-23

5.5K 525 32
                                        

Tak sangka korang capai 350 votes. Author saje je nak ambil masa lame sebab busy dengan real life 😭 sorry korang but iloveyou 💜

——


Afifah mengerutkan wajahnya tersedar daripada pengsan apabila mendengar bunyi bising suara orang berbual. Bila kelopak matanya benar benar terbuka, dia terdiam seketika mencerna situasi sekarang sambil memandang lurus ke atas.

Dalam hampir beberapa minit barulah otaknya bekerja dengan lancar. Badannya mendadak terbangun, menghasilkan rintihan dari bibirnya kerana sakit kepala yang melanda sebaik dia bangkit. Orang orang yang berbual tadi segera menghampiri Afifah yang kesakitan.

" Afifah kamu baik baik je kan?". Rupanya Aunty Za salah seorang orang yang berbual dalam keadaan berbisik tadi. Menyentuh bahu Afifah, membuatkan empunya badan mendongakkan kepala untuk melihat. Afifah pandang Aunty Za yang baru bertanya tentang keadaannya.

" Akak ookaay? ". Berpaling pula pada suara gadis kecil di dekatnya yang naik ke atas katil. Tangan kecil milik Fina memegang lutut Afifah bersama wajah polosnya. Jadi inilah suara orang yang Afifah dengar tadi. Aunty Za bersembang dengan Fina ke?

" Saya okey aunty cuma tekak rasa haus sikit.. ". Jawab Afifah dalam nada perlahannya, naik memegang lehernya. Leher? Sekejap mana tudung yang dia pakai? Laju Afifah memeriksa kepalanya, rambutnya terdedah tanpa tudung. Siapa yang buka?

Melihat Afifah meraba kepala lekas aunty Za menahan wanita yang terkejut itu.

" Jangan risau, aunty yang tanggalkan tudung kamu Afifah.". Sedikit lega Afifah mendengar jawapan daripada Aunty Za. Dia ingatkan lelaki jahat itu sengaja cabut tudungnya. Sebut tentang lelaki jahat. Minda Afifah terus memutar ulang adegan sebelum dia terjaga di sini.

Azka— alongnya dah— pergi. Tinggalkan dia sorang diri dekat sini. Lepastu- dia bertekak dengan Delvian. Delvian marah dia. Delvian ciu—. Afifah tak sanggup menyebut habis perkataan tersebut. Dia membeku kaku. Hati dia sakit. Sakit sangat bagai tersayat dan terbelah menjadi dua.

" Tunggu sekejap aunty ambilkan air untuk kamu Afifah. ". Aunty menuang air ke dalam gelas. Tadi memang dia yang bawa sebuah jug berisi air putih dan gelas ke bilik Afifah. Lebih memudahkan jika wanita muda itu nak minum. Sebuah gelas terhulur di depan Afifah.

Air matanya menumpuk tebal. Menggeletar tangannya naik mengambil gelas tersebut. Minum dengan paksa sambil mata terpejam erat. Sehingga tak sengaja tertumpah membasahi dagunya. Aunty Za menepuk serta menggosok belakang badan Afifah.

Fina mengapai simpul tangan kecil yang dia bawa. Mengelap air di sekitar dagu Afifah. Menghentikan Afifah yang ingin menghamburkan tangisan. Gelas berpindah pada tangan Aunty Za semula. Apa yang Fina lakukan, menyebabkan Afifah semakin ingin menangis.

Afifah keluarkan tangannya mengusap kepala Fina. Fina ni baikkkkk sangat.

" Kakak okay Fina, terima kasih sebab lapkan dagu kakak. ". Ujar Afifah lembutnya namun nadanya terdengar seperti serak kerana menahan diri agar tidak melepaskan tangisan. Fian tersengih kecil setelah dirasakan cukup membersihkan dagu Afifah.

" Sama sama hehe ". Fina ketawa tanpa tahu apa perasaan yang Afifah simpan. Dia budak tak akan faham lagi. Afifah menyelak selimut yang membungkus kakinya lalu bergerak duduk di tepi katil dengan kaki berjuntai.

Menggunakan belakang tapak tangan dia mengusap sisa air yang masih ada di bibirnya. Mula mula menggosok perlahan sebelum berubah laju. Kotor selepas di sentuh oleh Delvian. Aunty Za hanya memerhati tidak pasti mahu memeluk Afifah ataupun sebagainya.

Delvian's PropertyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang