Azka dipegang oleh dua orang lelaki di dalam penjara tersebut untuk dibawa keluar. Sampai di luar pintu utama, tubuhnya di tolak agak kuat sehingga terdorong ke depan. Serentak dia memalingkan kepala bersama wajah yang menahan marah kerana dilayan buruk.
Kemudiannya Jason turut berdiri di situ selepas dua orang pengawai polis tadi berganjak masuk. Jason memeluk tubuh memandang sikap Azka yang masih dirasakan sombong. Lihatlah Azka sedang mengibas pakaian seperti ada kotoran. Kepala Jason tergeleng sesaat. Macam ni ke sikap sebenar abang kepada Afifah?
" Faiz Azka kau patut bersyukur ada adik macam Afifah tu. Budak baik sanggup buat apa apa je untuk bebaskan kau. Kau tak kesian dekat dia ke? ". Tanya Jason. Azka membuang mukanya ke arah lain kerana menyampah dengar kata Jason.
" Lepasni tolong gunakan otak kau sebelum buat sesuatu. Kali ni kau mampu keluar sebab ada adik kau. Tapi lepasni? Aku risau kau tak mampu keluar je. So aku harap kau tak masuk dalam ni lagi,". Jason memberi peringatan halus dengan ada maksud tersirat. Azka pula mendengus geram. Dia dah boleh balik kan. Nak ceramah apa lagi?
" Delvian bukan calang calang orang kau nak lawan Azka. ". Bisik Jason perlahan sambil menepuk beberapa kali baru Azka sebelum melangkah masuk ke dalam. Azka melirik tajam menatap belakang badan Jason yang menghilang di balik pintu. Dia menghela nafas tertahannya.
Kerana sakit pada bahunya terasa tangan Azka naik memegang bahunya sendiri. Sekarang dia dah bebas. Dia dah boleh balik. Tak perlu nak hadap penjenayah dalam penjara tu lagi. Tanpa menunggu lebih lama. Dia lihat bangunan tersebut dan berlalu pergi dengan berjalan kaki.
Nak naik teksi? Grab? Dia mana ada duit. Jadi jalan kaki adalah pilihan terbaik.
Jauh juga perjalanan berjalan kaki nak sampai ke rumahnya. Dia menolak pintu rumah namun terkunci. Mungkin Afifah kunci kot. Matanya memeriksa ke seluruh arah. Tangannya menyeluk ke bawah dan bagus. Dia jumpa kuncinya. Terus dia bukak masuk.
Biliknya di tuju dengan langkah kaki besar. Merebahkan badan pada tilam miliknya yang berada di atas lantai.
" Hahh, akhirnya aku bebas. ". Ujar Azka riang di dalam hatinya bila badan dapat berbaring di atas tilam. Dah berapa lama dia tak baring best macam ni. Dia baring secara terlentang menghadap siling rumah dengan mata yang mula layu mengantuk. Lepasni dia akan cari Afifah. Tapi sekarang biar dia tidur dulu.
Afifah masuk ke dapur dengan canggung. Dia tak tahu nak bantu apa. Sekarang waktu Fina belajar dengan seorang guru yang mendidiknya di rumah. Semua itu permintaan Delvian untuk anaknya belajar di rumah dan pengajar tersebut di bayar mahal untuk datang ke sini.
" Afifah kenapa berdiri dekat situ?". Tersentak kecil Afifah selepas ditegur oleh Aunty Za sesaat tadi. Wanita berumur itu entah muncul dari mana, Afifah tak sedar. Bersama senyuman tipisnya Afifah bergerak mendekat pada Aunty Za.
" Fina tengah belajar. Ja—di saya tak tahu nak buat apa. Boleh saya tolong Aunty Za? Basuh baju Fina ke atau kerja lain? ". Pinta Afifah dengan rasa bersalahnya kalau hanya duduk diam di rumah ini tanpa melakukan sebarang kerja. Memang dia pengasuh Fina.
Tapi kerjanya terlalu mudah bagi seorang pengasuh. Hanya teman Fina, sediakan makan minum dan ikut apa yang dimahukan oleh gadis kecil itu. Jadi tak mungkin Afifah boleh duduk tenang. Aunty Za lekas menolak sambil mengoyangkan tangan menghalang.
" Ehh jangan.. Biar aunty yang buat. Kamu jangan. Nanti tak pasal pasal Tuan marah pula. Basuh baju Fina bukan kerja kamu tapi kerja aunty. ". Sahut Aunty Za laju. Afifah berdiri dengan rasa serba salahnya. Bukan ke patutnya tu sebahagian dari kerja dia sebagai pengasuh ke?
" T—Tapi saya tak tahu nak buat apa. Fina tengah belajar. Saya dah kemaskan katil Fina. Sekarang tak ada kerja yang saya kena buat. Apa kata saya tolong aunty je. Boleh kan? ". Tak sedap rasa dalam hati Afifah. Kalau duduk je tak buat sesuatu. Dia menawarkan diri untuk membantu sekali lagi ditolak dengan segera oleh Aunty Za.

ANDA SEDANG MEMBACA
Delvian's Property
FanfictionNayla Afifah seorang wanita yang hidup dalam keadaan serba sederhana bersama abangnya. Namun disebabkan sikap bodoh abangnya yang tak berfikiran panjang mengubah kehidupan mereka menjadi lebih teruk dan musnah. " Ikut aku dan semuanya selesai ". Se...