Bab 53

15.3K 858 19
                                    

"HATI dia dah terlalu lama terluka. Mama tak salahkan dia jadi macam tu. Mama faham lagipun tak semudah itu dia boleh maafkan papa. Tak apalah, nanti bila dia dah bersedia... dia akan datang jumpa kami."

Datin Farah bersikap positif dengan apa yang diberitahu oleh Tuan Zarief Khairil tentang Faryna Aireen. Sedikit pun dia tidak menyalahkan wanita itu kerana dia mengerti.

"Saya bukan nak menangkan isteri saya atau nak bagi mama alasan tapi emosi Aireen masih tak stabil. Dia pun masih tak ingat apa apa pasal kami jadinya itu sebab dia tak nak datang." kata Tuan Zarief Khairil.

Datin Farah mengangguk.

"Mama faham. Don't worry lagipun keadaan papa tak teruk sangat. Doktor cakap strok papa boleh sembuh sekiranya papa cukup rehat, banyak buat fisioterapi dan makan makanan yang sihat. Mama boleh jaga papa."

Namun Datin Farah mengeluh.

"Tapi tulah... mama tak tahu macam mana nak cari duit untuk betulkan balik semua masalah ni. Tadi peguam syarikat papa ada datang jumpa mama dan beritahu yang syarikat sedang ada masalah kewangan yang teruk sampai gaji pekerja dah empat bulan tertunggak. Ramai klien, pelabur dan ahli lembaga pengarah mula tarik diri sebab tak sanggup lagi nak mempertahankan syarikat."

"Berapa yang Alma dah ambil daripada syarikat?" soal Tuan Zarief Khairil.

"RM400K. Duit tu sebenarnya untuk kegunaan syarikat supaya dapat bertahan dan layak untuk sertai tender baru yang dibuka tapi Alma dah pecah amanah. Mama sendiri terkejut bila peguam syarikat tunjukkan mama segala bukti dan dokumen pecah amanah Alma."

Wajah Datin Farah bertukar sayu.

"Inilah kifarah untuk mama dan papa selepas terlalu manjakan Alma sampai membuatkan Alma lupa yang mana betul dan yang mana salah. Hanya kerana duit, dia tergamak tolak papa dia sendiri jatuh tangga sampai kena strok macam ni. Itu belum sebut lagi pasal apa yang dia dah buat pada kamu dan Aireen. Haih... mama malu dengan diri sendiri sebab gagal jadi ibu yang baik pada dia."

Tuan Zarief Khairil memandang Datin Farah.

"Haikal mana? Takkan dia tak datang tengok papa?"

Datin Farah menggeleng.

"Haikal... dia bukan lagi suami Alma. Mama dah telefon Datin Sarimah, umi dia untuk tanya pasal ni dan dia cakap Haikal dah ceraikan Alma depan mata dia lepas tu terus keluar rumah tak balik balik."

"Astaghfirullahalazim." ucap Tuan Zarief Khairil.

"Mama pun dah tak tahu nak buat apa lagi. Papa kahwinkan Alma dengan Haikal sebab nak Alma berubah tapi rupa rupanya Haikal pun sama aje. Sanggup dia mencintai dan menggilai kakak ipar sendiri sampai tergamak nak meruntuhkan rumahtangga."

"Mama minta maaf bagi pihak papa, Alma dan Haikal atas segala apa yang mereka dah buat pada kamu dan Aireen selama ni." ucap Datin Farah bersungguh sungguh.

Tuan Zarief Khairil tersenyum menggeleng.

"Bukan salah mama dan mama tak perlu minta maaf dengan kami.  Tak apalah, nanti saya cuba bantu apa yang boleh. Pasal bil hospital dan rawatan papa, biar saya yang tanggung sepenuhnya. Mama hanya perlu ambil alih syarikat untuk sementera waktu supaya syarikat tak jatuh bankrap. Saya tahu mama boleh lagipun Tok Ayah pernah beritahu yang mama ada masters dalam bidang International Business dan mama pernah bekerja di syarikat papa kan?"

"Tapi itu dah berpuluh tahun lah. Dah lama mama tak melibatkan diri dalam bisnes. Mama takut lah." jawab Datin Farah.

"Mama jangan takut. Akan ada orang yang akan bantu mama menguruskan syarikat tu nanti."

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now