Bab 54

15.5K 877 13
                                    

SUASANA sudah bertukar malam dan hanya tinggal Tuan Zarief Khairil dan Faryna Aireen saja berdua di dalam rumah agam itu. Semua pembantu rumah sudah pulang manakala pegawai keselamatan berada di dalam pos keselamatan untuk mengawasi setiap kawasan rumah.

Dari ruang tamu berpindah ke bilik tidur dan dari awal malam hingga ke lewat malam, batang hidung Faryna Aireen masih tidak kelihatan bahkan Tuan Zarief Khairil menikmati makan malamnya seorang diri saja. Tidak bersama Faryna Aireen seperti selalu.

Haih... masih marah dengan aku pasal kejadian siang tadi ke? Kalau ya pun masih marah, takkanlah tak nak turun ke dapur untuk makan malam? Sudahlah dia masih perlu makan ubat dan mana mungkin dia makan ubat tanpa makan malam.

"Allahuakbar, sayang... I tak tahu lagi macam mana caranya nak buat you puas hati dengan I. I cuba berlaku adil dengan semua orang terutama sekali dengan you tapi you masih nak marah dengan I." keluh Tuan Zarief Khairil sendiri.

Akhirnya, Tuan Zarief Khairil tetap menuju ke bilik tidur Faryna Aireen untuk melihat keadaannya sambil mahu memujuk sang isteri yang masih hilang ingatan itu. Sampai saja di hadapan pintu bilik tidur Faryna Aireen, dia mengetuk beberapa kali untuk Faryna Aireen membuka pintu namun tiada sahutan. Jadi, dia memegang tombol pintu dan ianya tidak berkunci.

Oleh itu, Tuan Zarief Khairil masuk ke dalam lalu mencari Faryna Aireen.

"Sayang, where are you? You belum makan kan? Jom lah turun bawah, kita makan malam bersama sama." katanya.

Namun tiada sahutan dan tiada orang untuk menyahut. Tuan Zarief Khairil hairan. Katil terkemas rapi malah almari masih dipenuhi dengan pakaian dan tingkap bilik tidur terkunci rapat. Nak kata dia lari dari rumah... semuanya masih ada malah tiada langsung tanda tanda dia melarikan diri.

Tapi... di dalam bilik, dia tiada.

Kemudian tiba tiba Tuan Zarief Khairil mendengar suara tangisan di balik kamar mandi. Suara tangisan itu hanya kedengaran sayup sayup saja jadi tanpa menunggu lama Tuan Zarief Khairil terus menjenguk ke arah kamar mandi.

Dia mengetuk pintu kamar mandi dan yakin bahawa Faryna Aireen ada di dalamnya.

"Sayang, you menangis ke?" soal Tuan Zarief Khairil.

Tiada jawapan daripada Faryna Aireen lantas membuatkan Tuan Zarief Khairil jadi risau. Dia terus membuka pintu kamar mandi untuk melihat keadaan Faryna Aireen.

Setelah membuka pintu, dia ternampak Faryna Aireen sedang duduk bersimpuh di hadapan tab mandi sambil memegang perut. Dengan perasaan cemas, Tuan Zarief Khairil mendapatkan Faryna Aireen.

"Kenapa ni!?"

Tuan Zarief Khairil memegang pinggang Faryna Aireen yang mengerang sakit.

"Senguggut." jawab Faryna Aireen.

"Okey, I dukung you bawa ke atas katil." kata Tuan Zarief Khairil.

Tuan Zarief Khairil terus mendukung isterinya lalu meletakkannya di atas katil. Faryna Aireen masih mengerang sakit di perutnya akibat senguggut.

"You beritahu I apa yang I patut buat sekarang ni untuk kurangkan sakit perut you. Nak suruh beli ke, nak suruh masak ke... beritahu aje." kata Tuan Zarief Khairil.

"Pergi masuk wardrobe room lepas tu buka laci di meja solek dan ambil pil panadol warna pink. I kena makan pil tu untuk kurangkan rasa sakit senguggut ni." terang Faryna Aireen.

Tuan Zarief Khairil terus wardrobe room lalu mencari apa yang Faryna Aireen perlukan. Usai buka laci meja solek, dia nampak sepapan Panadol Menstrual yang berwarna merah jambu lalu dia mengambil itu dan memberikan pada Faryna Aireen.

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now