Bab 61

17.4K 845 44
                                    

EMPAT mata sedang bertembung sekarang ini. Beberapa hari lalu apabila Tuan Zarief Khairil mengetahui di mana keberadaan Firdaus Haikal daripada hasil intipan Jeffrey dan orang orangnya, dia terus menyuruh Jeffrey membawa lelaki itu kepadanya. Maka... hari ini lah Tuan Zarief Khairil dan Firdaus Haikal berjumpa.

Haikal memandang keadaan sekeliling. Dia tersenyum sinis walaupun dikelilingi oleh orang orang suruhan Jeffrey.

"Haih... punya lah banyak tempat di Kuala Lumpur ni, kau bawa aku ke sini? Tempat yang dah macam tempat jin bertandang ni. Kata multimillionaire tapi tempat ni juga yang jadi pilihan kau. Hmm... kau nak bunuh aku dekat sini ke? Oh, lepas tu kau nak tanam mayat aku di balik dinding konkrit ni kan? Wah... dah macam cerita hantu Banglo Seksyen 2." sinisnya.

Tuan Zarief Khairil tersenyum sumbing. Sinis Haikal sangat menghiburkan hatinya.

"Apa yang kau mengarut ni setan? Bila masa aku cakap aku nak bunuh kau?" soalnya.

"Kalau macam tu, lain kali bawa lah aku jumpa kau dekat tempat yang lebih baik daripada tempat jin bertandang ni."

"Dah tu kau expect aku nak jumpa kau di tempat high class? Duduk berjumpa di dalam limosin sambil minum sparkling mineral water? Macam tu ke?"

Firdaus Haikal mengangguk. "Memang itu taraf aku."

"Taraf kau sepatutnya lebih bawah daripada tempat ni tau. Eh, sudah lah... aku bawa kau jumpa aku ni bukan sebab nak cakap pasal semua tu. Aku nak cakap pasal Faryna Aireen."

"Oh, nak cakap pasal Aireen rupanya? Hmm... kenapa kau tak cakap dari awal tadi? Okey, jom kita bercakap pasal Aireen. Soalan pertama aku... bila kau nak ceraikan Aireen untuk aku?"

Tuan Zarief Khairil menggeleng.

"Kau ni memang perangai macam musibat kan? Dah macam macam kau dan bekas bini kau buat pada dia tapi kau masih boleh tergilakan dia siap tanya aku bila nak ceraikan dia untuk kau. Eh, Aireen tu dah lama tolak diri kau secara terang terangan tau. Apa yang bodoh sangat kau ni sampai tak boleh faham benda tu?"

Haikal ketawa.

"Eh, Aireen tu yang bodoh sebab cintakan kau yang tua ni tau? Masa dia susah di Cardiff dulu... aku yang banyak tolong dia, aku yang ada dengan dia bila dia ada apa saja masalah tapi bila aku luahkan perasaan aku pada dia, macam macam dia kasi alasan dan bila dia balik Malaysia, dia terus kahwin dengan kau."

"Siapa suruh kau yang cepat sangat perasan dan menaruh harapan? Eh, Rashdan pun pernah cintakan Aireen tapi tak pulak dia jadi meroyan macam kau. Dia boleh aje terima hakikat yang Aireen tak cintakan diri dia tapi kenapa kau tak boleh terima hakikat yang sama? Kau tu yang bermasalah... sibuk nak gaslighting orang lain. Perangai kau dengan Alma ni sama aje tau. Memang elok kau orang berdua kahwin dulu tapi tulah bercerai pulak."

Haikal memang wajah Tuan Zarief Khairil dengan tajam.

"Kau tahu tak kenapa aku benci sangat dengan kau?" soalnya.

Tuan Zarief Khairil menggeleng. "Tak tahu tapi kalau kau rasa nak beritahu aku kenapa, silakan."

"Aku benci sangat dengan kau sebab perangai angkuh dan berlagak kau sekarang ni. Kau rasa kau terlalu hebat dengan harta kekayaan kau dan bila kau dapat Faryna Aireen sebagai isteri sedangkan kau belum tentu pasti yang Faryna Aireen akan kekal setia bersama kau seandainya kau kehilangan semua harta kekayaan yang menggelarkan kau sebagai multimillionaire Malaysia suatu hari nanti."

"Faryna Aireen akan tetap bersama dengan aku walau apa pun yang akan berlaku nanti sama ada baik atau buruk. Aku percaya isteri aku akan cintakan aku sampai mati. Kau tak payah nak jadi setan yang menghasut aku untuk ragu ragu dengan isteri aku sendiri."

Tuan Zarief Khairil memberi sepenuhnya kepercayaan dan kesetiaan pada Faryna Aireen dan dia tahu Faryna Aireen akan buat perkara yang sama kepadanya dirinya.

Kemudian Tuan Zarief Khairil menyilangkan tangannya di dada sambil memandang Haikal.

"This chit chat is so boring as hell. So, let's make it short, shall we? Apa yang kau nak untuk kau berhenti muncul dan ganggu hidup aku dan hidup Aireen? Terus terang cakap, aku dah naik muak gila dengan kehadiran kau dalam hidup kami sejak kau menjadi menantu Datuk Kamal Effendi sampai sekarang. Jadi, beritahu aku sekarang apa yang kau nak."

"Aku nak satu perkara aje. Aku nak Faryna Aireen binti Datuk Kamal Effendi. Boleh kau beri dia pada aku?" pinta Haikal.

Tuan Zarief Khairil tersenyum kemudian menggelengkan kepalanya beberapa kali tanda sudah bosan dan kesabarannya makin tipis.

"Aku ni dah habis ayat dah nak cakap dengan kau ni tau. Kau tahu aku takkan bagi Aireen pada kau tapi kau masih nak dia. Boleh tak kau jangan cabar kesabaran aku sangat? Dah elok tak ada kes bunuh di sini, tiba tiba terjadi ni kang lepas tu kau masuk rancangan 999 dan Buletin Utama sebagai jasad tidak bernyawa. Kau nak macam tu ke?"

Haikal tersenyum mengejek.

"So, kau memang ada niat nak bunuh aku lah ni? Wah... macam tak percaya Tuan Zarief Khairil ada niat nak bunuh orang." ejeknya.

"Tadi belum ada niat lagi tapi sekarang niat tu dah ada dan tengah membara bara sekarang ni tapi aku tak rasa ianya akan menjadi dosa sebab jantan keparat berperangai setan macam kau ni memang layak dibunuh pun. Macam nilah... aku beri kau amaran terakhir."

Tuan Zarief Khairil menghampiri Haikal yang duduk di hadapannya.

"Jangan pernah muncul di hadapan Faryna Aireen lagi dan jangan ganggu hidup dia. Lebih baik kau kekal menghilangkan diri sepertimana yang kau buat selama beberapa bulan ni. Aireen tak perlukan kau dalam hidup dia dan dia tak akan pernah pilih kau sebagai teman hidup dia selain aku. Ingat tu."

Tuan Zarief Khairil menepuk bahu Haikal sebelum ingin beredar pergi.

Namun Haikal masih lagi mahu membakar kesabaran Tuan Zarief Khairil. Dia berkata sesuatu yang amat Tuan Zarief Khairil pantang untuk mendengarnya.

"Kalau kau tak boleh beri Aireen pada aku untuk selama lamanya, kau beri ajelah aku pinjam Aireen untuk satu malam. Itu aje dah cukup untuk aku sebenarnya. Lagipun orang selalu cakap someone's wife is the best."

Kemudian Firdaus Haikal terus ketawa besar.

Tuan Zarief Khairil berpaling kembali ke arahnya lalu menghadiahkan sebuah penumbuk di rahang kanan Firdaus Haikal secara tiba tiba dari belakangnya. Terus Haikal terjatuh ke tepi.

"Aku dah cakap tadi jangan cabar kesabaran aku sangat tapi kau pekak tak nak dengar. Itulah hadiah kau! Kau jangan ingat aku ni setaraf dengan kau yang masih lagi mentah ya? Sekali lagi aku pesan... jangan cabar kesabaran aku dan jangan merendahkan kemampuan aku untuk buat hidup kau hancur dan lebih teruk daripada apa yang kau boleh bayangkan. Ingat tu sampai kau mati!"

Tangan Tuan Zarief Khairil yang menjerut kolar baju Haikal dilepaskan. Kemudian dia beredar pergi meninggalkan Haikal yang cedera di rahang kanan yang sudah mula bengkak dan berdarah.

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now