Langkah kaki Afifah lemah lesu ketika masuk ke dalam rumah kecilnya. Dah lama rasanya dia tinggalkan rumah ni padahal baru beberapa jam. Biliknya di tuju dengan wajah yang tak bersemangat. Tenaganya semua terkuras habis oleh sikap Delvian yang memperlakukan dia dengan buruk. Sebaik berdiri di depan meja berhias.
Dia merenung ke pantulan cermin yang memaparkan sesusuk tubuh lemah seorang wanita. Pantulan dirinya sendiri. Keadaannya nampak menyedihkan. Tudung di tarik lepas dari kepala, menjatuhkan rambutnya yang tak terikat kemas. Jari jemarinya menggigil apabila menyentuh leher.
Di mana bentuk jari Delvian berbekas pada lehernya meninggalkan kesan lebam. Fikirkan betapa kuatnya lelaki itu mencengkam lehernya. Tiada angin tiada ribut, cecair jernih jatuh mengalir dengan laju. Riak wajahnya masih sama. Kenapa semua benda buruk ni terjadi dalam hidup dia.
Kenapa tak orang lain. Kenapa dia kena berurusan dengan lelaki yang bernama Delvian tersebut. Cara apa yang perlu dia ambil hanya untuk membantu alongnya bebas dari dalam penjara. Masa semakin suntuk. Kalau Afifah lambat, masa akan berlalu dengan cepat. Hari akan berganti hari dan menjadi minggu.
Nyawa Azka dalam bahaya. Patut ke Afifah memilih pilihan yang Delvian berikan iaitu menjadi pengasuh Fina. Kakinya melemas sehingga terduduk ke atas lantai. Lututnya di bawa rapat pada dada sambil melepaskan tangisan. Dia tak nak jumpa Delvian lagi. Dia tak nak ada kaitan dengan Delvian.
Tapi apa yang dia mampu buat selain mengikuti arahan Delvian. Hidupnya memang tak akan tenang ke walau seminit. Semuanya berpunca dari alongnya sendiri. Kalaulah Azka mendengar amaran jangan melakukan perkara bodoh. Pasti dia tak akan pernah bertemu dengan Delvian.
Kenapa. Kenapa Azka selalu membuat masalah sehingga membabitkan Afifah sekali. Atau patut ke dia membiarkan Azka di dalam sana memandangkan ini semua terjadi di sebabkan sikap buruk alongnya sendiri. Tapi— Afifah tak sanggup untuk mengabaikan alongnya. Azka satu satunya orang yang mempunyai darah daging yang sama dengannya.
Jadi macam mana dia nak biarkan Azka mati meringkuk dalam penjara. Kalau orang atasan pun berkomplot dengan Delvian. Dekat mana tempat Afifah mahu mengadu nasib. Bunyi deringan telefonnya kedengaran menghentikan tangisannya. Segera tangannya mengambil telefon.
Tertera nama Fakrul di skrin telefon dia.
" Afifah. Awak sihat ke tak ni. Kenapa macam pucat je, awak sakit ke? ". Ujar Fakrul apabila mereka berdua bertentang mata. Afifah cuba menghalang pandangan Fakrul yang mencari wajahnya. Afifah tak nak orang tengok muka sembabnya yang kelihatan menyedihkan. Mereka berdua duduk di kerusi yang tersedia di sebuah taman permainan.
" A-Afifah sihat, cuma pening kepala sikit. Fakrul, Afifah nak pulangkan duit yang Afifah pinjam haritu. Afifah tak ada ambil sikit pun. Semuanya cukup lima belas ribu ". Anak mata Fakrul mengekori bungkusan duit yang di tolak Afifah ke arahnya. Sesekejap dia merenung Afifah dengan tatapan hairan.
" Kenapa kembalikan cepat sangat? Masalah awak dah settle ke? Atau ada something yang buat awak bagi balik duit ni dekat saya?. Kalau ada masalah, kongsi dengan saya. Jangan simpan sendiri Afifah.". Fakrul tak terlalu kisah dengan duit di depannya. Afifah lebih penting. Gadis itu kelihatan lemah lesu tak bermaya.
Tengoklah sekeliling mata yang bengkak dan kantung mata terlihat jelas. Apa yang Afifah lakukan sampai wajahnya jadi macam ni. Apa yang menganggu gadis itu? Kenapa Afifah sentiasa merahsiakan segala galanya daripada dia? Mereka cukup rapat untuk berkongsi masalah tapi Afifah...
Gadis itu lebih memilih untuk memendam sendiri. Menyimpan semuanya sendiri sehingga menyakitkan diri sendiri. Afifah mengeleng perlahan. Dia memberikan senyuman tipis. Dia faham Fakrul risau dengan kesihatan dia tapi tak semua benda harus di ceritakan pada orang lain.

ANDA SEDANG MEMBACA
Delvian's Property
FanficNayla Afifah seorang wanita yang hidup dalam keadaan serba sederhana bersama abangnya. Namun disebabkan sikap bodoh abangnya yang tak berfikiran panjang mengubah kehidupan mereka menjadi lebih teruk dan musnah. " Ikut aku dan semuanya selesai ". Se...