Bab 49

15K 854 22
                                    

ZIP bagasi yang diletakkan semua pakaian milik Faryna Aireen itu ditutup kemas untuk dibawa balik ke rumah. Hari ini Faryna Aireen sudah dibenarkan pulang ke rumah.

"Ai nak balik rumah Tok Ayah. Buat apa Ai nak balik rumah lelaki yang Ai langsung tak kenal?" soal Aireen.

"Lelaki yang Ai tak kenal tu suami Ai yang sah. Tak boleh lah Ai nak balik rumah Tok Ayah. Ai dah ada suami, tempat Ai sentiasa di sisi suami."

Tok Ayah berkata manakala Aireen terus mengeluh. Tok Ayah menggenggam tangan Faryna Aireen.

"Pada Ai... Tuan Zarief Khairil adalah lelaki asing yang tiba tiba masuk ke dalam hidup Ai tapi pada Tuan Zarief Khairil... Ai adalah perempuan yang paling dia sayang dan cinta. Dia sanggup buat apa saja demi Faryna Aireen binti Kamal Effendi."

Aireen diam.

"Habis tu Tok Ayah tetap nak Ai nak tinggal dengan dia?"

Tok Ayah mengangguk.

"It's your husband, sweetheart. Nothing against you with him. Kalau dia lelaki yang jahat, tak mungkin Tok Ayah izinkan dia kahwin dengan Ai. Tok Ayah sayang Ai so Tok Ayah mesti akan cari lelaki yang terbaik untuk jadi suami Ai."

"He's your best choice to be my husband? Tok Ayah! Dia tua 10 tahun dengan Ai lah! Tak mungkin Ai boleh terima lelaki macam tu jadi suami. Tok Ayah paksa Ai kahwin ke apa ni?"

"Astaghfirullahalazim! Kamu ni dah kenapa Faryna Aireen?" soal Tok Ayah dengan serius.

Dan... apabila nama penuh Aireen disebut oleh Tok Ayah semasa berkata kata maka Aireen sudah melangkah ke batasan kata yang Tok Ayahnya tak boleh terima.

"Tok Ayah tahu kamu tak ingat siapa Tuan Zarief Khairil pada kamu tapi itu tidak bermakna kamu boleh untuk mempersoalkan atau menghina dia seolah olah dia tak layak untuk jadi suami kamu. Meskipun kamu dan dia berbeza usia 10 tahun, kamu tetap bahagia dengan dia dulu. Tak pernah sekali pun kamu mempertikaikan apa apa pasal diri dia."

"Ai tak boleh terima lah semua ni Tok Ayah. Umur Ai baru 23 tahun tau dan for sure that I don't want to be married at this age but now I am married? Ai bukan Alma. Kalau Alma tu logik lah dia kahwin pada umur sekarang."

"Alma sendiri pun dah kahwin dengan Haikal walau dia muda tiga tahun daripada kamu." jawab Tok Ayah.

Aireen tersenyum sinis.

"See? Kalau Alma kahwin tersangatlah masuk akal tapi bukan Ai. Ai tak beria nak bersuami macam dia." katanya.

"Ini bukan soal beria atau paksa. Memang Tuan Zarief Khairil adalah lelaki yang menjadi pilihan Tok Ayah untuk menjadi suami Ai tapi Tok Ayah tak pernah paksa Ai pun untuk terima dia sebagai suami Ai. Ai sendiri yang buat keputusan untuk berkahwin dengan dia sebab Ai dah jatuh cinta dengan dia."

Aireen diam keliru.

Tok Ayah menghampiri Aireen kemudian memeluk wanita itu lalu menyandarkan kepala Aireen di bahunya.

"Apa pun jadi, Ai tetap isteri Tuan Zarief Khairil dan Tuan Zarief Khairil tetap suami Ai. Ai kena hormat dan patuh pada suami Ai."

"Tok Ayah..." panggil Aireen.

"Ya, sayang Tok Ayah."

"Can Ai survive in this marriage? Kalau Ai tak akan ingat Tuan Zarief Khairil sampai bila bila macam mana? Berdosa ke Ai nanti?" soal Aireen dengan nada yang hiba.

"Ai akan berdosa sekiranya Ai mengabaikan tanggungjawab Ai sebagai isteri pada Tuan Zarief Khairil. Meskipun Ai hilang ingatan tentang Tuan Zarief Khairil tapi Ai masih jalankan tanggungjawab sebagai isteri pada dia, Ai tak akan berdosa. Kalau Ai boleh terima Tuan Zarief Khairil walaupun Ai tak ingat apa apa, mesti Tuan Zarief Khairil boleh terima diri Ai yang baru macam ni." jelas Tok Ayah dengan betul.

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now