Bab 51

14.9K 819 41
                                    

PANDANGAN empat mata tertumpu pada Faryna Aireen yang sedang merendamkan kaki di dalam kolam renang. Faryna Aireen jadi hairan dengan pandangan mata itu.

"Apa hal kau orang berdua pandang aku macam tu? Ada benda yang kau orang tak puas hati ke apa?" soalnya.

"Kau memang betul betul hilang ingatan ke kau pura pura aje?" soal Nely dan Nady yang duduk di sebelahnya.

Aireen berkerut dahi. "Dah kenapa kau orang tanya macam tu? Nampak macam pura pura ke?" soalnya lagi.

"Yalah... kau ingat semua orang tapi kau lupa suami kau, Tuan Zarief Khairil. Eh Ai, baik kau cakap betul dengan kitaorang... kau hilang ingatan atau tak?"

Nely dan Nady sudah merenung Aireen untuk mendapatkan kepastian namun Aireen tetap selamba.

"Renung lah muka aku sampai puas. Aku rasa soalan kau orang tu kelakar tau. Buat apa lah aku nak pura pura hilang ingatan pasal suami aku kalau aku dan dia sangat bahagia sebelum ni? Tuan Zarief Khairil tak pernah naik tangan, terajang aku kan sebelum ni? Ada nampak badan aku lebam, bengkak?"

Nely dan Nady menggeleng.

"Tuan Zarief Khairil tak akan buat kau macam tulah." kata mereka.

"Dah tu? Mesti kitaorang bahagia dan aku tak ada sebab untuk pura pura hilang ingatan. Apa benda lah sangkaan kau orang ni? Haih..."

Aireen menggeleng sambil tersenyum ketawa.

"Eee... Ai! Cepatlah ingat siapa Tuan Zarief Khairil tu. Kesian tau dia kau buat macam tu." kata Nady.

"Aku buat apa dengan dia? Nady, dia pun aku lupa... tak ingat apa apa lepas tu kau suruh aku jangan buat dia macam tu? Apa benda lah."

"Kalau lupa sekalipun, kau tetap kena hormat dia, baik dengan dia. Dia suami kau. Hilang ingatan bukan alasan kau boleh buat dia macam orang luar."

Aireen diam.

Masalahnya kalau aku buka hati pada Tuan Zarief Khairil, boleh ke kami bahagia sedangkan aku dah lupa semuanya tentang dia?

"Hebat sangat ke Tuan Zarief Khairil sampai kau orang dan aku yang dulu sayang sangat pada dia? Eh, aku tak boleh bayangkan macam mana aku yang dulu boleh mudah aje ikut cakap Tok Ayah untuk kahwin dengan Tuan Zarief Khairil."

"Sangat hebat Tuan Zarief Khairil tu sampai berjaya pikat hati kau yang keras macam logam tu. Ai... dia cinta pertama kau tau. Sebelum kau kemalangan, kau dengan dia bahagia aje berdua tanpa masalah."

"Ya ke?" soal Aireen.

Nely dan Nady mengangguk.

~~~

"MANA pergi semua duit syarikat papa? Alma buat apa dengan duit tu!?" tanya Datuk Kamal Effendi dengan rasa marah pada Alma.

"Apa papa ni tiba tiba tuduh Alma ambil duit syarikat pulak ni? Mana ada Alma ambil!" nafi Alma.

"Eh, kamu jangan nak tipu papa! Kamu tu head financial manager syarikat tu. Segala transaksi, invois, bookkeeping journal semuanya tugas kamu. Papa tengok fail audit akaun terbaru syarikat tahun ni, kamu ada buat pemindahan jumlah pengeluaran besar dari akaun syarikat ke akaun peribadi kamu. Kamu buat apa dengan duit tu, Alma? Habis lesap 400K kamu ambil."

"Halah... 400K aje pun. Apa yang papa nak bising kan? Alma pinjam aje dulu duit tu. Nanti bila Alma dah ada duit lain, Alma kasi lah balik pada papa!"

Alma rengsek apabila disoal begitu.

"400K tu banyak untuk kamu. Kamu jangan macam macam Alma. Kamu beritahu papa kamu nak buat apa dengan duit sebanyak itu." ujar Datuk Kamal Effendi.

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now