Afifah membawa dulang berisi semangkuk bubur dan segelas air kosong untuk Azka yang terbaring di atas katil. Selepas kejadian itu Afifah mengumpulkan tenaganya memimpin alongnya ke dalam bilik. Nasib baiklah Azka masih boleh berjalan dan biliknya mempunyai tilam sahaja. Jadi lebih mudah Afifah membaringkan dengan selamat.
Afifah hampir menelefon teksi untuk membawa Azka ke hospital tapi Azka dengan sisa tenaga yang ada menghalang tindakan adiknya. Dia tak nak pergi ke hospital sebab kes ni mesti menjadi kes polis nanti. Dia tak bodoh nak masuk lokap lagi. Afifah dengan hati berat terpaksa menurut arahan alongnya dan mengambil barang yang ada di rumah tersebut.
Mujur ada kapas dan kain kasa ada di dalam laci dapur. Nak atau tak Afifah terpaksa mengapai minyak gamat yang ada di rumah. Hanya benda itu sahaja yang dia dapat cari. Tuala kecil bersih di rendam ke dalam air di besen kecil untuk mencuci darah yang melekat pada tubuh alongnya.
Dah itu saja yang ada nak buat macam mana. Sekarang Azka nampak sedikit bersih tanpa darah. Tinggal luka, lebam dan bengkak sahaja. Tepi bibir pecah teruk mungkin dalam mulutnya turut mempunyai luka. Azka berbaring sambil terlelap kerana penat. Afifah belum tidur lagi kerana perkara ini. Seusai membersihkan Azka, dia kena mengelap darah yang berceceran di lantai rumah.
Meja yang terbalik dengan kaki meja patah mungkin terkena tendangan. Barang barang lain lari dari kedudukan asalnya. Semua itu Afifah yang kena kemas tanpa bantuan. Satu hal lagi Afifah terpaksa ganti iaitu pintu besi rumahnya yang tercabut kerana tendangan lelaki bernama Delvian tersebut. Pagar besi tersebut sudah terlalu lama.
Dia mengunci pintu rapat walaupun pintu kayu rumahnya retak. Berapa banyak ganti rugi yang Afifah harus keluarkan untuk membayar kerosakkan. Afifah juga memasak demi alongnya kerana tadi Azka memberitahu bahawa perutnya lapar. Sekarang hampir menjelang subuh. Nasib Afifah cuti esoknya jadi tak perlulah memikirkan tentang kerja dan alongnya.
Seketika Afifah tersedar dari lamunannya apabila mendengar suara erangan sakit yang berasal daripada Azka. Beberapa saat kemudian, mata lebam Azka terbuka secara perlahan sambil menoleh ke arah adiknya yang ada di situ. Air liurnya di telan payah. Tekaknya haus. Tanpa bicara dan hanya memahami gerak geri Azka, Afifah mengerti apa yang alongnya mahukan.
Semoga Afifah di berikan kehidupan yang tenang dan semakin berjaya di masa depan. Dia membantu menyandarkan Azka pada dinding sebelum memberikan air menggunakan straw. Azka terus minumnya dengan rakus sehingga setengah cawan habis. Cawan di kembalikan ke atas dulang.
" Along nak makan tak. Kalau nak ni bubur Afifah dah siapkan. Nak Afifah suap ke ". Afifah menawarkan diri ingin menolong tetapi niat baiknya di tolak oleh Azka. Alongnya mengeleng dan lebih memilih untuk makan menggunakan tangannya yang masih ada. Afifah membawa dan meletakkan dulang ke atas bantal berlapikkan peha Azka.
Mendesis sakit Azka ketika cuba membuka mulut dengan luas. Afifah turut beriak kesian melihat betapa susahnya alongnya untuk makan. Kalaulah alongnya mendengar kata Afifah pasti semua ini tak akan berlaku tapi apa boleh buat semuanya sudah lepas. Nasi sudah menjadi bubur. Terima jelah.
" Nanti bila dah siang sikit Afifah keluar pergi farmasi beli ubat. Along ada nak kirim barang tak. Kalau ada Afifah boleh tolong belikan ". Afifah memegang dulang apabila kelihatan tidak stabil. Azka melirik sekilas sebelum berfikir seketika. Matanya mengelring ke atas laci meja kecil di tepinya. Nampaknya barangnya habis.
" Beli-kan aku— ro-kok.. ". Setiap kali bercakap, Azka akan membuat wajah menahan pedihnya. Afifah menghela nafasnya mahu menasihati alongnya rasa serba salah kerana orangnya sakit. Jadi dia cuma mengangguk faham tanpa membantaj lagi. Sekurang kurangnya alongnya masih boleh bercakap dan makan.
Kalau tak tadi macam nak mampos dah rupanya.
" Along makan dulu nanti kalau dah habis letak atas laci ni ". Afifah masih sempat meninggalkan pesan kepada Azka. Dia bangun untuk masuk ke dalam bilik. Dapat lelapkan mata sekejap pun jadilah sebelum subuh menjelang. Afifah membuka pintu bilik kalau alongnya memanggil dengarlah nanti.

ANDA SEDANG MEMBACA
Delvian's Property
FanfictionNayla Afifah seorang wanita yang hidup dalam keadaan serba sederhana bersama abangnya. Namun disebabkan sikap bodoh abangnya yang tak berfikiran panjang mengubah kehidupan mereka menjadi lebih teruk dan musnah. " Ikut aku dan semuanya selesai ". Se...