" Kenapa encik tambah masa along saya lagi. Apa sebab encik buat macam tu. Apa motif encik. ". Afifah melontarkan pertanyaan yang sentiasa berputar di kepalanya tepat selepas Fina di bawa pergi ke atas bilik. Kini dia berhadapan terus dengan Delvian. Dia penat bila kena hadap muka lelaki itu terus menerus.
Delvian duduk angkuh dengan kaki terbuka luas sambil bersandar pada sofa. Tidak lupa kedua sikunya bertenggek atas penghadang kiri kanan sofa. Wajah putih milik Afifah di renung lama sehingga si gadis terpaksa mengetapkan gigi kerana pandangan tersebut. Memang dasar lelaki jahat bukan.
" Aku bagi peluang untuk abang kau teruskan hidup walaupun hanya seminggu. ". Jawab Darwin dengan nada biasa. Tak ada rasa bersalah langsung ke lepas mempermainkan Afifah. Menjadikan gadis lemah itu semakin rapuh tanpa ada tangan yang menjadi pemegang.
" Peluang apa. Encik sengaja panjangkan masa along saya— sebab nak tengok dia kena seksa dalam penjara kan. Encik tahu yang along saya akan kena pukul, kena belasah bila duduk dalam satu tempat dengan penjenayah yang lain. Itu ke peluang yang encik maksudkan ". Afifah merenung ke atas meja. Di mana secawan tehnya masih utuh tidak tersentuh.
Jika Delvian cuba mencabar kesabaran Afifah, dia pasti akan menyiram muka lelaki itu menggunakan air teh tersebut. Tak kisahlah sama ada air teh masih panas ataupun sudah sejuk. Darwin mengaru hujung keningnya sebelum berbicara.
“ Well, kau bijak. Aku mengaku kau bijak Afifah. Memang aku sengaja letak along kau dalam satu sel yang sama dengan penjenayah lain. Biar dia kena pukul sampai lunyai. Pilihan kau ada dua je Afifah. Semuanya dalam tangan kau. Kau pilih aku akan lepaskan abang kau masa tu jugak. So tunggu apa lagi. ".
Delvian memang sejenis lelaki kejam, mungkin dekat luar orang nampak dia kelihatan baik kerana cara pemaikan dan cara hidupnya yang mewah. Tapi penjahat tetap penjahat. Hanya kerana seorang ada banyak duit, semua kesalahan boleh di tutup rapi. Kalah macam tu orang miskin macam Afifah mampu buat apa.
" Encik sedar tak apa encik cakap ni? Saya ada kerja saya sendiri. Kenapa saya kena jadi pengasuh Fina. Apa kaitan saya dengan anak encik? ". Ujar Afifah rendah, tangan tergepal di sisi. Darwin terdiam sekejap sebelum tawa mengejek keluar. Dia tak sangka Afifah boleh berkata seperti itu. Wow dia suka.
" Aw, kau kejam. Tu pilihan yang kau ada Afifah. Jadi pengasuh Fina atau, my mistress. Kalau kau minat, kau boleh masuk bilik aku sekarang dan strip— ". Terpotong ayat Delvian dengan kelopak mata terpejam rapat. Mulutnya bergerak seketika. Afifah baru je menyiramnya dengan menggunakan air teh.
Teh? Delvian rasa amarahnya mula mencanak naik. Wajahnya yang basah di lap dengan tangannya sendiri. Naik turun nafas Afifah setelah berjaya melakukan apa yang dia fikirkan sejak awal tadi. Kesabaran dia ada hadnya tapi mulut kotor Delvian terus menghina dirinya. Memang itu balasan yang patut Delvian terima.
" Sir— ". Makcik yang membawakan Afifah teh tadi tergamam apabila melihat muka dan baju bossnya basah sebelum menatap Afifah. Apa yang gadis ini lakukan kepada Delvian? Ingin mencari kesakitan atau macam mana.
" Just go away. ". Suara keras Delvian menghalau makcik tersebut agar pergi. Tanpa membantah makcik itu pergi menjauh meninggalkan Afifah dan Delvian berduaan. Delvian bangkit dengan kaki menghentak keras sambil kening menakuk tajam. Afifah rasa takut dengan pandangan Delvian.
Sisa air teh masih ada di wajah dan baju Delvian. Belum mengering sama sekali. Delvian menapak selangkah ke depan manakala Afifah yang takut mengundur dengan firasat buruk di dalam hatinya. Sejak bertemu dengan lelaki itu, Afifah selalu melakukan sesuatu tanpa berfikir kesan baik atau buruknya.
" Well done Afifah. Beberapa hari lepas kau simbah aku dengan sebotol besar air mineral. Sekarang kau siram aku guna air teh. Skill kau memang hebat. Mencabar emosi aku. ". Delvian berkata dengan kaki terus melangkah mendekati Afifah yang sudah mengundur jauh. Kedua penumbuk terbentuk kemas.

YOU ARE READING
Delvian's Property
FanficNayla Afifah seorang wanita yang hidup dalam keadaan serba sederhana bersama abangnya. Namun disebabkan sikap bodoh abangnya yang tak berfikiran panjang mengubah kehidupan mereka menjadi lebih teruk dan musnah. " Ikut aku dan semuanya selesai ". Se...