Seorang wanita berumur dua puluh lima tahun membuka kunci rumah sewanya dengan wajah yang penat dan lelah selepas bekerja seharian penuh. Setelah pintu berjaya di buka kelihatan matanya memerhati sekeliling ruang tamu kecilnya sebelum melepaskan nafas panjangnya. Pintu di kunci kembali.
Kakinya melangkah ke arah sofa yang ada di situ. Sebuah sofa panjang dengan kulit yang sudah terkoyak rabak. Di atas sofa tersebut bersepah kulit kacang dengan tin minuman bergas yang sudah kosong. Tanpa berlengah membuang masa gadis itu segera meletakkan begnya ke atas meja lalu mula membersihkan segala sampah yang ada.
Lengan baju tshirtnya di tarik sehingga ke siku sebelum melutut ke atas lantai mengutip kulit kacang dan membuangnya ke dalam plastik yang ada di situ. Tangannya mengapai beberapa tin minuman lalu di masukkan ke dalam plastik. Lantas dia bangkit ingin membuang sampah ke dapur.
Setelah selesai dia mengutip pula pakaian yang tersandai pada penyandar sofa. Bukan pakaian miliknya melainkan milik alongnya. Dia mengerling jam yang tergantung di dinding lalu membandingkan jam pada tangannya. Rupanya jam pada dinding sudah tidak bergerak lagi mungkin kehabisan bateri.
" Afifah bila kau balik aku tak dengar bunyi pun ". Ujar along kepada gadis itu sambil menguap besar. Gadis yang di panggil Afifah tadi berpaling ke arah alongnya lalu menghela nafasnya lagi. Nayla Afifah merupakan nama penuh gadis yang penat mengemas tadi. Alongnya menghempas badan ke sofa.
" Afifah baru je balik tadi. Kenapa along sepahkan rumah lagi lepastu tak kemas. Afifah penatlah, Afifah baru je balik belum sempat mandi, makan pun tak sempat lagi ni ". Balas Afifah dengan nada rendahnya menjelaskan dirinya terlampau letih sudah bekerja seharian penuh.
Dia hanyalah pekerja biasa di sebuah hotel. Afifah bergerak pergi pada jam lapan pagi dan pulang hampir dua sebelas malam. Dia ingat selepas penat bekerja balik bolehlah berehat rupanya tak. Alongnya langsung tak membantu sedikit pun.
Setiap hari ini lah keadaan yang perlu Afifah hadap. Sikap tak bertanggungjawab alongnya itu sungguh membuat dirinya bertambah penat.
" Kau belum makan? Jadi pergilah masak. Aku pun lapar juga tadi nak beli nasi dekat luar tapi malas. Masaklah nasi goreng petang tadi aku ada beli ayam tiga ketul. Cepat sikit aku dah lapar ni ". Ujar alongnya yang bernama Faez Azka tanpa ada rasa bersalah kerana menyusahkan Afifah yang baru pulang.
Afifah memejamkan matanya sekejap bersama nafas yang berat. Dia fikir lepas dia cakap macam tu alongnya akan bertimbang rasa namun tidak. Lelaki yang mencecah umur hampir tiga puluh tiga tahun itu selamba merehatkan belakang kepalanya pada sofa sambil melirik adiknya yang masih berdiri.
Afifah malas mahu beradu mulut akhirnya membuka langkah ke arah dapur sambil membawa pakaian kotor milik Azka lalu di taruhkan ke dalam bakul pakaian untuk di basuh nanti. Afifah terus mengeluarkan bahan untuk menggoreng nasi tanpa membuka tudung yang tersarung pada kepalanya.
Hanya lengan t-shirt tersenteng ke atas. Afifah hanya hidup berdua dengan alongnya sejak lima tahun lepas. Kedua ibubapanya telah meninggal dunia semasa Afifah masih berumur dua puluh tahun. Masa itu ayahnya yang pergi terlebih dahulu dan diikuti emaknya sebulan kemudian.
Sejak itulah kehidupannya menjadi agak susah. Dengan sikap Azka iaitu alongnya yang bekerja dan berhenti. Katanya kerja berat tapi gaji kecil. Begitulah alasannya setiap berhenti bekerja. Afifah mampu melihat sahaja.
Pernah sekali dia memarahi Azka kerana sering berhenti kerja padahal baru berkerja dalam seminggu. Tapi apa yang terjadi Azka memarahi dia semula. Jadi Afifah terpaksa menutup mulutnya walaupun dia terlampau lelah dengan perangai buruk alongnya sendiri.
Afifah mendapat kerja di sebuah hotel sebagai housekeeping sejak setahun yang lalu. Gajinya hanya cukup cukup makan untuk menampung hidupnya sahaja. Cukuplah sekadar dapat membayar sewa, bil elektric, bil air dan keperluan asas.

ANDA SEDANG MEMBACA
Delvian's Property
FanficNayla Afifah seorang wanita yang hidup dalam keadaan serba sederhana bersama abangnya. Namun disebabkan sikap bodoh abangnya yang tak berfikiran panjang mengubah kehidupan mereka menjadi lebih teruk dan musnah. " Ikut aku dan semuanya selesai ". Se...