Afifah masuk ke dalam The Great Jail dengan langkah terbata-batanya memerhati sekeliling yang nampak menyeramkan. Buat pertama dalam hidupnya dia menjejakkan kaki dalam sebuah penjara dan penjara paling besar yang ada. Mata yang berair kerana menahan rasa seram sejuk di kawal sebaik mungkin. Bibirnya ternaik mengukirkan senyuman tipis. Hanya itu yang mampu.
" Sa-Saya nak jumpa along saya boleh ". Ujar Afifah setelah mendapat keberanian yang tercicir jatuh. Lelaki berumur mungkin dalam tiga puluhan tersebut berhenti daripada menaip sesuatu pada keyboard lalu memberikan perhatian kepada Afifah. Afifah pula memandang dengan takut takut.
" Boleh berikan nama penuh cik dan nama penuh penjenayah yang cik nak jumpa ".
" A-Along saya bu—kan penjenayah".
" Semua yang ada dalam sel besi penjara ni semuanya penjenayah. Kalau bukan penjenayah macam mana orang boleh masuk dalam ni? ". Polis lelaki memegang nama Darien tersebut membalas dengan sarkastik sehingga menyebabkan Afifah terpaksa menahan diri daripada menjatuhkan air mata kecewanya. Kepalanya menunduk ke bawah sekejap.
" Nama saya Nayla Afifah dan nama—along saya Faiz Azka. Boleh encik tolong check kan. Saya nak jumpa along saya ". Si gadis masih mengentalkan hati untuk berhadapan dengan polis tersebut demi berjumpa dengan alongnya yang berada di dalam sana. Polis bernama Darien itu segera mencari nama berkenaan dengan tegasnya menghadap skrin komputer.
" Faiz Azka, lelaki yang di tangkap atas sebab kes cubaan merogol dan menculik budak bawah umur ke ". Tertahan nafas Afifah setelah mendengar penjelasan yang tak wajarnya. Afifah mengenggam kedua tangannya erat dengan wajah di kawal sebaik mungkin. Penipu! Alongnya tak cuba nak ro—ro-- , melakukan perkara terkutuk tersebut pada Fina.
" A-Along sa—ya bu-bukan pe--perogol. Maklumat tu salah encik. Along saya tak—buat macam tu.. ". Afifah tahu siapa Azka. Tak mungkin alongnya akan membuat perkara terkutuk tu pada budak kecil. Ini mesti ada salah faham atau tersilap maklumat. Darien tidak mengubah riaknya, masih sama seperti awal tadi.
" Memang itu maklumat yang kami terima ". Bibir Afifah mengeletar halus dengan air mata menumpuk penuh seakan sesaat lagi akan jatuh. Masalah apa lagi yang dia akan hadap dalam kehidupannya ini. Berapa masalah yang dia kena lalui. Berapa banyak.
" Bo—leh saya jumpa— along saya ke encik ". Afifah rasa dia perlu mendengar jawapan daripada alongnya sendiri. Baru dia tahu sama ada tuduhan tersebut benar atau salah. Darien memandang skrin komputer semula menekan sesuatu pada tetikus.
" Cik tak boleh jumpa lagi Faiz Azka. Mungkin dalam— ".
" Darien biar aku uruskan hal ni. Kau buat kerja yang lain dulu ".
Datang seorang lelaki yang memakai pakaian smart casual menghalang Darien daripada bercakap lagi. Tertoleh kepala Afifah ke arah suara tersebut. Di depannya berdiri satu tubuh lelaki yang mungkin berumur hampir lima puluhan. Afifah mengalihkan mata pada Darien, lelaki itu bangun sambil memgambil dokumen sebelum berjalan pergi.
" Cik Afifah betul? ". Tanya lelaki tersebut. Dalam fikiran Afifah kemungkinan lelaki ini ketua dari semua unit penjara ini. Afifah menelan air liurnya perlahan dengan gugup.
" Y-Ya saya A—fifah ". Sebaik menerima kepastian lelaki tersebut menganggukkan kepalanya tanda faham. Afifah semakin di landa gugup orang jenis apa lagi dia akan hadap sekarang ini. Adakah sombong seperti encik Darien tadi atau macam mana.
" Bagus, saya Jason, ketua sekaligus orang yang paling berkuasa dalam penjara ni. Sekarang saya akan tunjukkan jalan. Sila ikut saya cik Afifah ". Jason mengenalkan dirinya dan menghalakan tangan untuk menjelaskan bahawa dia akan menunjukkan jalan kepada Afifah. Awalnya Afifah agar was was tapi di sebabkan rasa gugupnya dia mengangguk sahaja.

ANDA SEDANG MEMBACA
Delvian's Property
FanfictionNayla Afifah seorang wanita yang hidup dalam keadaan serba sederhana bersama abangnya. Namun disebabkan sikap bodoh abangnya yang tak berfikiran panjang mengubah kehidupan mereka menjadi lebih teruk dan musnah. " Ikut aku dan semuanya selesai ". Se...