-13

4.8K 327 19
                                        

Delvian menghulurkan sehelai kertas putih di atas meja tepat di depan Afifah. Afifah masih dalam rasa malunya kerana hal tadi tapi dia bawa tangannya mengambil kertas tersebut. Baru dia baca beberapa patah kata, dia langsung merenung Delvian. Delvian yang direnung menjelasakan apa yang dipegang oleh Afifah.

" Itu surat perjanjian selama kau jadi pengasuh Fina. Aku nak bukti yang kau kerja dengan aku,  jadi pengasuh dan jaga anak aku.".

Afifah mengangguk faham tapi baru baca syarat yang pertama, keningnya hampir bertautan.

" Tapi— Siapa pihak pertama? ".

" Aku. Aku pihak pertama ".

" Mak-sud encik? Kenapa saya kena dengar segala pihak pertama arahkan. Saya pengasuh Fina bukan encik. ". Afifah terasa ditipu hidup hidup dengan ayat yang ada di kertas tersebut. Mula mula Delvian cakap dia akan jadi pengasuh Fina. Fina. Only Fina tapi sekarang kenapa dia kene turut semua yang lelaki itu arahkan?

" Aku papa Fina, jadi secara langsung atau tak langsung kau kena ikut semua perintah aku sebagai pihak pertama. ".

Afifah mengemam bibirnya sambil menatap baris ayat yang pertama. Tangannya mengerat sendiri sehingga bahagian kertas yang dia pegang hampir ronyok. Delvian cuba memainkan Afifah.

" Baik, saya faham mungkin saya boleh terima tapi kenapa syarat terakhir pihak kedua mesti berpindah masuk ke dalam kediaman pihak pertama, dalam erti kata lain pihak kedua akan tinggal serumah dengan pihak pertama. Apa maksud encik saya kena tinggal dekat sini? Saya boleh ulang alik dari rumah saya ke sini. Jadi kenapa saya kena tinggal dekat sini ".

" Aku faham kau boleh ulang alik dari rumah kau ke rumah aku tapi aku taknak tengok pekerja aku terutamanya pengasuh Fina datang ulang alik setiap hari. Macam mana kalau kau mati accident sebelum sampai dekat rumah aku?".

Mata Afifah terbeliak memandang Delvian yang tenang berujar soal mati.

" Kan aku juga yang susah nanti. Terpaksa cari pengasuh yang baru untuk Fina lagi. Oh, shit! Aku benci bayangkan semua benda tu. So aku beri kau kemudahan, tinggal dekat sini dan jaga Fina. ".

Afifah hanya mendengar tidak menjawab atau bersuara. Dia menurunkan kertas ke atas meja semula. Berat hatinya mahu memberikan tandatangan. Delvian bersandar santai sambil menonton setiap gerak geri Afifah yang seakan serba tak kena. Wajah cantik itu, nampak merah.

Pandangan Delvian jatuh pada tangan gadis tersebut yang mengenggam kuat mungkin menahan marah? Rasa tak sabar Delvian melihat reaksi Afifah jika tinggal serumah nanti.

" Sa-ya setuju tapi boleh encik ubah syarat terakhir. Saya tak boleh tinggal dekat sini. Ki—ta tak boleh duduk serumah. ". Beban dibahu Afifah bertambah berat. Dia ingat bila dia dah setuju, Delvian akan terus membebaskan Azka. Namun Afifah perlu menjatuhkan sign terlebih dahulu.

Tawa sinis Delvian muncul. Dia jauhkan belakang badan yang bersandar tadi. Jadi inilah yang menjadi bebas fikiran Afifah. Dia lupa, perempuan seperti Afifah ni tak mungkin dengan mudah duduk serumah bersama lelaki selain daripada keluarga gadis itu. Gadis itu terlalu kolot dan lurus.

" Relax Afifah, kau tinggal dalam rumah aku sebagai pengasuh Fina. Bukannya aku nak bercinta dengan kau dalam bilik aku. Don't worry Afifah. Just jalankan tugas kau jaga anak aku bukan jaga kepuasan aku.".

Afifah menutup matanya. Kenapa Delvian selalu bercakap kotor dengan dia. Lelaki itu tak ada perasaan malu sama sekali? Apa yang tersimpan dalam kepala Delvian? Apa? Hanya perkara negatif dan kotor ke. Afifah cuba bersabar dengan menarik lalu menghembus nafasnya.

Jangan sampai Afifah layangkan penampar pada wajah Delvian lagi. Dia tak tahu apa reaksi lelaki itu kalau tangannya memberikan sebuah penampar. Sebenarnya Afifah yang tak tahu apa akan terjadi bila dia sampai menampar Delvian. Kalau haritu Delvian akan mencekik lehernya, tak mustahil bila penampar hinggap pada pipi Delvian, lelaki itu akan lebih menyakiti Afifah.

Delvian's PropertyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang