Bab 11

23.5K 984 4
                                    

HARI pertama Faryna Aireen bekerja di bangunan Mahkota Holdings di bahagian pemasaran sangat berjalan lancar. Skop kerjanya agak mudah malah semua staf sangat peramah namun suasana yang tenang itu hanya seketika setelah Faryna Aireen berjumpa dengan seseorang yang paling dia tidak suka.

"Aireen... ni saya kenalkan, Encik Firdaus Haikal. Marketing director Mahkota Holdings. Mulai sekarang awak akan bekerja di bawah Encik Haikal."

Suzie berkata sambil membawa Haikal datang bertemu dengan Faryna Aireen di pejabatnya.

Aireen memandang Haikal dengan senyuman janggal manakala Haikal tersenyum lebar.

"Long time no see, Faryna Aireen." kata Haikal.

Aireen hanya diam janggal manakala Suzie hairan.

"Encik Haikal kenal Aireen ke?" soal wanita itu.

"Oh, mestilah. Aireen dengan saya belajar di satu universiti yang sama. Kami ni kira kawan zaman belajar lah." jawab Haikal.

Suzie mengangguk. "Oh, ya ke?"

Aireen tersenyum. "Nice to meet you, Encik Haikal."

Kemudian Suzie meninggalkan Haikal berdua bersama Faryna Aireen sementelah dia kembali ke mejanya. Di dalam pejabat Aireen, Haikal hanya senyum memandangnya.

"I tak sangka yang you boleh bekerja di sini. I ingatkan you bekerja di syarikat Tok Ayah you."

Aireen duduk. "Mencari pengalaman di syarikat orang. I tak naklah hidup dengan harta Tok Ayah aje."

Haikal tersenyum sinis.

"Huh... typical Faryna Aireen. Masih tak mahu dikenali sebagai anak Datuk Kamal Effendi dan cucu kepada Tuan Ibrahim."

"Kalau dikenali macam tu macam mana I nak tahu sama ada orang yang ada di sekeliling I ni ikhlas atau tak? Manusia zaman sekarang... tak semuanya ikhlas dengan kita."

Aireen berkata selamba.

"Sikap you yang macam nilah membuatkan I jatuh cinta pada you." kata Haikal.

Aireen mengeluh.

"You dah bertunang, Haikal. Janganlah cakap mengarut macam ni."

Haikal terkejut. "Macam mana you tahu?" soalnya.

"You tahu yang Datuk Kamal Effendi papa I tapi you tak tahu yang Alma tu... haih, kelakar betul!"

"Tapi macam mana you tahu? Papa you cakap you dengan Alma tak baik."

"Tok Ayah yang beritahu I. Dia pergi masa majlis pertunangan Alma dengan you tapi I masa tu masih di Cardiff." jawab Aireen.

Haikal diam. "You marah ke?" soalnya.

Aireen tersenyum.

"Buat apa I nak marah? Kita bukannya pernah ada apa apa pun masa di Cardiff dulu. I cuma tak sangka yang you bercinta dengan Alma aje."

"Hmm... I guess there's no secret anymore." kata Haikal.

"Jadinya you dah boleh berhenti jadi buaya. I tak nak you cakap pasal sayang, cinta, rindu, kasih dengan I lagi."

"Tapi perasaan I pada you tak pernah berubah pun." kata Haikal sambil menyentuh tangan Aireen.

Aireen cepat cepat menarik tangannya.

"I dah pernah cakap dulu yang I tak suka you. You tahu I anggap you tak lebih daripada kawan aje kan? Kenapa nak ungkit pasal ni lagi?"

"Pertunangan I dengan Alma... semuanya dirancang oleh papa you dan umi I. I tak nak pun dengan dia. I nak dengan you."

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now