Bab 44

16K 863 44
                                    

Dua puluh tiga tahun lalu...

WAJAH Maryam jadi muram dan sayu apabila mengetahui tentang hal itu. Dia terfikir tentang kandungannya yang baru berusia tiga minggu. Dia tidak bersedia untuk sebarang kemungkinan yang negatif.

"Kenapa Mar nampak sedih aje ni? Ada masalah ke? Tak nak share dengan abang?" soal Datuk Kamal Effendi yang datang menghampiri Maryam lantas duduk di sebelahnya.

Maryam tersenyum sekilas.

"Mar tengah memikirkan tentang kandungan ni. Macam mana dia akan membesar kalau tanpa Mar di sisi dia? Penyakit barah tu mula agresif."

"Sebab tu abang nak Mar ikut cadangan Dr. Marzuki Rashid untuk gugurkan kandungan ni. Mar... Kandungan ni akan buatkan Mar dalam risiko tinggi apatah lagi bila Mar ada barah tu. Abang tak nak hilang isteri abang."

"Dan Mar tak nak hilang kandungan ni. Abang, ini anak kita berdua. Dah lima tahun kita berkahwin, macam macam kita lalui semata mata nak dapatkan zuriat ni dan bila Allah SWT dah kasi anugerah ni pada kita, abang nak suruh Mar gugurkan pulak? Tak boleh macam tu abang."

"Anak kita boleh usaha... anak boleh diganti tapi bukan isteri abang. Mar, abang sayang Mar dan abang sayang zuriat ni tapi kalau zuriat ni jadi punca Mar makin sakit, lebih baik kita gugurkan saja. Bila Mar dah sembuh nanti, kita boleh usaha untuk dapatkan anak lagi."

"Kalau Mar sihat kembali tapi Allah SWT tak lagi memberi Mar peluang untuk merasa ada satu nyawa di dalam rahim, macam mana? Bila kita dah tua, siapa yang akan warisi semua kepunyaan kita? Siapa yang akan sambung legasi kita? Abang, apa pun akan jadi, Mar tetap nak lahirkan zuriat ni bila dah cukup usia sembilan bulan. Abang tak suka kita ada anak ke?"

"Abang suka kita ada anak tapi kalau Mar mati selepas lahirkan zuriat ni?" soal Datuk Kamal Effendi.

"Biarlah mati! Mar tak kisah kalau nyawa Mar menjadi galang ganti untuk lahirkan zuriat ni. Zuriat ni layak untuk rasa hidup di dunia ni. Ini pun zuriat abang jadi abang tak boleh mempertikaikan apa apa keputusan yang Mar buat untuk zuriat ni." tegas Maryam.

Datuk Kamal Effendi hilang kata kata.

"Mar... tadi Mar juga yang cakap barah ni makin agresif. Jadi jangan risiko kan diri Mar untuk pasrah dengan barah ni."

"Barah ni baru di tahap dua. Ianya memang akan jadi agresif tapi ianya belum berbahaya. Mar tetap akan kandungkan zuriat ni."

"Mar segala galanya bagi abang. Kalau Mar mati, macam mana abang nak jaga zuriat ni seorang diri? Mar hidup abang, Mar tak boleh buat abang macam ni." keluh Datuk Kamal Effendi.

"Cinta dan kasih sayang perlukan pengorbanan abang. Setiap cinta yang ada pada memerlukan kita untuk berkorban. Anggap ajelah bila zuriat ni dah lahir nanti, ianya pengorbanan Mar untuk abang." jawab Maryam.

Maryam mengusap lembut perutnya yang baru hendak membesar.

"Mar pun dah ada nama untuk zuriat ni. Mar nak abang namakan dia Faryna Aireen binti Kamal Effendi. Faryna Aireen akan jadi pengganti Mar untuk abang sekiranya Mar dah tak ada nanti. Faryna Aireen yang akan ada untuk abang di setiap masa. Faryna Aireen yang akan bantu abang bila abang susah nanti."

Datuk Kamal Effendi menggeleng.

"Suka hati Mar lah. Setiap kali kita cakap macam ni mesti kita akan bergaduh. Abang penat dengan kedegilan Mar."

Maryam senyum saja.

"Apabila seorang wanita dipilih menjadi seorang ibu dan mempunyai zuriat di dalam rahimnya, wanita itu akan lakukan apa saja untuk memastikan zuriat itu selamat dilahirkan dan dibesarkan. Itu keistimewaan dan kemuliaan pengorbanan seorang ibu."

Datuk Kamal Effendi menyentuh kepala Maryam. Maryam mencium tangan Datuk Kamal Effendi.

~~~

Sembilan bulan kemudian...

SUARA tangisan bayi perempuan seberat tiga perpuluhan lima kilogram kedengaran di dalam dewan bersalin. Maryam selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Faryna Aireen binti Kamal Effendi.

Apabila jururawat memanggil Datuk Kamal Effendi lalu memberitahu isterinya selamat melahirkan, dia sungguh gembira. Terus jururawat itu membawanya ke dalam wad bayi untuk iqamat di telinga kirinya sambil menghadap kiblat.

Usai semua itu selesai, Datuk Kamal Effendi memberikan bayi itu kembali kepada jururawat. Dia kemudiannya pergi ke arah wad Maryam yang sudah dipindahkan ke wad biasa.

"Sayang, kita dah ada anak sayang. Comel anak kita dan abang ikut cakap sayang untuk namakan anak kita Faryna Aireen. Memang sesuai nama tu dengan kita." ujar Datuk Kamal Effendi dengan gembira.

Maryam tersenyum lemah. Datuk Kamal Effendi mencium dahi dan pipi Maryam.

"Lepas ni kita fokus untuk rawatan kanser Mar pulak ya?" soalnya.

Maryam diam tidak menjawab. Dia terlalu lemah apabila kehilangan banyak tenaga dan air selepas bersalin.

Namun semakin lama Faryna Aireen membesar, semakin teruk jugalah keadaan kesihatan Maryam akibat kanser darah sehinggalah Faryna Aireen berusia sepuluh tahun.

Faryna Aireen membuka pintu wad Maryam yang baru selesai melakukan kemoterapi.

"Mama..." panggil Faryna Aireen dengan ceria.

Maryam memandang Faryna Aireen dengan senyuman lemah.

"Hai sayang mama." katanya.

Faryna Aireen menghampiri Maryam kemudian bersalam dan memeluk Maryam di atas katil.

"Macam mana Ai sekolah hari ni? Okey? Banyak kerja sekolah tak?" soal Maryam.

"Banyak juga. Sekolah hari ni okey aje  tapi bosanlah." rungut Aireen.

"Kenapa pulak Ai bosan?"

"Yalah... hari hari Ai balik sekolah, Pak Mail yang ambil. Kawan kawan Ai bila balik sekolah, papa diorang yang ambil. Kenapa papa tak pernah ambil Ai balik sekolah? Ai pun nak balik sekolah dengan papa macam orang lain juga."

Maryam diam lalu kasihan. Sejak tiga tahun lalu, Datuk Kamal Effendi tidak lagi memberi perhatian penuh pada Faryna Aireen. Setiap kali Faryna Aireen mahu mendekati dirinya, dia akan pura pura sibuk dengan kerja.

Maryam tahu semua itu malah dia juga tahu Datuk Kamal Effendi sudah berkahwin lain namun Maryam tidak menghalang kerana itu merupakan hak suaminya bahkan dia sendiri pun tidak mampu lagi untuk membahagiakan Datuk Kamal Effendi.

"Tak apalah sayang, papa sibuk dengan kerja tu. Kan papa kena bekerja sungguh sungguh untuk Ai juga. Ai janganlah sedih bila papa tak ambil Ai balik sekolah. Ai kan ada Tok Ayah? Nanti kalau Ai nak apa apa, Ai minta aje dengan Tok Ayah."

Faryna Aireen mengeluh.

"Tapi mama... Tok Ayah bukan papa. Kenapa Ai kena minta apa apa dengan Tok Ayah?" soalnya naif.

"Sebab Tok Ayah sayang Ai. Tok Ayah cakap Tok Ayah akan buat apa saja untuk Ai."

Faryna Aireen menggeleng. "Ai tak nak Tok Ayah. Ai nak papa."

Maryam memegang tangan Faryna Aireen yang bingung.

"Ai... ingat pesan mama tau. Apa pun jadi pada mama, Ai tetap akan sayang papa... Ai tetap akan jaga papa dan Ai tak boleh benci papa. Ai janji dengan mama ya?"

Faryna Aireen mengangguk.

"Okey mama." jawabnya.

Faryna Aireen terus memeluk Maryam dengan erat dan Maryam mencium pipi Faryna Aireen.

Enam bulan selepas itu, hayat Maryam pun terhenti setelah sel kanser merebak ke bahagian jantung dan paru paru nya. Maryam meninggal dunia di sisi Faryna Aireen, Datuk Kamal Effendi dan Tuan Ibrahim.

Sejak itu jugalah Faryna Aireen terhenti daripada merasai kasih sayang seorang ayah dan memulakan hidup bersama Tuan Ibrahim di bawah tanggungjawabnya.

Kasih sayang ibu bapa tidak lagi untuk dirinya.

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now