Bab 29

18.5K 956 49
                                    

HARI ini adalah hari di mana majlis pernikahan Firdaus Haikal dan Alma akan berlangsung. Mereka berdua mengadakan majlis ini di dewan hotel Tuan Zarief Khairil sendiri. Secara tak langsung, Tuan Zarief Khairil dan Faryna Aireen harus turut sama menghadirkan diri sebagai anak dan menantu kepada Datuk Kamal Effendi.

"I masih tak boleh hadam yang you setuju untuk datang ke majlis Alma dan Haikal ni kerana papa. Ini majlis anak menantu kesayangan dia lah... buat apa kita patut ada?" soal Aireen yang malas.

Tuan Zarief Khairil memandang Faryna Aireen kemudian menyentuh bahunya. "Tak baik cakap macam tu. Papa tu papa you juga. I setuju nak datang sebab papa ajak dengan cara baik." katanya.

"Tapi tak batal pun majlis kahwin diorang kalau kita tak ada. Daripada kita pergi majlis diorang lebih baik kita pergi makan ke shopping ke. Ada juga faedahnya."

Tuan Zarief Khairil tersenyum.

"Janganlah berkira dengan papa sendiri. Datuk Kamal Effendi tu papa kita tau. Baik buruk dia tetap papa you dan papa mentua I."

"Bukan berkira tapi entahlah... tak payah pergi lah okey? Kita pergi tempat lain." katanya.

Tuan Zarief Khairil menggeleng.

"No... kita pergi majlis perkahwinan diorang sekarang. Kejap ajelah. Lepas habis akad nikah diorang, kita balik."

Aireen mengeluh. "Yalah..."

Dia bangun kemudian mahu beredar dari kamar beradu untuk ke garaj kereta kerana Jeffrey sudah menunggu.

"Eh, sayang! Tak nak bawa baju spare ke? Mana tahu nanti you tak selesa pakai baju tu waktu panas lepas tu berpeluh pulak. Bawa lah baju spare sekali dengan baju I."

Aireen mengangguk.

"Okey, bawa lah.  You ambil aje mana mana baju I dalam almari tu. I tak kisah I pakai aje."

Tuan Zarief Khairil tahu yang Faryna Aireen sangat mudah berpeluh apabila berada di dalam kawasan yang sesak dan panas jadi dia terus membekalkan pakaian lain untuk dirinya dan Faryna Aireen.

Dia sendiri pun tak suka pakai pakaian yang dipenuhi dengan peluh badan.

Di dalam kereta pulak, Faryna Aireen masih leka dan sibuk dengan telefonnya. Itu membuatkan Tuan Zarief Khairil mengeluh kecil.

"Sayang, sudahlah dengan telefon tu. Sembang lah dengan I." kata Tuan Zarief Khairil.

Faryna Aireen masih dengan telefonnya berkata... "Nak sembang apa? You cakap aje I dengar."

"Apa yang penting sangat best sangat dengan telefon tu?" soal Tuan Zarief Khairil.

"Just surfing the Internet. Looking for new items for shopping." jawab Aireen namun matanya tidak langsung memandang Tuan Zarief Khairil.

"You... bulan depan kita bersanding. Baju sanding kita dah siap ke?"

Aireen diam. Tuan Zarief Khairil memandang Faryna Aireen dengan keluhan kecil sebelum mengambil telefon milik Aireen daripada tangannya.

Aireen sedikit terkejut lalu memandang Tuan Zarief Khairil dengan hairan.

"Do you know that it's rude when people talk to you but you don't look their faces and still busy playing with your phone?" tanya sinis Tuan Zarief Khairil.

Aireen menunduk sedikit lalu memohon maaf. "Sorry husband, I was looking at the new Nike shoes while you were talking to me."

"So, this Nike shoes are more important than me?" Tuan Zarief Khairil menyoal sambil memandang skrin telefon Aireen.

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now