Bab 4

33.4K 1.4K 61
                                    

KOMPUTER riba jenama Apple Macbook Pro yang berwarna biru tua itu ditutup lalu diletakkan di dalam beg komputer. Akhirnya, beg diberikan kepada Jeffrey, pembantu peribadinya.

"Tuan nak ke mana selepas ini? Nak pulang terus ke apartmen atau ada tempat yang mahu disinggah sebentar?" soal Jeffrey.

"Pulang ke apartmen terus. Saya tak rasa nak keluar ke mana mana sekarang ini lagipun saya dah janji nak teks Aireen kejap lagi." jawabnya.

Jeffrey tersenyum.

"Nampaknya hati Tuan Zarief Khairil sudah tumbuh bunga. Alhamdulillah setelah dua tahun tuan tunggu, akhirnya dapat juga menjadi tunang Cik Faryna Aireen."

Tuan Zarief Khairil tersenyum syukur. "Alhamdulillah, Allah dengar juga doa saya. Saya sangat harap saya ada jodoh yang panjang dengan Faryna Aireen." harapnya.

"Insya Allah tuan. Kalau tuan yakin dengan cinta tuan, pasti Allah akan permudahkan segala urusan hati tuan dan Cik Aireen."

Tuan Zarief Khairil memandang wajah Jeffrey.

"Jeff, awak rasa hadiah apa yang patut saya beli untuk luahkan perasaan hati saya pada Aireen supaya dia tahu saya betul betul bersungguh nak jadikan dia isteri saya?"

"Apa saja yang tuan terfikir di fikiran. Jangan bimbang sama ada mahal atau murah. Yang penting, tuan ikhlas dan Cik Aireen tahu." jawab Jeffrey.

"Halah... masalahnya saya tak pernah pun bercinta. Mana saya tahu nak beli apa untuk dia. Awak tolonglah saya?" keluh Tuan Zarief Khairil.

Jeffrey berfikir seketika. Haih... Tuan Zarief Khairil ni, hal cinta dia dan tunangnya pun bersangkut paut dengan aku!

"Apa kata tuan belikan aje Cik Aireen tu coklat dan bunga? Orang perempuan ni kalau dapat dua hadiah tu hmm dengan yakinnya, dia akan mudah jatuh cinta."

"Oh, ya ke? Bukan ke perempuan ni suka barangan mewah, barangan mahal macam handbags, kasut dan pelbagai lagi?" soal Tuan Zarief Khairil.

Jeffrey tersenyum mengangguk.

"Tidak dinafikan memang ada perempuan yang sebegitu tapi bukan Cik Aireen sebab kalau dia nak semua tu, dia boleh beli sendiri. Dia kan cucu kesayangan Tuan Ibrahim malah dia juga kaya berharta macam tuan. Setakat barangan macam tu, dia tak pandang pun."

Tuan Zarief Khairil tersenyum suka. "Betul ke? Kira untung juga saya ada tunang macam dia kan? Tak pandang duit walaupun dia juga sama berharta."

"Hah, sebab itu tuan bertunang dengan Cik Aireen. Tuan juga yang suruh saya siasat latar belakang dan kehidupan Cik Aireen semasa dia tinggal di Cardiff dulu kan... tuan pun tahu yang Cik Aireen tu boleh hidup secara sederhana. Buktinya apabila dia sanggup bekerja di kedai bunga segar semata mata nak bayar yuran universiti sedangkan boleh aje dia minta dengan Tuan Ibrahim sekiranya dia tak ada duit. Mustahil Tuan Ibrahim nak tengok cucunya susah hidup seorang diri di negara orang."

"Betul. Apa yang awak cakap tu memang betul tapi... masih ada satu masalah lagi."

Jeffrey hairan. Masalah apa pulak kali ini?

"Masalah apa lagi tuan?"

"Tuan Ibrahim beritahu saya yang Aireen berhak untuk putuskan pertunangan kami kalau dia tak ada rasa cinta untuk saya sebelum kitaorang kahwin. Masalahnya sekarang ni, tempoh pertunangan kami tiga bulan aje jadi macam mana caranya saya nak yakinkan Aireen bahawa saya bersungguh sungguh nak kahwin dengan dia dan buat dia jatuh cinta dengan saya? Awak sendiri tahu saya tak pandai pikat perempuan."

Jeffrey mengeluh. Itu aje masalahnya?

"Haih... dah kenapa awak pulak yang mengeluh? Ini masalah saya."

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now