Bab 34

18K 844 25
                                    

"IT'S too much! I kahwin dengan you bukan sebab harta kekayaan you tahu tak? Haih..."

Apabila hari berganti malam, Tuan Zarief Khairil dan Faryna Aireen terus menjamu selera di ruang makan. Usai selesai pulak, Tuan Zarief Khairil dan Faryna Aireen menuju ke kamar beradu mereka dengan menggunakan lif.

Selagi kaki Aireen tidak sembuh, dia tidak dibenarkan menggunakan tangga.

"Apa benda pulak yang too much ni? Siapa pulak cakap you kahwin dengan I sebab harta kekayaan I? Meh sini biar I cili mulut dia."

Aireen memandang Tuan Zarief Khairil. "Sayang, be serious please?"

Tuan Zarief Khairil mengangguk. "Yalah... I tengah serius lah sekarang ni. Kenapa tiba tiba kita cakap pasal harta kekayaan pulak sebenarnya?" soalnya sendiri.

"Berapa sebenarnya duit hantaran daripada you untuk I?"

Tuan Zarief Khairil diam. Bila seorang perempuan bertanya soalan begitu secara tiba tiba, itu bermakna dia sudah tahu jawapannya.

Lebih tepat lagi... Faryna Aireen dah tahu pasal itu.

"You dah tahu ke?" soal Tuan Zarief Khairil.

Mereka berdua berjalan menuju ke kamar beradu. Tuan Zarief Khairil memimpin tangan Faryna Aireen.

"I dah tahu tapi I nak dengar sendiri daripada mulut you. Tell me honestly now."

Aireen terus duduk di atas katil.

"Ya, sepertimana yang you tahu... duit hantaran I untuk you adalah three hundred thousand United States Dollar. Hari tu bila I tanya you nak duit hantaran berapa, you cakap you tak kisah jadi I kasi ajelah jumlah itu kepada you tanda penghargaan sebab you sudi kahwin dengan I."

Aireen terus mengeluh.

"Baby, I faham you siapa... I tahu you multimillionaire yang boleh beli separuh daripada dunia ni tapi bila you kasi RM1.2 juta lebih sebagai duit hantaran... I rasa sangat bersalah. I bukan kahwin dengan you sebab harta tau. You pun tahu tu kan?"

Tuan Zarief Khairil tersenyum mengangguk.

"Tahu. I tahu you kahwin dengan I bukan sebab harta tapi kan dah menjadi tanggungjawab I untuk sediakan segalanya untuk you? You guna ajelah duit tu buat belanja diri sendiri."

"Tapi itu dah terlampau banyak! Duit hantaran sebanyak itu you kasi I sedangkan you boleh gunakan duit tu untuk bisnes you. I tak perlukan pun sebab I dah ada duit sendiri even duit nafkah pun I..."

"Okey, pasal duit nafkah itu cerita lain. Duit hantaran 300K USD tu memang untuk you dan duit nafkah I kasi you setiap bulan pun memang untuk you."

Tuan Zarief Khairil mencelah kata kata Aireen.

"See? You dah habiskan banyak duit untuk I. Duit nafkah you kasi pada I lima ribu ringgit sebulan campur pulak lagi dengan duit hantaran tu... you... you tak sayang duit ke? You tak rasa membazir ke?" soal Aireen.

Tuan Zarief Khairil menggeleng.

"Tak. Buat apa nak sayang duit? Kenapa nak rasa membazir? You isteri I yang sah dan tanggungjawab I untuk berikan segalanya mengikut kemampuan I. Kalau I kasi you sepertimana suami lain kasi pada isterinya, belum pasti I boleh berlaku adil pada hak you. I tak pernah rasa membazir pun bila pasal you sebab I memang yang nak buat semua ni."

Dia memegang tangan Faryna Aireen.

"Sayang, apa yang I kasi pada you sepanjang kita kahwin ni tak membuatkan I muflis pun tau malah rezeki I semakin murah. Sejak kita kahwin kan... banyak projek besar masuk dalam TZK Empire. Aset dalam dan luar negara tu meningkat naik... urusan I untuk dapatkan deal daripada klien luar sangat mudah. Perniagaan I tak pernah semudah ini, sayang."

Aireen diam.

"You pernah dengar tak ungkapan happy wife happy life?"

Aireen mengangguk.

"Hah... itu yang I sedang buat sekarang ni. I nak pastikan isteri I happy dengan semua perkara yang I sediakan untuk dia. Sayang, I tahu you bukan perempuan pisau cukur atau kaki kikis atau gila harta tapi anggap ajelah semua yang I kasi pada you ni sebagai tanda kasih sayang I pada you. Dalam Islam pun menggalakkan para suami membahagiakan isterinya mengikut kemampuan. Bila isteri I bahagia, I tak peduli apa apa dah."

"Memang I bahagia tapi apa yang you kasi selama ni sangat banyak sampai I tak sanggup nak terima." kata Aireen.

"Kalau macam tu, you anggap ajelah yang duit hantaran you tu sebagai simpanan you untuk masa depan. Di masa depan, I tak tahu apa yang akan berlaku pada I. Mungkin masa tu, I tak mampu nak bantu you so you boleh gunakan duit tu untuk bantu diri you sendiri. Sekiranya I mati, you pun tak perlu bersusah payah untuk sara hidup you sebab semua ini akan jadi milik you. Insya Allah, anak anak kita pun akan terjamin hidupnya."

Aireen terharu.

"You ni terlalu baik lah sayang. I... I tak tahu apa yang I dah buat sampaikan Allah takdirkan lelaki sebaik you untuk jadi suami I."

Tuan Zarief Khairil memeluk Faryna Aireen sambil menciumnya di dahi.

"I pun tak tahu tapi apa yang I tahu adalah I cintakan you sampai I mati."

Aireen tersenyum sendiri. Terima kasih ya tuhan kerana Engkau telah kurniakan seorang suami yang sempurna keperibadiannya untuk aku.

Tiada apa yang aku ingin minta selain Engkau mengizinkan kami untuk bahagia selamanya sehingga ke akhir nyawa.

~~~

"BALIK langsung tak nak beritahu mak kan? Tahu tahu dah muncul depan pintu rumah. Haih bertuah punya budak!" seloroh Ibu Hasmah.

Rashdan hanya ketawa. Dia memeluk ibunya erat.

"Sengaja tak nak beritahu ibu sebab nak buat suprise! Ibu rindu Rash tak?" soalnya.

"Apa tanya soalan macam tu? Mestilah ibu rindu Rash. Lima tahun duduk di luar negara tanpa selalu balik ke sini. Anak lelaki ibu seorang ini ajelah tau."

Rashdan tersenyum. Kemudian dia mencari cari bayang bayang adik perempuannya.

"Mana Zai? Rash balik tak ada pun dia."

"Waktu macam ni Zai tak ada. Dia bekerja di pusat tuisyen Bahasa Inggeris. Pukul enam nanti baliklah dia."

"Oh ya ke? Hmm... petang nanti barulah Rash boleh jumpa dia."

Ibu Hasmah mengangguk. "Ya."

"Ini Rash balik untuk berapa lama pulak ni? Dua minggu macam dulu?"

Rashdan menggeleng. "Tak... kali ni Rash tak balik dua minggu lagi dah."

"Dah tu? Seminggu aje ke?"

Rashdan menggeleng sekali lagi.

"Kali ni Rash balik untuk selama lamanya. Rash akan duduk sini dengan ibu dan Zai. Akan bekerja di sini." katanya lagi.

Ibu Hasmah tersenyum suka.

"Ya ke? Alhamdulillah... akhirnya Allah makbulkan juga doa ibu untuk Rash balik tinggal sini. Syukur!"

Rashdan tersenyum.

"Rash pun tak nak dah duduk Cardiff tu lama lama. Bukannya ada sesiapa pun nak teman Rash di sana. Lebih baik Rash balik sini duduk dengan ibu."

"Baguslah macam tu. Ibu ni dah lama rindu dengan Rash tau. Ni Rash dah balik... ibu tak perlu nak risau rindu lagi."

Rashdan tersenyum. "Tahu."

Kemudian Ibu Hasmah mencuit Rashdan. "Balik sini tak ada bawa bakal menantu untuk ibu ke?"

"Hish ibu ni... bakal menantu apanya? Tak ada orang nak dengan Rash nilah. Bekerja pun sibuk memanjang."

"Tak apalah kalau macam tu nanti ibu carikan jodoh untuk Rash eh?"

"Ibu nak cari jodoh untuk Rash? Ada taste ke ibu ni?" soal Rashdan.

"Hei... jangan pandang ibu sebelah mata okey? Taste ibu lagi hebat daripada taste Rash tau."

Rashdan ketawa kecil. "Yalah ibu..."

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now