Enjoy
———
" Afifah! ". Afifah dikejutkan dengan suara Dania yang memanggilnya sebaik selesai mengemaskan kasut dan segala yang bersepah di dalam bilik pakaian Delvian. Afifah menurunk tangga dengan banyak tanda tanya timbul di kepalanya kerana panggilan Dania tadi.
Kenapa adik kepada Delvian itu memanggilnya pada waktu hampi tengah hari macam ni? Dania berpeluk tubuh di bawah sana menanti Afifah yang dirasakan terlalu lambat untuk turun. Padahal Afifah dah berjalan selaju yang boleh sehingga akhirnya dia berdiri di depan Dania.
" Sekarang Fina tengah belajarkan. Kau pula tak ada buat apa apa right?". Dania bertanya kepada Afifah. Tanpa berdalih Afifah mengelengkan kepalanya tanda tak ada melakukan sesuatu sekarang. Memandangkan dia baru habis kemas barang Delvian.
" Good. Ikut aku keluar sekejap.". Dania petik jari runcingnya di depan wajah Afifah. Afifah tercenggang dengan ajakan berupa perintah tadi. Dia mendongak ke atas sebelum menatap Dania semula.
" Saya— ".
" Ikut jelah aku keluar. Bukan apa pun. Kau fikir aku nak culik jual kau ke?". Dania menjeling menyampah. Dia berjalan pergi ke meja mengambil beg tangannya. Afifah dengan teragak-agak ikut Dania mengambil beg. Dia nak tolak sebab dia kan pengasuh Fina.
Tak akanlah dia nak keluar pula kan? Nanti apa Delvian kata pula. Rasa tak sedap hati mahu menolak tapi dia terpaksa kuatkan dirinya untuk bercakap.
" Tapi miss- Sayakan pengasuh Fina? Boleh ke saya keluar?". Afifah memberi alasan yang sewajarnya. Wajah menyampah milik Dania terpancar sebaik berdiri menghadap Afifah lagi. Afifah semakin di landa cemas.
" Fina tengah belajar kan? Jadi kau nak jaga siapa? Ke sebenarnya kau nak jaga bapak Fina?". Sembur Dania dengan tak bertapisnya. Terkejut Afifah mendengar ayat itu keluar dari mulut Dania. Kenapa dia nak jaga bapak Fina aka Delvian pula. Tak ada mengena. Kening Dania ternaik satu.
"B—Bukan macam tu.. ".
" Habistu ikut jelah. Banyak bunyi betul kau ni kan. Ikut aku sekarang.". Dania mewujudkan wajah menyampahnya. Niat dia nak ajak Afifah tapi banyak betul alasan dia.
" Pergi Afifah. ". Serentak dua wanita di bawah sana drastik melihat ke tangga di mana Delvian sedang turun menghala ke arah mereka. Afifah orang pertama yang mengalihkan mukanya ke tempat lain. Dania hanya memandang tingkah aneh Afifah. Delvian menghampiri kedua wanita tersebut.
" Hah! Kau dengar tu. Delvian pun dah bagi green light. So ikut jelah jangan banyak tanya.". Sahut Dania pula dengan suara nyaring khasnya. Afifah tersepit di antara abang dan adik tersebut. Kenapa lah abang dengan adik ni sama je suka buat Afifah cemas.
" O-Okay saya ikut miss ". Kata putus daripada Afifah. Nak menolak lagi pun tak boleh. Delvian dah suruh dia ikut pergi. Jadi terima jelah. Dania dengan wajah bangganya kerana menang. Afifah melangkah menjauh ketika menerima isyarat dari Dania.
" Soo? Itu ke bakal kakak ipar aku?". Suara mengada milik Dania kedengaran bertanya namun terselit tawa kecilnya.
" Shut up Dania. ". Delvian berlalu pergi ke arah dapur membiarkan Dania yang mencebik sendiri.
" Afifah!! ". Azka memekik kuat memanggil nama adiknya. Lantas Afifah menoleh ke arah asal suara tersebut. Dia yang berdiri menunggu di sebelah kereta memandang Azka terkejut. Alongnya datang menghampiri dia dengan langkah besar.
Kenapa Afifah ada di situ seorang diri? Dia dan Dania sudah selesai memilih bahan masakan yang dimahukan. Selepas itu, Dania mengarahkan pemandu berupa bodyguard dia untuk berhenti di depan hotel tempat Afifah bekerja dulu. Dania juga menyuruh Afifah untuk tunggu di luar sementara dia masuk ke dalam menguruskan sesuatu perkara.
YOU ARE READING
Delvian's Property
FanficNayla Afifah seorang wanita yang hidup dalam keadaan serba sederhana bersama abangnya. Namun disebabkan sikap bodoh abangnya yang tak berfikiran panjang mengubah kehidupan mereka menjadi lebih teruk dan musnah. " Ikut aku dan semuanya selesai ". Se...