Bab 18

19.5K 904 52
                                    

"KENAPA tak pernah beritahu pada I pun yang you dah bertunang?" soalan daripada Haikal yang berjaya membuatkan Faryna Aireen badmood di awal pagi.

"Apa you ni? Pagi pagi dah tanya soalan macam ni. Ini waktu bekerja... tanya lah soalan yang ada kena mengena dengan kerja." kata Aireen.

Haikal menggeleng. "I tak kira sama ada waktu kerja ke tak. Jawab soalan I. Kenapa tak beritahu I, you dah bertunang?"

"Dah kenapa pulak I kena beritahu you sama ada I dah bertunang atau tak!? You bukan abang I... you bukan suami I... you bukan ayah I. You siapa!?" soal Aireen serius.

"You tak ada hak pun nak tahu pasal hal peribadi hidup I!"

"I nak tahu dan I perlu tahu!" jerit Haikal pada Aireen namun nasib baik pintu pejabat Aireen ditutup rapat.

Paling tidak, staf yang memandang mereka hanya beranggapan mereka sedang bergaduh mengenai hal kerja.

"Sebab I tak rasa ianya penting pun untuk you tahu! Eh, papa I sendiri tak tahu I bertunang dengan siapa tapi tak bising macam you pun. So, apa hal you nak sibuk tahu? You bukan keluarga I. You baru aje nak jadi sebahagian daripada keluarga Datuk Kamal Effendi."

Haikal mengeluh. "Bukan kehendak I untuk kahwin dengan Alma. I pun dah beritahu umi yang I tak nak kahwin dengan dia dan akan putuskan pertunangan kami."

"So? It's not my problem. Tak ada kena mengena dengan I pun." jawab Aireen.

"I nak putus tunang dengan Alma sebab I nak kahwin dengan you. I nak you jadi isteri I bukannya Alma."

"I dah bertunang dan I cintakan tunang I! Tak nampak ke cincin pada jari I ni?" soal Aireen sambil menunjukkan jari manisnya yang bersarung cincin belah rotan.

"Putuskan hubungan dengan tunang you. Kalau you tak sanggup, biar I aje yang jumpa dia."

"Astaghfirullahalazim, Haikal! Apa yang susah sangat you nak faham cakap I ni? I tak pernah ada perasaan pada you... tak pernah cintakan you pun. Kenapa nak memaksa sedangkan kita dah ada tunang kita masing masing?"

"No... no! I takkan terima. I nak you kahwin dengan I." Haikal bertegas.

Aireen jadi hamun. Dia sudah kehabisan kata untuk bercakap dengan lelaki bernama Firdaus Haikal ini.

Memang jenis manusia yang tak reti bahasa!

"I ni kan... dah tak ada ayat dah nak cakap dengan you ni, Firdaus Haikal. Benda yang you boleh faham, you tak nak faham lepas tu nak mengamuk macam orang gila talak. I penat tahu tak nak melayan perangai you yang macam ni!" jerit Aireen.

Haikal tergamam. Ini pertama kali dia melihat Aireen menjerit terhadapnya.

"Keluar sekarang. Kalau you tak ada hal lain yang berkaitan dengan kerja, sila keluar sekarang. I tak nak dan tak suka bercakap pasal hal peribadi di waktu kerja." arah Aireen.

Haikal akhirnya mengalah. Dia keluar dari pejabat Aireen dengan wajah yang kesal.

Aireen hanya memandang dengan perasaan marah.

Suka suka hati aje nak paksa aku kahwin dengan dia. Dia ingat dia siapa untuk tentukan hidup aku?

~~~

SEPANJANG hari emosi Firdaus Haikal dan Faryna Aireen sungguh berkecamuk tidak stabil. Aireen resah di dalam pejabat kerana suara Haikal tak habis habis kedengaran memarahi staf lain. Pejabat mereka juga berhadapan jadi Aireen mudah terganggu tumpuannya.

"Kan I dah cakap tukar tarikh pada hari Jumaat bukan Rabu. Apa masalah you sampai benda kecil macam ni boleh misunderstanding? Pekak dah ke!?" marah Haikal.

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now