Bab 55

15.6K 798 7
                                    

SETIAP gerak geri Alma diperhatikan oleh orang suruhan Tuan Zarief Khairil. Sejak mendapat persetujuan daripada Datin Farah, Tuan Zarief Khairil terus menyuruh Jeffrey untuk menjejaki Alma agar wanita itu berjaya ditangkap oleh pihak polis.

Dari jauh, Jeffrey dan konco konconya sedang memerhatikan Alma yang masuk ke dalam ruangan parkir kereta wisma TZK Empire. Menurut kata Tuan Zarief Khairil... Alma telah menelefonnya dan minta untuk mereka berjumpa kerana ada sesuatu perkara yang hendak dicakapkan.

Tuan Zarief Khairil yang sudah sedia berada di ruangan parkir tersebut menunggu kedatangan Alma. Tak lama kemudian, wanita itu datang dengan pakaian serba hitam dan kelihatan kelam kabut menghampiri Tuan Zarief Khairil.

"Zarief..." panggil Alma.

Tuan Zarief Khairil menoleh.

"Alma! Kenapa you macam ni?" soalnya.

"Zarief, you kena tolong I. Tolong bawa I lari ke luar negara! I dah boleh duduk di Malaysia lagi!"

Tuan Zarief Khairil hairan. "Tolong bawa lari you ke luar negara? Eh, you dah buat apa ni? You tahu tak papa tengah terlantar di hospital dan semua orang tengah cari you."

"I... I tak boleh jumpa papa. Tak, I tak boleh! You kena tolong I keluar dari Malaysia ni, Zarief!" kata Alma dengan penuh kalut.

"Alma, beritahu I... you ke yang ambil semua duit syarikat papa dan you juga yang tolak papa jatuh tangga di rumah dia hari tu?" soal Tuan Zarief Khairil.

"Tak! Bukan I!" nafi Alma.

Tuan Zarief Khairil serius. "Alma, kalau you tak beritahu I sekarang... I tak akan tolong you."

"No, you have to help me!" ujar Alma.

"Then, tell me what happened!" tegas Tuan Zarief Kharil.

Alma terus mengangguk.

"Ya, memang I yang ambil semua duit syarikat papa dan tolak papa jatuh tangga tapi sumpah, I tak sengaja tolak papa! Masa tu papa desak I untuk pulangkan balik tapi I tak boleh so I wanted to left the house as soon as I can but papa keep pushing me and... I tak sengaja tertolak dia."

Tuan Zarief Khairil terkejut lalu memejam mata tidak percaya. 

"Allahuakbar, Alma! Habis tu kenapa you tak tunggu situ dan telefon ambulans? Tergamak you tinggal papa bodoh bodoh macam tu aje ya?"

"I tak tahu nak buat apa, nak fikir apa masa tu! I takut papa mati jadi I terus berlari keluar tapi I terserempak dengan mama. I'm sorry! I tak sengaja!"

"Okey, kenapa you ambil duit syarikat papa? You buat apa dengan duit sebanyak itu?" soal Tuan Zarief Khairil lagi.

"I pinjam aje. Nanti... nanti I ganti lah balik. Papa aje yang kedekut dengan I."

Tuan Zarief Khairil mengeluh berat.

"You ingat I ni budak sekolah yang mudah percaya cakap you bulat bulat ke Alma? Seriously, please tell me the truth!"

"Okey! Sebenarnya I ambil duit tu sebab I... I hutang dengan lintah darat! Jadi I ambil duit tu sebab nak bayar hutang I diorang."

Terkejut Tuan Zarief Khairil dibuatnya.

"You hutang dengan lintah darat!? Eh, apa gila you ni? You tahu kan kalau you pinjam dengan lintah darat, nyawa you takkan pernah selamat. Dengan bunga yang lintah darat tetapkan lagi."

"Sebab mama tak izinkan papa kasi duit pada I. You sendiri tahu yang mama dah halau I keluar dari rumah so macam mana I nak hidup kalau tak ada duit? I perlukan duit!"

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now