Afifah mengamit tangan Fina ke atas katil. Budak kecil itu akan tidur sekejap lagi. Sebelum itu, dia tak lupa dengan apa yang Delvian beritahu. Fina perlu meminum hot chocolate sebelum tidur. Mug berisi air chocolate yang sudah suam suam panas di hulur ke arah Fina.
Menunggu dalam beberapa minit barulah Fina minum sehingga bersisa sedikit lagi. Afifah tak mahu memaksa jadi dia diamkan saja disebabkan gerak geri Fina seakan tak mahu menghabiskan air tersebut. Afifah membetulkan letak selimut pada badan Fina. Ini kali pertama dia melihat Fina tidur dengan mata kepalanya sendiri.
" Akak.... ". Panggil Fina meleret. Budak kecil itu mengenggam tangan Afifah lama. Pandangan orang mengantuk sudah jelas terlihat pada wajah gadis kecil ini. Afifah seperti biasa dengan senyumannya dia menjawab.
" Yaa.. ". Afifah membetulkan selimut agar Fina tidak sejuk. Afifah duduk di birai katil semula.
" Teman Pina tidur bolehh. Selalunya aunty Za teman sampai Pina tidur ". Pinta gadis kecil itu rendah. Rasa mengantuknya sudah memenuhi kepala.
" Boleh, Fina ". Afifah tak jadi pergi dia tepuk badan Fina perlahan mendodoikan gadis kecil itu sehingga terlelap lena. Baru Afifah mahu melepaskan genggam Fina, bunyi pintu terbuka kedengaran. Kepala Afifah terus menoleh ke arah sana melihat siapa yang masuk.
Delvian. Kenapa lelaki itu masuk? Secara mengejut tubuh Afifah mengeras membeku. Dia biarkan tangan kecil Fina memegang tangannya. Delvian berdiri tegak dengan kedua tangan masuk dalam poket seluar sambil memandang Afifah yang masih lagi duduk.
Melihat tatapan Delvian seakan mengatakan 'kenapa kau ada dekat sini lagi'. Membuatkan Afifah segera melepaskan tautan tangannya. Selepas itu, Afifah keluar dari dalam bilik Fina. Pintu di tutup secara perlahan tidak ingin menghasilkan bunyi yang menganggu. Namun belum sepenuhnya tertutup.
Afifah di tayangkan dengan satu adegan sweet. Di mana Delvian merendahkan badan mengucup dahi Fina. Ada desiran aneh dalam dadanya. Lantas dia menutup pintu sepenuhnya dan berjalan pergi.
Delvian menegakkan badannya selepas memberikan ciuman untuk Fina. Tanpa berpaling hujung sudut bibirnya terangkat naik. Dia tahu Afifah melihat perbuatannya tadi.
Niatnya Afifah nak ke bilik tapi tiba tiba perutnya berkeroncong kuat. Laparlah pula. Dia pun turun ke bawah. Dapur di tuju. Mencari makan pada masa hampir menunjukkan jam sebelas malam. Dapur luas dengan lampu masih bernyala di dekati. Langkahnya menjadi perlahan ketika hampir sampai. Kepalanya muncul dari balik dinding dan kebetulan aunty Za atau Afifah panggil sebagai makcik itu sedang mengemas barang di atas kabinet.
" Afifah, kenapa datang sini? Ada yang makcik boleh bantu ". Sapa aunty Za dengan lembutnya selepas melihat Afifah di situ. Kerana di tegur, Afifah masuk dengan senyuman tipisnya. Malu akibat di tangkap oleh aunty Za di dapur. Bersama sengihannya dia menghampiri keberadaan aunty Za.
" A-fifah, la—par.. aunty Za.. ". Sudah masa Afifah seharusnya menukar panggilan sebenar makcik kepada aunty Za. Aunty Za memberikan senyuman biasanya bila mendengar sebab wanita muda itu muncul di dapur.
" Kalau lapar, kamu duduk sini dulu. Aunty sediakan makanan sekejap, ". Aunty Za siap menarik kerusi mempersilakan Afifah untuk duduk. Rasa segan bercampur tak enak dengan perlakuan aunty Za. Seolah dia terlalu tinggi darjatnya.
" Aun—ty.. aunty tak perlu buat macam ni untuk saya. S-Saya boleh ambil sendi–ri.. Lagipun saya pengasuh Fina je...". Jawab Afifah dengan nada segannya. Malu kerana ada orang yang lebih tua daripadanya mahu menyiapkan makanan. Padahal dia boleh buat semuanya sendiri.
" Apa pula macam tu. Kamu pun tetamu juga walaupun pengasuh Fina. Dah duduk, aunty ambilkan". Aunty Za berkeras nak ambilkan makanan untuk Afifah. Sepanjang itu, Afifah berada dalam situasi yang canggung. Serba tak kena dia nak duduk tenang bila tengok aunty Za bawakan dia makanan sehingga ke meja.

ANDA SEDANG MEMBACA
Delvian's Property
FanfictionNayla Afifah seorang wanita yang hidup dalam keadaan serba sederhana bersama abangnya. Namun disebabkan sikap bodoh abangnya yang tak berfikiran panjang mengubah kehidupan mereka menjadi lebih teruk dan musnah. " Ikut aku dan semuanya selesai ". Se...