Bab 6

28.6K 1.3K 48
                                    

RAUT wajah yang menahan marah membisukan keadaan tiga penjuru di antara Faryna Aireen, Tuan Ibrahim dan Datuk Kamal Effendi. Faryna Aireen masih lagi dingin dengan Datuk Kamal Effendi di atas kemelut mereka anak beranak yang telah sekian lama memusnahkan hubungan mereka.

"Rasanya tak patut pun Ai ada di sini sekarang ni. Tok Ayah ajelah yang bercakap dengan Datuk Kamal Effendi. Ai tak berminat." katanya.

Aireen mahu bangun namun kata kata Datuk Kamal Effendi menghalangnya.

"Papa ada perkara penting nak beritahu Ai." ujar lelaki yang berusia lingkungan 43 tahun itu.

"Apa dia?" soal Aireen bermalas malasan.

"Papa nak Ai masuk kerja di pejabat papa as soon as possible."

Aireen terus menggeleng.

"Maaf, saya tak berminat untuk bekerja dengan syarikat Datuk."

Datuk Kamal Effendi mengeluh. Dia memandang wajah Faryna Aireen dengan serius.

"Jaga tutur kata tu bila bercakap dengan papa boleh tak? Tujuh tahun duduk di luar negara akhirnya jadi macam ni ke? Langsung tak ada hormat pada ayah sendiri."

"Hidup saya di luar negara selama tujuh tahun tak ada kena mengena langsung dengan hidup Datuk jadi Datuk tak payah nak cakap pasal tu." jawab Aireen.

Dia berkeras tak mahu berbaik dengan lelaki itu kerana dia tahu Datuk Kamal Effendi juga sama masih berdingin dengan dirinya.

"Ai, papa balik ke Kuantan ni dengan niat baik untuk ajak Ai bekerja di syarikat papa. Itu pun susah ke Ai nak terima? Sampai bila nak duduk dengan Tok Ayah aje?"

"Saya tak nak bekerja dengan Datuk! Datuk boleh faham ayat tu tak? Saya tak layak untuk berada di dalam syarikat Datuk dan lebih baik Datuk bagi ajelah jawatan tu pada anak Datuk. Dia lebih berhak."

Datuk Kamal Effendi hairan.

"Kenapa pulak nak libatkan Alma dalam hal ini? Papa offer pada Ai bukan Alma."

"Dia anak Datuk. Saya bukan anak Datuk. Dia lebih layak. Saya tak layak."

"Faryna Aireen!" marah Datuk Kamal Effendi.

Aireen tidak gentar dengan amarah Datuk Kamal Effendi. Dia makin sakit hati dengan lelaki itu.

"Kenapa eh? Kenapa selepas berbelas tahun baru sekarang papa nak tunjuk pada Ai yang papa ambil tahu pasal Ai? Kenapa tak daripada dulu aje selepas mama meninggal?"

"Janganlah ikut hal lama Ai. Papa datang dengan niat baik ni."

Aireen menggeleng. "Tak! Ai tetap nak ungkit juga!"

"I was 10 years old when you asked Tok Ayah to take care of myself. You left me without any reason here by myself crying like hell! You don't come back and ask me what I'm doing, how I feel! You left me just like that!" jerit Aireen sehingga satu rumah bergema dan menyebabkan Nady, Nely, Mak Wan dan Pak Mail terdengar.

"And now out of sudden, you want me to work for you at your company? Wow..." sinis Aireen.

"Just like that huh? Without any explanation about past or apologise to me. Bravo, Datuk Kamal Effendi... bravo!"

Datuk Kamal Effendi mengeluh sekali lagi. Dia malas mendengar kata kata Faryna Aireen lagi.

"Cukup! Papa tak nak dengar pasal tu lagi. What past is past! Sekarang ni terpulang pada Ai untuk terus ikut degil hati Ai. Tapi ingat jangan salahkan papa andainya apa apa berlaku pada hidup Ai nanti.

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now