" A-Along tolong.. Afifah merayu sangat... Hantar budak ni dekat keluarga dia balik.. Along berhenti dekat sini. Afifah merayu along... ". Tak putus putus Afifah memohon kepada Azka agar memulangkan budak kecil itu semula tapi apa yang Azka lakukan adalah mencengkam rambutnya sendiri sebelum menendang angin.
" Kau diam. Aku keluar sekejap beli makanan untuk budak ni. Kerja kau senang jaga budak ni. Kalau aku dapat tahu kau lepaskan budak ni. Mati kau aku kerjakan Afifah ". Ugut Azka penuh penekanan lalu membuka pintu rumah dan menutupnya. Kemudian terdengar bunyi motorsikal bergerak pergi.
Afifah tak tunggu lama terus menerjah dan membuka gam plastik yang terlekat pada mulut budak perempuan tersebut. Afifah mengusap sekitar mulut budak perempuan tersebut yang berubah menjadi merah menyala. Afifah melepaskan dengan susah payah gam plastik yanga membelit tangan budak perempuan itu.
" Adik adik adik jangan takut kakak ada dekat sini. Maafkan abang kakak sebab sakitkan adik. Jangan menangis, sakit ke kakak usap ya ". Afifah mengusap lembut dengan jari jemari yang menggigil hebat bersama air mata meluncur lebat. Budak perempuan tersebut menangis sambil mengenggam baju Afifah.
" Akittt... Pina... Akitt kakak.. ". Ujar budak perempuan tersebut bersama tangisan kuatnya memberitahu bahawa badannya sakit angkara Azka. Afifah mengeletar mengusap wajah budak kecil tersebut. Apa tadi budak ni gelarkan diri dia Pina? Fina? Jadi kemungkinan besar Fina nama dia kan?
" Fi-Fina pandang kakak. Fina jangan takut kakak cuba lindung Fina okay. Ya Allah apa along buat ni! ". Afifah makin putus asa ketika mengatakan ayat terakhirnya. Makin pilu hatinya melihat budak kecil bernama Fina ini menangis dengan wajah merah padam. Apa yang alongnya lakukan ini.
" Pinaaa thakuttt... Pakcik tu.. jahat.. Pina akittt... ". Budak perempuan itu tak habis habis mengatakan dia sakit walaupun pelat tapi Afifah jelas memahaminya. Afifah membawa kepala Fina pada dadanya sambil menggosok belakang badan Fina tanpa henti. Afifah tak pasti nama Fina tu nama sebenar ataupun tak. Perkara tu tak penting.
Tanpa sedar Afifah mengucup dahi Fina dengan niat demi menenangkan gadis kecil itu. Fina memeluk Afifah erat seakan meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada Afifah agar melindungi dirinya. Afifah sendiri tak yakin dia boleh melindungi Fina apabila Azka balik nanti. Alongnya sudah gila!
Hampir setengah jam kedengaran motorsikal Azka masuk halaman rumah. Afifah sudah ketakutan dengan Fina yang terlentok pada dadanya. Macam mana? Apa yang Afifah nak buat sekarang ni. Azka membuka pintu lalu menutupnya menatap Afifah marah.
" Along tolong jangan sakitkan dia. Dia budak lagi ". Azka menghempas bekas polisterin berisi nasi ke atas sofa dan ingin meleraikan pelukan antara Afifah dan budak perempuan tersebut. Tapi Afifah menghalangnya.
" Dia-Dia tidur along ". Azka mengetap rahangnya memandang Afifah bengang. Dagunya terangkat memberi isyarat supaya Afifah meletakkan budak yang diculiknya ke atas sofa. Afifah tanpa melawan melakukan perkara itu. Sebaik pelukan terlepas dan budak itu terbaring seraya tertidur penat.
" Kau masuk bilik kau sekarang ni. Jangan keluar selagi aku tak panggil ". Azka mendorong bahu Afifah mengarahkan agar adiknya masuk ke dalam bilik. Afifah menolaknya dengan gelengan kepala lalu menyentuh tangan Azka. Memohon agar hati alongnya berubah lembut.
" Masuk. Bilik. Kau. Afifah. ". Azka menepis tangan Afifah yang menyentuhnya dan menarik badan adiknya masuk ke dalam bilik. Afifah masih enggan untuk meninggalkan Fina bersama alongnya. Entah benda buruk apa yang Azka akan lalukan kepada Fina nanti.
" Mana handphone kau? Bak sini biar aku yang simpan! ". Sejurus itu Azka masuk ke dalam bilik merampas telefon yang cuba Afifah ambil. Telefon adiknya di simpan dalam poket seluarnya sebelum keluar.
YOU ARE READING
Delvian's Property
FanfictionNayla Afifah seorang wanita yang hidup dalam keadaan serba sederhana bersama abangnya. Namun disebabkan sikap bodoh abangnya yang tak berfikiran panjang mengubah kehidupan mereka menjadi lebih teruk dan musnah. " Ikut aku dan semuanya selesai ". Se...