Bab 16

22.4K 1K 10
                                    

"BUAT muncung panjang panjang macam tu sebab nak lawan dengan muncung Donald Duck ke?" usik Tuan Zarief Khairil pada Faryna Aireen yang diam memuncung mulutnya.

"Sorry! Tak kelakar." jawab Aireen sambil kembali mencebik.

Tuan Zarief Khairil diam. Hah! Ini ada perkara yang tak kenal hari lah ni! Awal pagi Ahad macam ni pun dah moody.

"Hei, sayang. Kenapa ni? Awal pagi waktu breakfast macam ni you dah moody. I ada buat salah ke?" soalnya lembut.

Aireen memandang Tuan Zarief Khairil kemudian mengangguk.

"Ya, memang you ada buat salah. Banyak betul salah you pada I sekarang ni."

Tuan Zarief Khairil mengangguk kehairanan.

"Okey, apa salah I tu sebab I memang tak tahu apa salah I sekarang ni?"

"You tak terus terang pun pada I yang you ada saham terbesar di dalam Mahkota Holdings. Bila I tanya tu syarikat siapa, you kata you syarikat kawan you tapi sebenarnya tu syarikat you. Kenapa you tipu I?"

Tuan Zarief Khairil tersenyum tersengih.

"I tak tipu you. I cuma tak beritahu aje tapi memang itu bukan syarikat I. I cuma the biggest shareholder aje dalam syarikat tu dan sebelum you tanya... I tak ada kena mengena dalam pengambilan kerja you dengan Mahkota Holdings. I cuma cakap pada CEO Mahkota Holdings yang you nak bekerja di situ dan dia terima. I tak tahu pun apa jawatan you dalam syarikat tu until you beritahu I sendiri."

"Betul?" soal Aireen.

Tuan Zarief Khairil mengangguk. "Betul. Tapi kenapa you tak nak sangat orang tahu you sebenarnya siapa? You tak nak orang tahu you bertunang dengan I, I faham lah tapi kenapa you pun tak nak orang tahu yang you anak Datuk Kamal Effendi dan cucu Tuan Ibrahim? Kalau orang tahu, you will get the respect." katanya.

"Yeah, gain respect and fake people. Kalau orang tahu I siapa, mesti ramai orang yang akan ambil kesempatan atas diri I. Tiba tiba dapat kawan yang ramai... semua orang berbudi bahasa dan semua orang akan pandang tinggi pada I. Tak naklah..."

"Okay, good answer!" jawab Tuan Zarief Khairil.

"Then, apa salah I yang kedua?" soalnya lagi.

"Salah you yang kedua adalah betul ke pelan you pasal lepas kahwin, kita berdua akan tinggal di luar negara? Kenapa tak beritahu pada I dulu? At least kita berbincang."

"Hah... inilah yang I tak suka pasal you. Suka sangat serkap jarang bila I tak beritahu apa apa."

Aireen mengeluh. "You lah yang salah. Dah tahu yang cik tunang you ni macam ni... lain kali cakap tu beritahu dulu." katanya.

Tuan Zarief Khairil tersenyum. Kemudian dia menarik hidung Aireen seketika. Aireen mengadu sakit.

"Jangan tarik hidung I! Nanti kalau jadi panjang macam Pinocchio, lepas tu you tak nak kahwin dengan I macam mana? Dah lah you yang punca!" rungut Aireen.

"Halah... hidung you panjang macam Pinocchio ke macam gajah ke macam keropok lekor ke I tetap sayang dengan you. I ni... sekali aje dah sayang orang tu, sampai mati I akan sayang orang tu seorang aje tau."

"Sweet talker betul."

Tuan Zarief Khairil mengeluh. "Orang cakap betul, dia cakap sweet talker. Haih... ambil lah menang sayang. I tahu kalau bercakap dengan you, mesti I yang kalah."

Aireen tersenyum puas. Ingat senang ke nak menang perang mulut dengan Faryna Aireen? Hei, ini juara bertahan yang tak pernah kalah tau!

"Okey, apa apalah tapi sekarang ni you tak jawab lagi soalan I tadi. Betul ke lepas kahwin you nak bawa kita tinggal di luar negara?"

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now