Bab 38

17.6K 861 17
                                    

BUSANA songket tenun Pahang berwarna biru tua yang menjadi pilihan Faryna Aireen dan Tuan Zarief Khairil telah selamat disarungkan oleh mereka berdua sebelum acara persandingan dan makan beradab dimulakan.

Hilang sudah gusar Adelia Nuressa selaku pereka baju sanding mereka berdua yang takut seandainya baju songket itu tidak muat dengan pasangan pengantin.

"Macam mana? Selesa tak?" soal Adelia yang sedikit gusar.

Tuan Zarief Khairil dan Faryna Aireen mengangguk.

"Selasa sangat. Kau janganlah risau. Baju ni cantik dan selesa." kata Faryna Aireen.

"Mahu aku tak risau? Aku dah lama tak reka baju sanding menggunakan kain songket tahu tak? Selalunya mama aku yang uruskan kain songket ni sebab aku tak berani. Yalah songket ni kan melambangkan keagungan tradisional. Kalau salah reka, habislah aku dikecam tetamu yang hadir nanti. Dah lah Tuan Zarief Khairil ada jemput pihak media sekali ke majlis kau orang ini. Risau betul aku!"

Faryna Aireen senyum saja. Tuan Zarief Khairil hanya memandang Adelia.

"Tak payah risau apa apa. I dan Aireen suka dengan jahitan you ni. Sangat kemas dan teratur. I pun pasti yang ramai akan puji you sebab berjaya reka baju sanding kami yang istimewa macam ni." katanya untuk memberi semangat.

Adelia Nuressa tersenyum mengangguk. "Thank you sebab tuan dan Aireen percaya pada I. I sangat bersyukur sebab you all beri I peluang yang sangat istimewa ni untuk I naikkan lagi Lavender Concept."

"Sama sama." jawab mereka berdua.

Tuan Zarief Khairil terus memakai tanjak yang dipadankan dengan busana miliknya manakala Faryna Aireen sedang cuba memakai sanggul.

Usai siap, mereka berdua pergi bergambar sebelum berjalan masuk ke dalam dewan.

"Jeffrey, Tuan Ibrahim dan Elly dah sampai ke? Nely dan Nady dah tunggu bersama pembawa dulang yang lain?" tanya Tuan Zarief Khairil.

Jeffrey mengangguk.

"Dah, tuan. Tuan Ibrahim dan Cik Elly sudah berada di dalam dewan bersama tetamu yang lain manakala Nely dan Nady sudah bersedia untuk membawa dulang hantaran masuk ke dalam dewan bersama pembawa dulang yang lain."

"Okey bagus, terima kasih Jeffrey sebab banyak tolong saya." ucap Tuan Zarief Khairil ikhlas sambil memeluk Jeffrey.

"Sama sama tuan lagipun sudah menjadi tanggungjawab saya untuk membantu tuan. Saya kan PA yang terbaik tuan pernah ada? Hehe!"

Tuan Zarief Khairil tersenyum

"Nanti saya kasi awak hadiah bila awak dah kahwin okey? Tapi selagi larat dan mampu, janganlah berhenti untuk bekerja dengan saya ya? Saya dah selesa sangat dengan cara awak bekerja."

"Insya Allah tuan." jawab Jeffrey.

Kemudian walkie talkie milik Jeffrey berbunyi. Itu menandakan para tetamu sudah mula memenuhi ruang dewan dan menunggu pasangan pengantin untuk masuk ke dalam dewan.

Jeffrey... dimaklumkan bahawa semua para tetamu dan pihak media sudah tiba di dalam dewan. Diminta untuk mengiringi pasangan pengantin berarak masuk ke dalam dewan sekarang. Roger!

Jeffrey menyambung.

Baiklah, control team. Pasangan pengantin akan masuk berarak ke dalam dewan sekarang. Mohon individu yang membuka pintu dewan bersedia untuk mempersilakan pasangan pengantin masuk. Roger!

Jeffrey memandang Tuan Zarief Khairil dan Faryna Aireen.

"Tuan, Puan... kita dah boleh bergerak masuk ke dalam dewan sekarang. Tuan dan Puan dah bersedia ke?"

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now