Bab 36

17K 913 51
                                    

TUDUNG saji dibuka untuk sarapan pagi namun dia terus hampa apabila tiada langsung makanan yang ada untuk dia bersarapan.

"You tak masak ke?" soal Haikal.

Alma menjeling. "Of course tak. Kalau you nak makan suruh ajelah mama sediakan."

Haikal mengeluh.

"Sekarang ni I kahwin dengan you ke dengan mama you? Kenapa pulak I nak kena suruh mama sediakan sedangkan tu tanggungjawab you? You ni apa benda? Semuanya malas nak buat."

"Haih... pasal sarapan pun nak kecoh! Kalau you nak makan apa apa, suruh ajelah bibik buatkan untuk you. Jangan suruh I sebab I bukan bibik you."

Tudung saji dihempas di atas meja. Haikal jadi marah.

"Ada isteri pun tak boleh harap! Menyusahkan!" marahnya.

Amarah Haikal kedengaran sampai ke tingkat atas di mana Datuk Kamal Effendi berada.

"Kenapa dah bergaduh awal pagi macam ni? Kau orang berdua baru kahwin kelmarin tau. Takkan dah bergaduh?" soal lelaki tua itu.

"Menantu papa tulah. Pasal sarapan pun nak kecoh. Kalau dah tahu tak ada sarapan di rumah, sarapan ajelah di luar. Bukannya tak ada duit pun."

"Alma isteri jadi you lah yang kena buat semua tu. Masak ajelah makanan yang simple untuk suami."

"Excuse me papa! I'm not a maid of him. Perut dia, tekak dia. Suka hati lah dia nak makan ke tak nak. Kalau dia lapar, makan aje di kedai. Bersepah kedai makan di KL ni."

Haikal merengus marah. Malas melayan Alma dia terus bersalaman dengan Datuk Kamal Effendi dan terus pergi ke tempat kerja.

"Haikal pergi dulu papa. Haikal makan luar aje nanti. Ada isteri nak minta tolong apa apa pun berkira."

Datuk Kamal Effendi mengangguk.

Alma hanya menjeling. "Okeylah papa... Alma nak pergi spa dulu. Bye!"

"Spa apa? Sekarang waktu bekerja. Tak nak masuk pejabat ke?"

Alma menggeleng. "Tak nak. Malas."

Dia pergi. Datuk Kamal Effendi menggeleng. Susah dapat anak yang tak reti ada tanggungjawab macam ni.

"Farah..." panggilnya.

"Ya, abang!" sahut Datin Farah.

"Breakfast apa pagi ni?"

"Mi goreng ajelah dengan air kopi. Nak ke?"

Datuk Kamal Effendi mengangguk. "Bolehlah." dia pergi ke arah dapur.

Di dapur dia berbual dengan isterinya mengenai anak menantu mereka.

"Duit beratus ribu habis untuk majlis nikah dan sanding mereka berdua tapi lepas kahwin, makan minum suami pun tidak dijaganya. Apa nak jadi dengan dia tu?" soal Datuk Kamal Effendi.

Datin Farah menggeleng. "Jangan tanya saya. Saya tak tahu apa apa dan tak nak tahu apa apa. Abang yang ikut sangat kemahuan dia sampai dia jadi macam itu." jawabnya selamba.

Datuk Kamal Effendi memandang Datin Farah. "Sekarang ni awak nak salahkan saya ke? Salah saya seorang?"

"Ya, memang salah abang. Dari dulu lagi saya dah cakap dengan abang jangan ikutkan sangat kemahuan Alma tu tapi abang degil tak nak dengar cakap saya langsung. Bila dah jadi macam ni abang nak babitkan saya pulak. No way!"

"Apa maksud awak ni?"

Datin Farah mengeluh.

"Dulu saya dah pesan pada abang untuk didik Alma tu macam ayah didik Aireen. Habis aje SPM, Aireen terus tinggal di Cardiff City dan sambung belajar diploma dan degree di sana selama tujuh tahun. Balik aje di Malaysia terus ayah beri dia rumah, kereta. Hah itu baru caranya mendidik anak dengan betul. Belajar tinggi tinggi, dapat result bagus... barulah boleh dapat semua yang dia nak. Alma? Hmm... lepas SPM tak ke mana. Sambung belajar pun tak ada, bekerja di syarikat abang pun haram tapi apa yang dia nak semuanya abang kasi."

"Patutnya abang sedar benda ni dah lama. Bukan baru sekarang. Saya ni cuba nak baik dengan anak tiri saya tu... Aireen. Tapi disebabkan abang dan Alma, saya pun dibencinya sekali sedangkan saya pernah cuba nak sayang dia macam anak sendiri."

Datuk Kamal Effendi diam.

"Apa salahnya kalau Alma tu dididik seperti Aireen? Dua dua anak kandung abang juga kan tapi kenapa perangai jauh sangat bezanya? Terus terang cakap... saya malu bila anak kandung saya sendiri lebih teruk daripada anak tiri saya. Mana mana saya pergi, orang pasti akan compare Alma dengan Aireen. Katanya Aireen lebih matang, lebih bertanggungjawab hasil didikan daripada Tuan Ibrahim."

"Tuan Ibrahim tu ayah abang tau tapi macam mana hasil didikan dia lebih baik daripada kita yang menjadi ibu bapa kepada Alma dan Aireen? Kalau abang tanya saya, adakah kita dah gagal menjadi ibu bapa... jawapannya adalah ya. Memang kita gagal menjadi ibu bapa dalam mendidik anak perempuan kita berdua yang seorang itu."

"Tapi bukan saya tak cuba untuk berbaik dengan Aireen. Saya dah cuba... dia aje yang keras hati dengan saya." ujar Datuk Kamal Effendi.

"Memanglah dia keras hati sebab abang dah terlambat untuk buat semua tu! Abang kata abang cuba untuk berbaik dengan Aireen tapi setiap kali Alma buat salah, abang pertahankan dia. Kelmarin dia tolak Aireen jatuh kolam, abang langsung tak marah Alma. Bila ayah abang yang marah dia, abang pertahankan dia sedangkan abang tahu perbuatan dia tu salah."

"Sekarang ni bila dia dah bersuami pun dia masih dengan dunia dia. Pakai makan suami dia langsung dia tak kisah. Patutnya bila dah kahwin, dah tahu tanggungjawab isteri pada suami. Pindah duduk rumah sendiri. Belajar susah senang dengan suami tapi apa yang Haikal dapat selepas menjadi suami dia? Hari pertama suami nak pergi kerja pun, tak ada sarapan atas meja."

Datin Farah menggeleng.

"Kalau Alma masih dengan perangai dia yang macam ni, saya tak pelik tau bang kalau belum cukup setahun berkahwin, tiba tiba dia jadi janda. Suami mana yang tahan kalau semua perkara mudah pun isteri malas nak buat." katanya lagi.

Datuk Kamal Effendi mengeluh.

"Hish! Awak ni kenapa cakap macam tu? Awak tu seorang ibu dan kata kata tu satu doa. Awak nak sangat ke Alma jadi janda? Awak ingat perkahwinan ni macam main pondok pondok ke? Petang kahwin malam cerai."

"Hah tengok! Abang masih lagi pertahankan dia. Abang, saya tak mendoakan Alma tu jadi janda tapi kalau abang di tempat Haikal dan saya berperangai macam Alma, abang rasa abang boleh ke tahan dengan perangai saya? Abang, saya... saya... walaupun saya mama kandung kepada Alma tapi abang yang banyak mendidik dia daripada saya tau."

"Abang yang didik dia jadi macam sekarang ni. Abang terlalu manjakan dia sampai dia rasa apa yang dia buat semuanya betul. Bila saya nak didik dia ikut cara saya, abang cakap saya berkasar dengan dia. Sekarang ni... bila dia dah besar macam ni, abang pulak nak babitkan saya sekali. Tak adil tahu tak abang? Tak adil untuk saya."

Datin Farah mengeluh sekali lagi.

"Sudahlah abang. Saya dah penat untuk cakap pasal ni lagi. Alma pun dah ada suami jadi biarlah suami dia nak didik macam mana. Saya tak nak ambil tahu dah dan ini adalah kali terakhir saya bercakap pasal ni. Lepas ni kalau dia buat hal lagi, saya akan diam saja. Abang ajelah yang uruskan semuanya ya? Saya dah lelah dengan perangai dia tu."

Datuk Kamal Effendi akhirnya diam tidak bersuara. Datin Farah terus mengambil pinggan yang sudah digunakan olehnya dibawa ke singki dapur.

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now