Bab 22

19.4K 980 13
                                    

KERETA diberhentikan di hadapan rumah Datin Sarimah. Tuan Zarief Khairil dan Faryna Aireen turun dari kereta lalu menuju ke arah Datin Sarimah yang sudah memandang Faryna Aireen dengan resah.

"Assalamualaikum, auntie." ucap Aireen.

"Waalaikumussalam, terima kasih Ai sebab sudi datang untuk auntie. Haikal ada dalam bilik dia di tingkat dua. Ai naik tangga tu lepas tu pergi ke kiri. Bilik dia pada kiri Ai."

Aireen memandang Tuan Zarief Khairil. "I go first."

Tuan Zarief Khairil mengangguk. "I'll wait here."

"Jom, auntie!" ajak Aireen.

Datin Sarimah dan Faryna Aireen naik ke tingkat atas menuju ke bilik tidur Firdaus Haikal. Sampai saja di dalam bilik itu, Alma terkejut melihat Aireen.

"Eh? Kau buat apa dekat sini?" soalnya.

"Auntie yang suruh aku datang sini tengok anak dia." jawab Aireen.

"Eh, kau tak payah menyibuk lah. Aku ada... aku boleh jaga dia. Aku tunang dia."

"Diam ajelah. Aku datang sini bukan nak dengar suara kau pun. Aku datang sebab auntie."

Alma mencebik sambil menyilang dada. "Umi, kenapa umi panggil perempuan ni datang? Alma ada boleh jaga Haikal."

"Umi sendiri pun Haikal tak nak layan apatah lagi kamu. Sudah, tak payah nak cemburu tak tentu pasal. Aireen datang sini atas arahan umi sendiri."

Kemudian Datin Sarimah mengejut Haikal untuk bangun makan. Lelaki itu kelihatan sangat pucat dan tidak bermaya kerana langsung tidak menjamah apa apa makanan.

"Haikal... bangun. Aireen datang nak jumpa Haikal." kata uminya sendiri.

Aireen hanya diam namun di dalam hatinya terasa amat janggal. Tiba tiba saja dia harus membantu lelaki yang tidak pernah dicintai apatah lagi ambil peduli.

"Ai... Aireen?" tanya Haikal yang sedikit lemah.

Haikal terus membuka matanya dengan seluas mungkin. Dia tersenyum apabila melihat Aireen yang berdiri di hadapannya.

"Aireen! Sayang, you datang!" katanya dengan gembira.

"Sayang!?" marah Alma yang mendengar.

"Haikal, you panggil Aireen sayang? You dah kenapa? I ni yang patutnya you panggil sayang. Bukan perempuan ni!"

"You diam! I tak bercakap dengan you. You keluar sekarang!" jerit Haikal pada Alma sehingga Alma tersentak.

Datin Sarimah hanya mampu diam melihat keadaan itu. Dia tersepit di antara membela anak atau menyokong bakal menantu.

"Umi dan Alma keluar! Haikal tak nak ada orang lain dalam bilik ni selain Aireen." arah Haikal.

"Eh, tak boleh lah macam tu! I dah ada depan mata you ni kan? You jangan lah marah macam ni lagi." kata Aireen.

Tak pasal pasal Datin Sarimah dimarahi sekali.

"Tapi I tak nak sesiapa kacau kita. I rindu you... I nak berdua dengan you." manja Haikal.

Aireen memandang Datin Sarimah. Dia buntu.

"Hmm... boleh tak auntie bawa Alma keluar dulu? Biar saya cuba pujuk Haikal dan kasi dia makan. Emosi dia tak stabil sangat ni. Sebab tu dia pun marah auntie."

Tiada kata pilihan lain, Datin Sarimah terpaksa setuju. Dia memanggil Alma yang mencebik kemudian berlalu pergi keluar dari bilik tidur Haikal.

Usai pergi, Haikal tersenyum.

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now