Bab 26

23.3K 970 33
                                    

SAMPAI saja di kawasan Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang... Tuan Zarief Khairil dan Faryna Aireen terus ke rumah penginapan yang telah mereka sewa untuk lima hari. Rumah yang sejenis apartmen itu telah dilengkapi dengan peralatan dapur jadi mudah lah mereka untuk memasak apabila tinggal berdua nanti.

"Okey kan apartmen ni?" soal Tuan Zarief Khairil.

"Okey sangat. Yang penting dia ada alatan dapur dan mesin basuh. Senang untuk kita nak basuh baju dan kita boleh beli barang dapur untuk memasak." jawab Aireen.

Tuan Zarief Khairil tersenyum kemudian meletakkan bagasi mereka di bilik utama kemudian dia menemani isterinya duduk bersantai di balkoni.

Terus dipeluknya wanita itu dengan rapat dan erat sambil bibirnya masih lagi terukir senyuman. Faryna Aireen yang perasan hanya tersengih keliru.

"Kenapa asyik senyum aje ni? Tak cramp ke pipi tu?" soalnya.

"Haha tak adalah... I cuma rasa macam tak percaya aje kita dah kahwin... dah halal. You yang ada di depan mata I sekarang ni adalah wanita yang Allah SWT kurniakan untuk I. I gembira sangat."

Aireen terasa terharu dengan kata kata Tuan Zarief Khairil. Haih... sekiranya dia merupakan sebatang aiskrim sudah pasti dia cair dan membasahi lantai sekarang.

Eh, pakcik! Kenapa sweet sangat ni!? Mengalahkan orang muda tahu tak!

"Husband..." panggil Aireen.

Lalu Tuan Zarief Khairil menyahut panggilan itu dengan senyuman dan matanya fokus pada Aireen.

"Yes, my love?" sahutnya.

"Hish... janganlah macam ni. I malu lah!" kata Aireen sambil menutup wajahnya yang segan.

Tuan Zarief Khairil tersenyum ketawa. "Lah... nak malu apa? Bukan orang lain yang panggil you macam tu... suami sendiri yang panggil. Lagipun suami you ni handsome tau."

"Haih... kalau macam ni memang I tak boleh bekerja lah. Rasa macam nak duduk rumah lepas tu dimanja oleh encik suami yang handsome dan sweet talker ni sepanjang masa." ujar Aireen.

"Betul ke? Haa... I lagi suka kalau you berhenti kerja. You pun tahu yang you tak payah bekerja sebab I memang mampu nak jaga semua keperluan dan tunaikan semua kehendak you. Kerja ni penat tau so I don't want my queen be tired."

Aireen memandang Tuan Zarief Khairil.

"Sayang, I have international degree. Rugi lah kalau ada kelulusan dari universiti luar negara tapi tak gunakan tu dalam bidang pekerjaan. Lagipun kerja apa yang tak penat? I bekerja sebab I nak bekerja. I tak nak jadi beban you."

"Eh, apa pulak you jadi beban I? You are my wife... my queen. It's been my responsibility to serve you with anything that I can. Isteri bukan bebanan suami dan perkahwinan juga bukan satu bebanan. Ianya adalah satu tanggungjawab yang suami dan isteri setuju untuk laksanakan." terang Tuan Zarief Khairil.

"So sweet of you... tapi I tak nak berhenti sekarang. Kalau I duduk rumah saja, bosan juga."

"Kalau macam tu you kerja aje di syarikat I atau pun di syarikat Tok Ayah. Orang tak akan cakap apa apa yang buruk pun bila dia tahu you siapa."

"Memang I nak macam tu tapi belum sampai masa lagi lah sayang. We have to wait for more time."

"Okeylah kalau you dah cakap macam tu. I cuma tak nak you stres dengan keadaan akan datang. You pulak bekerja satu bumbung dengan Haikal."

"Tapi minggu depan kan dia akan kahwin dengan Alma? Kita tak perlu nak risau apa dah. Bila Alma dah jadi isteri dia, tahulah Alma nak jaga dia macam mana."

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now