Hye 🥺
———
Afifah mengemaskan katil Fina dengan fokusnya. Menepuk sekejap sebelum berdiri dengan betul. Berjalan ke arah meja separas pinggang Afifah yang ada di tepi dinding. Dia lincah mengumpulkan buku yang tidak tersusun. Meletakkan kembali pada tempatnya.
Pekerjaan yang harus Afifah siapkan sebagai pengasuh Fina. Walaupun hatinya kuat membenci Delvian namun tugas adalah tugas. Afifah tetap kena lakukan. Dalam kepalanya rancak berfikir cara untuk melarikan diri tanpa ditangkap oleh Delvian. Ya Afifah dah nekad nak pergi dari sini.
Afifah tak nak tengok muka Delvian lagi. Dia tak larat nak hadap orang yang dia benci setiap hari. Memang dia hanya menjaga Fina tapi secara langsung dia dan Delvian akan bertatapan jugak. Satu-satunya cara adalah dengan melarikan diri.
Azka pun dah pergi tak pedulikan Afifah. Jadi kenapa dia kena korbankan diri duduk dekat sini lagi? Tak ada manfaat.
" Kakak.. ". Afifah menoleh ke belakang selepas mendengar suara Fina yang memangilnya dengan meleret. Dia letak buku yang dia pegang ke atas meja sebentar lalu merendahkan badan setinggi Fina.
" Ye, kenapa Fina ". Balas Afifah lembutnya. Di tangan Fina terdapat sebuah sikat rambut. Afifah mengurut rambut panjang Fina yang nampak tidak kemas. Sedikit kusut. Fina memuncungkan bibirnya ke depan. Lantas senyuman Afifah muncul melihat betapa comelnya Fina.
" Pina nak minta tolong sikit boleh? Sikit jee ". Fina menaikkan jarinya ke depan wajah. Jari telunjuk dan ibu jarinya merapat tapi tidak bertemu menunjukkan maksud sikit dia tu.
" Boleh Fina, nak minta tolong apa tu? ". Sahut Afifah mengizinkan. Laju sikat rambut yang Fina bawa di hulurkan pada Afifah.
" Tolong sikatkan rambut Pina. Lwepastu ikat macam rapunzel". Jerit Fina teruja dan riang sambil melompat kecil. Bibir kecil itu melebar membentuk senyuman. Afifah mengambil sikat dari tangan Fina. Menuntun budak kecil itu ikut bersamanya dekat dengan katil.
" Fina nak pergi mana sampai suruh kakak ikat rambut Fina macam rapunzel ni ". Sengaja Afifah mengajak berbual. Dia duduk di depan Fina yang berdiri berdekatan dengan katil. Fina tersenyum malu sebelum melompat lagi.
" Pina nak keluar dengan papa. Papa ajak Pina makan steak. Umm yummy! ". Afifah tertawa sendiri sebelum wajahnya memudar secara perlahan. Matanya terus tertuju pada wajah ceria Fina yang menatapnya dengan bersinar. Delvian akan keluar dengan Fina?
Kiranya dekat rumah ni tak ada oranglah nanti kecuali, aunty Za. Secara tanpa sedar Afifah tersenyum bahagia. Dia baru merancang nak melarikan diri dan takdir menyebelahi dirinya. Ketika Delvian tak ada itulah peluang besar Afifah. Dia tak akan sia siakan peluang berharga tersebut.
" Kalau macam tu, sini cepat kakak dandankan rambut Fina cantik cantik macam rapunzel". Afifah bergegas menggerakkan tangannya menyikat rambut Fina dengan hati berdetak gembira. Sekejap lagi dia akan pergi dan tinggalkan semua perkara berkaitan dengan Delvian.
Tapi yakin ke kau mampu larikan diri daripada Delvian, Afifah? Suara hati Afifah kedengaran di cela kebahagian dia. Afifah tepis soalan tersebut yang penting dia dapat peluang sekarang ni. Peluang emas bagi Afifah yang tak mungkin di sia-siakan.
Tidak perlu mengambil masa yang lama. Afifah siap mendandan rambut Fina seperti yang budak kecil comel itu mahukan tadi. Afifah memutarkan badan Fina supaya berdiri melihatnya. Dia menyentuh rambut Fina.
" Dah siap! Cantik betul Fina ni. So beautiful". Puji Afifah jujur mencuit puncak hidung Fina yang terkekeh malu menerima pujian tersebut. Fina menghulurkan tangan meminta Afifah untuk mengendongnya di depan cermin.

ANDA SEDANG MEMBACA
Delvian's Property
FanficNayla Afifah seorang wanita yang hidup dalam keadaan serba sederhana bersama abangnya. Namun disebabkan sikap bodoh abangnya yang tak berfikiran panjang mengubah kehidupan mereka menjadi lebih teruk dan musnah. " Ikut aku dan semuanya selesai ". Se...