-27

8.2K 447 71
                                    

Fakhrul bermundar mandir di tengah ruang rumah sambil menekap telefon pada telinganya , menanti orang di seberang sana menjawab panggilan yang dia buat. Bila orang yang dia tunggu tetap tak menjawab panggilan, dengusan dan wajah berkerut kelihatan.

Fakhrul merenung telefon sekejap sebelum benda digital tersebut di ketuk atas tapak tangannya. Kepala sibuk memikirkan ke mana sang wanita yang dia call. Kenapa tak angkat call dia? Kenapa tak reply mesej dia? Apa yang jadi. Nafas dilepaskan kerana risau. Fikirannya mula kusut.

Mana kau pergi Afifah? Bisik Fakhrul di dalam hati dengan nada gelisah lalu dia menghempaskan badan ke atas sofa. Dia mengusap mukanya dengan kepala yang mendongak ke atas. Lama dia dalam keadaan macam tu, terus memikirkan Afifah yang menghilangkan diri.

" Fakhrul, mama dah siap jomlah kita pergi ". Suara mama kepada Fakhrul menganggu kegiatan dia yang sedang sibuk mengingat si Afifah. Fakhrul yang di tegur segera bangkit dari duduknya. Tanpa sedar, wajah sendu nya terlihat agak jelas di mata si mama.

Ketika Fakhrul berjalan di depan Puan Atikah, lengannya di tahan beserta suara wanita berumur tersebut kedengaran bertanya lagi.

" Kamu kenapa Fakhrul? Macam tak sihat je. Sakit kepala ke? Demam? ". Fakhrul mengalihkan kepala dari pandangan mamanya. Dia tak sangka pulak mama perasan muka serabut dia tadi. Tangannya di tarik dari pegangan mama dengan lembut. Sedaya upaya dia cuba menaturalkan muka supaya mama tak curiga.

" Fakhrul okay ma jangan risau. Tadi kata nak pergi pasaraya kan, dah jom ". Bersama senyuman hambar, dia berjalan terlebih dahulu keluar dari rumah. Puan Atikah yang di tinggal memandang dengan penuh curiga. Dia dapat rasa anaknya tu ada sorokkan sesuatu. Tak apa nanti dia tanya.





Sampai di parkir, enjin di matikan. Lekas Puan Atikah melepaskan seatbelt dan bergerak ingin keluar tapi gerakan terhenti apabila tidak melihat gerak geri Fakhrul. Anak lelakinya itu hanya terduduk tegak dan lurus memandang ke depan. Makin kuat rasa curiganya. Apa yang Fakhrul sembunyikan ni.

" Fakhrul. Dah sampai dah ni tak nak keluar ke? Nak duduk tercegat je dalam kereta ". Sekali lagi suara mama menganggu fikiran Fakhrul. Selepas di tegur, Fakhrul mengangguk kecil sebelum membuka pintu dan keluar. Kemudian berjalan mengekori mamanya dari arah belakang.

Semasa mama sibuk memilih bahan, Fakhrul tak lepas dari menekan-nekan skrin telefon. Menghantar mesej ke Afifah. Berharap dia dapatkan balasan. Sesaat, sepuluh saat, seminit berlalu. Fakhrul tetap di tempat yang sama. Hal itu, meraih perhatian puan Atikah dengan lirikan mata memandang anaknya.

Ni tak boleh jadi ni. Fakhrul mengetap bibirnya, mengangkat kepala mencari keberadaan mamanya. Jumpa je dia terus berlari kecil supaya cepat mendekati mamanya.

" Ma, Fakhrul tunggu mama dekat luar ye. Fakhrul nak call kawan kejap ". Setelah menerima persetujuan dari mamanya. Fakhrul berlari keluar sesekali skrin telefon di kerling. Keluar je, telefon di tekap dekat dengan telinga. Sambil itu, kakinya berjalan ke sebarang arah.

Entah silapnya dari mana, mungkin terlalu leka menunggu Afifah menjawab. Dia tanpa sengaja melanggar dengan seseorang sehingga tercampak barang orang tersebut jatuh ke tar.

" Bodoh ". Maki lelaki yang di langgar oleh Fakhrul sebentar tadi. Fakhrul terdiam beberapa minit, menjauhkan telefon dari telinga. Muka serba salahnya muncul apabila melihat lelaki tersebut tunduk mengutip dompet dan sekotak rokok yang terjatuh.

" Sorry, sorry bro. Aku tak perasan tadi. Ni nah rokok kau ". Fakhrul mengambil sebatang rokok yang terjatuh lalu memberikan pada lelaki yang menjadi mangsa langgar dia. Sebaik muka mereka bertatapan, kening Fakhrul berkerut. Batang rokok di rampas secara kasar dengan muka tak ramah sama sekali.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 09, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Delvian's PropertyWhere stories live. Discover now