Bab 37

17.5K 839 76
                                    

LAGI tiga hari akan berlangsungnya majlis sanding Tuan Zarief Khairil dan Faryna Aireen. Mereka berdua sangat teruja untuk mengira hari persandingan mereka. Kaki Aireen yang bengkak itu pun sudah pulih sepenuhnya. Sekarang, segala persiapan boleh dilakukan dengan sempurna dan dengan penuh jaya.

"Helo sayang, ni I dah ambil baju sanding kita daripada butik Adelia ni. You nak I pergi jumpa you di ofis you ke atau you nak ambil I di sini?" soal Aireen pada suaminya, Tuan Zarief Khairil.

"Okey, you nak ambil I di sini. I tunggu you."

Panggilan dimatikan. Aireen meletakkan telefon pintar miliknya di dalam tas tangan kemudian tiba tiba ada tangan yang memusingkan badannya lantas memeluknya erat.

"Aireen, I miss you. I miss you so bad, sayang!" kata manusia itu.

Aireen yang terkejut apabila melihat Haikal yang tiba tiba datang memeluknya terus menolak badan lelaki itu sekuat hati.

"Eh, apa benda you ni!? Dah gila ke datang tiba tiba lepas tu peluk I!?" marah Aireen.

Haikal yang sangat resah wajahnya masih lagi tidak melepaskan pegangan pada Aireen walaupun Aireen sedikit meronta. "I tak bahagia kahwin dengan Alma. She does not care about me at all! I don't love her as much as I love you. Sayang, tolonglah..."

"Tolonglah apa? Eh, sedar sikit yang kita berdua dah kahwin dengan pasangan masing masing! Sedar sikit yang you tu dah jadi adik ipar I. You nak buat gila drama dekat sini dah kenapa? You ingat I peduli ke pasal you dengan Alma? Kalau dia tak peduli pasal you... lantaklah! You ingat I nak peduli pasal you ke? Sikit pun I tak peduli lah!"

"Aireen, sampai hati you cakap macam ni pada I? You tahu kan yang I sayang pada you separuh mati? Kenapa you cakap macam ni dengan I?" soal Haikal.

"Sebab I dah bosan untuk cakap baik baik dengan you, Firdaus Haikal! I cakap baik baik nak kasi you faham tapi you tak nak faham! Sekarang ni you dah ada Alma sebagai isteri jadi sepatutnya you peluk dia. Bukan peluk perempuan lain macam orang gila tak ada otak! I ni masih sakit hati dengan you, isteri you dan mentua you so any of you don't ever get close to me and my family!"

Aireen mahu pergi dari situ namun tangan Haikal masih ligat menghalang. Tiba tiba tanpa mereka berdua sedar, Tuan Zarief Khairil telah menghampiri Haikal lalu menghadiahkan buku lima di bibir Haikal.

"Kau jangan melampau sangat Haikal! Ini isteri aku tau!" jerkah Tuan Zarief Khairil.

Haikal menyentuh bibirnya yang pecah dan berdarah.

"Aku cintakan isteri kau. Dia sepatutnya jadi isteri aku!"

Tuan Zarief Khairil menghampiri Haikal. "Jadi manusia biar guna otak bila bercakap. Kau tak tahu hukum agama ke? Faryna Aireen ni isteri aku dan selamanya akan jadi isteri aku. Engkau pulak dah ada Alma, kau jaga ajelah dia! Yang sibuk nak ganggu isteri aku dah kenapa!"

Tuan Zarief Khairil menuding jari ke arah Haikal.

"Jangan ganggu Faryna Aireen lagi. Kalau kau ganggu juga, anggap ajelah kau nak hidup kau hancur. Jangan cabar aku!" pesannya serius.

Tuan Zarief Khairil terus memimpin tangan Faryna Aireen untuk beredar dari situ meninggalkan Haikal yang kesakitan.

Di dalam kereta, Tuan Zarief Khairil tidak henti henti memandang Faryna Aireen. Bimbang juga sekiranya isteri kesayangannya ada cedera di mana mana bahagian anggota badan.

"Baby, you okey kan? Ada cedera di mana mana? Ada rasa sakit ke apa ke? Meh kita pergi klinik check, nak?"

"I okey aje sayang. Tak ada sakit tak ada luka." jawab Aireen.

"Haikal tu memang dah melampau. Dia ingat dia siapa boleh pegang peluk you macam tu? Kalau dah sangap sangat pergilah pada isteri sendiri. Bodoh punya jantan!" geram Tuan Zarief Khairil dibuatnya.

Aireen memegang dada Tuan Zarief Khairil. "Sayang, sabar. Lagi tiga hari kan majlis kita jadi tak perlu kita moody. Lebih baik kita fokus pada majlis sanding kita." pujuknya.

"You... lepas ni kalau dia atau bini dia yang tiga suku tu ada ganggu you lagi, cepat beritahu I! Dasar pendengki. Rumahtangga sendiri terumbang ambing, sibuk nak ganggu rumahtangga kita."

Aireen mengangguk.

"Ya baiklah sayang. Tapi you jangan marah marah sangat. Kita ada majlis untuk kita uruskan. Kalau moody macam ni, tak best lah!"

Tuan Zarief Khairil memandang wajah Faryna Aireen dengan senyuman manis. Dia menggosok kepala Faryna Aireen dengan lembut.

"That's why I love you so much. You are good in keeping me calm." pujinya.

"I love you too, husbaby!" balas Aireen sambil tersenyum lalu memegang tangan Tuan Zarief Khairil.

~~~

HAIKAL berjalan masuk ke dalam pejabat dengan bibirnya yang lebam kebiruan. Namun kesakitan di bibir itu tidak sama seperti kesakitan di hatinya. Dia bengang dengan sikap Tuan Zarief Khairil yang sangat angkuh dengan kejayaan mendapatkan Faryna Aireen sebagai isteri.

"Lelaki tua macam tu yang dapat Aireen dan aku hanya dapat perempuan bodoh yang hidupnya sentiasa menyusahkan!" jerit Haikal kerana melepaskan marah.

"Yati!" panggil Haikal melalui interkom.

Yati, pembantu Haikal masuk ke dalam pejabat dengan keadaan tergopoh gapah.

"Ya, Encik Haikal?" soalnya.

"Aireen berapa lama lagi dia cuti?" soal Haikal.

Yati bingung. "Cik Aireen dah lama berhenti kerja, encik. Dia tak kerja sini lagi dah."

"Apa? Bila masa dia hantar surat berhenti?" soal Haikal hairan.

"Minggu lepas." jawab Yati.

"Nely dan Nady?"

Yati mengangguk.

"Diorang pun sama sama berhenti kerja dengan Cik Aireen. Sekarang ni saya tak tahu lah mereka bekerja di mana."

Haikal menggeleng. "Kenapa tak ada seorang pun beritahu saya pasal ni?"

"Sebab Encik Haikal kan cuti kahwin seminggu? Kami tak nak ganggu encik."

Haikal diam. "Keluar."

Yati terus keluar tanpa berlengah lagi.

"Ini semua mesti lelaki tua tu yang paksa diorang bertiga berhenti kerja! Dasar kau Tuan Zarief Khairil!"

Haikal jadi marah sekali lagi.

"Aku akan buat apa saja untuk pisahkan kau orang berdua kerana tak ada lelaki yang layak untuk bersama Faryna Aireen selain aku, Firdaus Haikal! Ini... dendam aku untuk kau!"

Dia membaling semua fail yang ada di atas meja ke lantai. Wajah Haikal sekarang ini sangat menggerunkan. Dia tidak akan puas hati dengan kebahagiaan yang Tuan Zarief Khairil dan Faryna Aireen miliki.

Dia mahukan Faryna Aireen dan dia akan mendapatkannya walau pun cara yang dia akan gunakan adakah cara yang buruk dan kotor.

Firdaus Haikal melihat bibirnya melalui cermin yang ada di dalam pejabatnya. Dia tersenyum sinis saja.

"Hari ini kau tumbuk aku sampai berdarah tapi hari kau akan tiba lebih teruk daripada aku. Aku langsung tak takut dengan kau lah, orang tua bodoh!" maki Haikal sendiri.

Dia tersenyum sinis lagi sambil menyentuh bibirnya yang lebam itu.

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now