hye
Afifah menolak sepucuk sampul berisi surat ke arah Bella sambil sedikit menunduk. Dia duduk berhadapan dengan Bella dan hanya sebuah meja menjadi penghalang antara mereka.
" Apa ni Afifah? ". Soal Bella lalu mengambil sampul surat tersebut dan membukanya. Orang yang disoal tidak menjawab melainkan tunduk bermain dengan jari tangannya sendiri menahan gugup. Rasa serba salah.
" Surat berhenti kerja? ". Bella membaca sesuai yang tertulis. Keningnya hampir bertaut kerana pelik. Wajah pekerjanya di telek lama. Afifah memerlukan beberapa saat sebelum membuka mulutnya.
" Ya, miss. Surat berhen—ti kerja saya... ". Jawab Afifah seadanya. Semua ini dia buat bersebab. Dia akan menuruti arahan Delvian untuk menjadi pengasuh Fina supaya membebaskan alongnya. Masa dah tak lama. Afifah pun dah sign surat perjanjian jadi dia terpaksa berhenti kerja di hotel ini. Walaupun sebenarnya hatinya keras menolak. Dia dah selesa kerja dekat sini tapi nampak gayanya terpaksa berhenti di sini.
" Tapi kenapa Afifah? Kenapa tiba tiba bagi surat berhenti macam ni?". Bella bertanya untuk mendapat kepastian dengan lebih mendalam. Dia sendiri terkejut dengan apa yang Afifah berikan ni.
" S-Saya minta maaf, miss. Saya terpaksa berhenti kerja secara mendadak ". Afifah semakin tunduk serba salah. Mengumpul kekuatan untuk memberitahu tentang keingginannya untuk berhenti. Bella merenung sampul putih pada tangannya lalu melirik Afifah.
" Okay tapi kenapa? Kenapa nak berhenti. Tak bolehlah macam ni Afifah. Kontrak kau pun setahun kan.".
" Ya miss, setahun tapi saya dah kerja dekat sini lebih setahun dah kan... ".
" Aku tahu dah setahun. Tapi kenapa bagi surat mendadak macam ni. Kau ada masalah ke? Atau kau dah dapat kerja yang lebih baik dari kerja ni? Cuba cakap Afifah ". Sebenarnya dia agak curiga dengan Afifah yang memberikan surat berhenti kerja secara mengejut. Padahal selama ini gadis itu elok bekerja tidak merungut sedikitpun.
" Bu-kan.. macam tu miss. Saya berhenti sebab saya ada— masalah keluarga sikit.. ". A-fifah terpaksa mencipta alasannya tersendiri walaupun sebenarnya memang ada kaitan dengan keluargnya.
" Masalah keluarga? Kau bukan ada abang je ke? ". Bella cuba mencari tahu lagi. Susah nak lepaskan pekerja yang baik macam Afifah ni. Afifah teragak agak menganggukkan kepalanya. Bella menghela nafasnya sendiri.
" Kalau kau dah bagi sebab macam tu. Tak apalah, nak buat macam mana lagi kan nanti aku selesaikan semua. ".
" Te-Terima.. kasih, miss Bella..". Afifah bangun memberikan hormat beberapa saat. Bella turut bangun selepas menyimpan surat Afifah di dalam laci. Afifah keluar dari tempat duduknya dan berhadapan dengan Bella. Bella menepuk bahu pekerjanya, memberi semangat.
" Sama sama, baik baik jalan tu. Hati hati dekat luar sana ". Pesan Bella dengan lembutnya tak ada berkasar sama sekali. Afifah berasa bersalah tapi apa dia boleh buat selain pilih pilihan ini. Bella mengikut langkah Afifah sehingga ke pintu.
" Terima kasih miss ". Sekali lagi Afifah bersungguh mengucapkan terima kasih. Bella mengiyakan bersama senyumannya. Seusai itu, mata Bella memerhati pemergian Afifah yang semakin menjauh sebelum menutup pintu.
Afifah melipat pakaiannya yang akan dia bawa ke rumah Delvian nanti. Barangnya bukan banyak pun. Baju pun semuanya baju lama, hanya ada beberapa yang baru itupun jarang pakai. Dia berjalan sambil menarik bagasi sederhana miliknya keluar dari rumah.
Berat hatinya nak meninggalkan rumah ini, dia dah tinggal dekat sini sejak kecil dan sekarang dia kena pergi. Selepas Azka bebas, hanya lelaki itu yang akan tinggal dekat sini. Afifah bergerak keluar mengunci pintunya. Rumah miliknya di tenung lama. Nanti, kalau ada masa lapang dia akan datang dekat sini lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Delvian's Property
Fiksi PenggemarNayla Afifah seorang wanita yang hidup dalam keadaan serba sederhana bersama abangnya. Namun disebabkan sikap bodoh abangnya yang tak berfikiran panjang mengubah kehidupan mereka menjadi lebih teruk dan musnah. " Ikut aku dan semuanya selesai ". Se...