Bab 27

21.5K 970 17
                                    

"NAH!" Tuan Zarief Khairil menghulurkan satu kon aiskrim coklat kepada Faryna Aireen. Mereka makan aiskrim bersama sama di taman bunga lavender.

"Huish, makan aiskrim di taman bunga lavender? Best!" balas Aireen.

"Mestilah! Apa aje yang tak best bila bersama dengan wifey kesayangan I? Lepas ni nak ke mana lagi?"

Aireen berfikir. "Tak nak ke mana lah hari ni. Lepas ni kita terus balik okey? Esok pulak kita sambung berjalan jalan." katanya.

"Dah tu tak nak makan luar? Nak masak sendiri?" soal Tuan Zarief Khairil.

Aireen mengangguk. "Yup. Nanti kita singgah mana mana kedai runcit lepas tu beli barang nak masak. You nak makan apa?"

"Tomyam campur boleh? You pandai buat kan?"

"Tomyum eh? Hmm... dah lama tak masak tomyam tapi tak apa, kejap lagi I cuba."

"Okey cun. Kejap lagi kita beli barang dapur."

Aireen memandang Tuan Zarief Khairil.

"Tapi kalau tak sedap, you kena beritahu I jujur. Tak payah kononnya nak ambil hati isteri sangat."

Tuan Zarief Khairil tersenyum ketawa. "Eh, ambil hati isteri pun salah ke?"

"Tak salah tapi I nak you jujur dengan I. Kenapa perlu you bohong kalau masakan I tak sedap? Jujur aje supaya I tahu kekurangan masakan tu dan I boleh baiki lagi. Kalau you tipu bila masanya I akan baiki kekurangan I?"

Tuan Zarief Khairil mengangguk. "You have the point."

Kemudian telefon Faryna Aireen berbunyi. Dia meminta Tuan Zarief Khairil untuk melihat notifikasi telefonnya.

"Husband, you tengok kejap siapa mesej. I nak pergi basuh tangan dekat paip hujung sana. Habis tangan belengas kena aiskrim."

Aireen pergi.

Tuan Zarief Khairil mengambil telefon Aireen lalu membaca mesej yang dihantar kepadanya. Tuan Zarief Khairil juga tahu kata laluan telefon pintar milik Faryna Aireen.

Guess what? I'm going back to Malaysia for good and I can't wait to see you. - Rashdan.

Terus dahi Tuan Zarief Khairil berkerut seribu. Siapa pulak Rashdan ni? Balik Malaysia pun beritahu isteri aku?

Kemudian Aireen kembali pada Tuan Zarief Khairil. Dia duduk sambil mengelap bibir Tuan Zarief Khairil dengan tisu.

"Tak habis lagi makan aiskrim tu? Lah... sampai comot bibir. Meh sini I lapkan sikit." katanya.

"Love, tadi ada orang nama Rashdan mesej dan dia cakap dia akan balik Malaysia terus. Dia pun tak sabar nak jumpa you. Siapa tu?" soal Tuan Zarief Khairil.

"Oh ya, Rash... Rashdan! Dia tu kawan I di Cardiff dulu tapi bukan satu universiti lah. Dia lah bff I masa di Cardiff dan lama juga I tak dengar cerita pasal dia." jawab Aireen.

"Tapi ni dia mesej pada you. Macam mana dia tahu nombor telefon you kalau you dah lama tak dengar cerita pasal dia?"

"Halah... nombor telefon yang I pakai sekarang ni dah lama aktif sejak I duduk Cardiff lagi. I mana ada nombor telefon Cardiff so siapa yang nak nombor telefon I, I kasi ajelah yang Malaysia punya."

Tuan Zarief Khairil jadi serius. Faryna Aireen hanya memandang kemudian tersenyum sekilas.

"Eh, kenapa muka macam tu? You cemburu ke?" soalnya.

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now