Bab 10

27.1K 1.1K 21
                                    

INGIN terburai keluar tawanya apabila mendengar kata kata Faryna Aireen terhadap Tuan Zarief Khairil yang pulak hanya memandangnya dengan penuh sinis.

Amboi! Beria betul dia ketawa! Dia ingat ini lawak taraf Maharaja Lawak Mega ke?

"Kau tak payah beria sangat ketawa macam tu, Di. Eh, menyirap aje darah aku bila tengok kau ketawa beria macam tu. Tak kelakar langsung." kata Tuan Zarief Khairil.

Cef Ardi hanya sambung tawanya manakala Faryna Aireen hanya tersenyum melihat gelagat encik tunangnya dengan Cef Adri.

"Mana tak kelakar weh? Kau boleh cakap dengan penuh yakin pada tunang kau ni yang umur kau 29 tahun. Weh! Umur 29 tahun tu adalah umur kau pada empat tahun lepas lah! Sedar sikit diri tu dah 33 tahun."

"Oh, kiranya I kena tipu dengan you lah ni? Hari tu kata umur you 29 tahun tapi rupanya 33 tahun. Bukan I aje kena tipu, Tok Ayah pun kena tipu juga." kata Aireen.

"Eh, tak! Tok Ayah tahu umur I 33 tahun tapi dia yang suruh I bohong sunat dengan you sebab dia kata you tak suka lelaki umur 30 an." jelas Tuan Zarief Khairil.

"Bohong sunat apa? Mana ada istilah bohong sunat. Eee... you dengan Tok Ayah ni sama aje."

Aireen jadi geram. Belum apa apa lagi dia sudah kena tipu. Meskipun... ditipu soal umur.

Tuan Zarief Khairil sudah resah gelisah kerana tahu Faryna Aireen marah! Alahai sayang...

"Janganlah marah sayang. I tak ada niat pun nak tipu you. Halah... itu kan cuma umur."

"Kalau tahu itu cuma umur kenapa tipu? I tak suka kena tipu dan I paling pantang dengan penipu."

Tuan Zarief Khairil diam. Cef Ardi yang tadinya ketawa mula diam apabila melihat sahabatnya dimarahi. Nampaknya apa yang dia anggap sebagai suatu lawak telah menjadi perkara serius.

Faryna Aireen memandang Tuan Zarief Khairil lama namun akhirnya senyuman sumbing diukir.

"I'm just kidding. I am not mad at you." katanya pada Tuan Zarief Khairil.

Tuan Zarief Khairil senyum hairan. "Betul ke ni?" soalnya.

Aireen mengangguk. "Yalah... ke you memang nak I marah?"

Terus laju Tuan Zarief Khairil menggeleng. "Tak nak...!"

Aireen tersenyum sekali lagi.

"I dah tahu lama dah yang umur you bukan 29 tahun selepas I tanya Kak Elly tentang you. I tahu kalau I tanya Tok Ayah mesti Tok Ayah akan mengusik I dan mengatakan umur bukanlah satu hal yang besar malah akan berhujah panjang tentang you."

"Sebenarnya I tak kisah pun umur you berapa tapi I sengaja diamkan diri sebab I nak tengok alasan apa yang akan you beritahu bila I dah tahu. Cause I don't easily trust people, Tuan Zarief Khairil."

Kemudian Faryna Aireen memandang Cef Ardi dengan senyuman juga.

"And... thanks to you chef. If you don't tell me that my fiance is 33 years old, perhaps I don't know until we get married."

"Sayang, bukan niat I pun nak tipu you." kata Tuan Zarief Khairil.

"I tahu tapi lain kali tolong jangan buat lagi. I memang tak suka penipu." jawab Aireen.

Cef Ardi mengangguk.

"Sama sama tapi I pun nak minta maaf sebab I sendiri tak tahu yang Zarief tak beritahu you langsung pasal umur dia. I ingat Zarief sengaja nak usik you pasal umur dia."

Faryna Aireen tersenyum.

"Dia dengan Tok Ayah I sama ajelah. Sebab tu boleh jadi cucu menantu. Haih... nasib baik dia tunang I. Kalau masih lagi boyfriend, sekarang juga I minta putus."

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now