Bab 24

20.9K 1.1K 28
                                    

AKIBAT gemuruh, Tuan Zarief Khairil bermundar mandir ke kiri dan ke kanan sambil menggosok ke dua dua tangannya yang sedang bergetar.

Jeffrey yang melihat gemuruh tuannya itu mula datang menghampiri.

"Tuan, relaks! Kalau tuan terlalu nervous tuan akan mudah lupa dan akan terkelu lidah." katanya.

"Sepanjang hayat saya ini kali pertama saya nervous teruk sampai tangan menggeletar macam ni tau. Haih, jumpa klien dari luar negara pun tak ada nervous macam ni."

Jeffrey tersenyum.

"Nervous agak membantu bila kita nak buat something tapi saya tahu tuan boleh. Tak susah pun nama Cik Aireen."

"Cuba lafaz akad tu sekali lagi..." kata Jeffrey lagi.

Tuan Zarief Khairil mengambil nafas panjang seketika. "Aku terima nikahnya Faryna Aireen binti Kamal Effendi dengan mas kahwinnya sebanyak RM22.50 tunai."

"Hah, kan okey tu? Tuan boleh... perkara senang aje ni dan jangan biarkan perasaan nervous tu kawal diri tuan."

Tuan Zarief Khairil memandang Jeffrey. "Duit hantaran untuk Aireen awak dah uruskan?" soalnya.

"Sudah. Saya sudah uruskan sepertimana yang tuan minta dan saya dah rahsiakan pada Cik Aireen pun sepertimana yang tuan arah."

Tuan Zarief Khairil tersenyum.

"Lucky me to have you as my side kick, Jeffrey."

"It's been my pleasure to work with you, Tuan Zarief Khairil."

Kemudian pintu bilik resort diketuk oleh Elly. Tuan Zarief Khairil dan Jeffrey memandang pintu.

Knock! Knock!

"Zarief, awak dah sedia ke? Imam dan papa Aireen dah sampai ni. Tok Ayah suruh awak ke dewan sekarang."

"Two minutes, Elly! Jeffrey help me fix my samping."

Elly tersenyum. "Okay, Mr. Groom. Don't be so nervous though."

Tuan Zarief Khairil memperbetulkan songkok hitam yang hendak dipakai olehnya manakala Jeffrey memperbetulkan kain samping yang mahu diikat kemas.

"Okey? Tak ikat sangat kan?" soal Jeffrey.

"Okey aje. Semuanya perfect."

Jeffrey mengangguk. "Jom."

Dia dan Tuan Zarief Khairil berjalan keluar dari bilik resort lalu berjalan ke arah dewan yang dihiasi dengan pelamin.

~~~

SAAT Faryna Aireen sudah sedia duduk menunggu giliran dirinya untuk melangkah masuk ke dalam dewan pelamin selepas Tuan Zarief Khairil duduk di hadapan jurunikah, Datuk Kamal Effendi sempat berjumpa serta berbual singkat dengannya.

"Ai..." panggil Datuk Kamal Effendi.

Aireen memandang Datuk Kamal Effendi. Dia membenarkan orang tua itu duduk di hadapannya.

"I... don't good in words but..." kata kata Datuk Kamal Effendi tersekat sekat.

Datuk Kamal Effendi memandang wajah Faryna Aireen.

"I know that I'm not a good father figure for you and I'm not there for you when you need me... I abandoned you but I do love you as my daughter."

Aireen masih diam namun matanya tidak lekang memandang wajah Datuk Kamal Effendi.

"Hari ni papa akan jalankan tanggungjawab papa untuk Ai. Papa terkejut bila dapat tahu Tuan Zarief Khairil adalah bakal suami Ai tapi papa tahu dia boleh jaga Ai dan sayang Ai. Papa harap Ai bahagia dan papa..."

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now