" Mana Azka sekarang. ". Suara Delvian berubah dalam. Lekas Dania memandang Delvian yang duduk tegak. Dia menelan air liurnya kerana berdebar. Kalau Delvian dah bereaksi seperti ini. Janganlah nak bergurau atau bermain-main lagi.
Delvian hundred percent serious!
" M-Mana lah aku tahu. Lepas kejadian tu. Aku terus ajak Afifah balik dan tinggal Azka dekat situ.". Dania menurunkan kaki yang menumpuk satu tadi. Delvian hanya senyap kemudian tanpa bicara lelaki itu bangun naik ke atas.
Dania memerhati dari sofa yang dia duduki. Afifah memberi kesan dalam kehidupan Delvian? Hanya sebab Dania menceritakan benda tu, Delvian akan bertindak? Wow. Abangnya dah jumpa orang yang tepat. Mungkin?

ANDA SEDANG MEMBACA
Delvian's Property
FanfictionNayla Afifah seorang wanita yang hidup dalam keadaan serba sederhana bersama abangnya. Namun disebabkan sikap bodoh abangnya yang tak berfikiran panjang mengubah kehidupan mereka menjadi lebih teruk dan musnah. " Ikut aku dan semuanya selesai ". Se...