Bab 57

16.2K 885 23
                                    

TUBUH badan Datuk Kamal Effendi diangkat oleh Rashdan dan Tuan Zarief Khairil untuk dibawa berehat di atas katil. Siang tadi, apabila Tuan Zarief Khairil telah mendapat kebenaran daripada doktor untuk membawa bapa mentuanya pulang ke rumah, Tuan Zarief Khairil terus meminta Jeffrey membeli segala keperluan medikal yang Datuk Kamal Effendi perlukan seperti alatan kesihatan peribadi dan kerusi roda elektrik yang akan digunakan oleh Datuk Kamal Effendi apabila beransur pulih nanti.

Senang beli awal awal supaya semuanya sudah tersedia ada.

Keadaan Datuk Kamal Effendi juga sama saja. Bibirnya masih tergagap gagap untuk berbicara manakala anggota kaki dan tangannya masih mengeras tidak bermaya. Hanya mata dan telinga saja yang masih boleh bergerak gerak.

Usai selesai memindahkan Datuk Kamal Effendi daripada kerusi roda biasa ke atas katil, Tuan Zarief Khairil menyelimuti tubuh badan lelaki itu dengan selimut tebal.

"Papa berehat ya? Nanti malam, Zarief akan kasi papa makan ubat." kata Tuan Zarief Khairil lagi pada Datuk Kamal Effendi.

Datuk Kamal Effendi menjawab dengan anggukan yang perlahan. Kemudian Tuan Zarief Khairil mengajak Rashdan beredar keluar dari bilik tidur itu. Di luar bilik tidur, Tuan Zarief Khairil berterima kasih pada Rashdan kerana telah membantunya menguruskan Datuk Kamal Effendi.

"Terima kasih sebab kau sudi tolong aku hari ini." ucap Tuan Zarief Khairil.

Rashdan tersenyum. "Tak ada apalah. Lagipun aku memang dah janji untuk tolong kau apa saja bila aku ada masa lapang kan? Aku kerja freelance. Memang banyak masa lapang." katanya.

"Okey, semuanya dah lengkap. Ubat papa aku dah suruh pembantu aku letak dalam bekas yang khas untuk dia, kerusi roda elektrik pun aku dah beli sekali dengan segala keperluan perubatan harian dia. Aku harap aku boleh jaga papa dengan baik di sini."

Rashdan mengangguk.

"Tapi aku nak tanya sikit pasal Aireen boleh?" pintanya.

"Kau nak tanya apa?"

"Ai masih tak boleh terima kau nak jaga papa dia di dalam rumah ni ke? Sebab dari hospital sampai ke rumah kau sekarang ni, aku langsung tak nampak batang hidung dia. Dia memang tak nak ambil tahu langsung pasal papa dia ke?"

Soalan Rashdan membuatkan Tuan Zarief Khairil terus mengeluh berat.

"Nampaknya begitu lah. Aku pun tak tahu nak cakap macam lagi dengan isteri aku tu. Hatinya keras sangat nak berbaik dengan papa malah dia langsung tak nak datang jenguk papa. Dia siap cakap yang dia takkan jaga papa. Ego betul dia tu."

Rashdan turut sama simpati.

"Aku tak sangka pulak dia akan jadi macam ni sekali. Well... aku tahu dia memang tak ngam dengan papa dia tapi aku tak expect yang dia akan berdendam dengan papa dia. Aku ingat dia terasa hati aje."

"Itulah. Aku pun fikir macam tu. Aku tahu dia sangat kecewa dengan papa tu tapi itulah hakikatnya... baik atau buruk, papa tetap orang tua dia yang dia harus sayang dan jaga. Tak dinafikan papa memang banyak salah dengan dia tapi aku rasa papa layak untuk terima peluang kedua lagipun papa dah sakit. Mesti dia dah insaf dengan semua salah dia selepas Alma buat dia macam ni."

"Kau cuba lah pujuk dia lagi. Marah macam mana pun dia dengan Datuk Kamal Effendi, Datuk Kamal Effendi tetap papa dia. Itu hakikat yang tak ada siapa boleh ubah." kata Rashdan.

"Dah puas aku pujuk tapi dia tetap ikut keras hati dia. Aku tak nak hal ni jadi punca aku dengan dia bergaduh lagi. Kau tahu kan sejak dia hilang ingatan ni... kami kerap sangat bergaduh. Aku sendiri pun sampai dah lupa yang bila kali terakhir kitaorang gembira bersama."

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now