Bab 48

16K 870 22
                                    

"TOK Ayah mengarut apa ni? Bila masa Ai berkahwin dengan dia? Ai baru aje balik dari Cardiff City tiga hari lepas. Sepatutnya Ai balik ke sini dua minggu aje lepas tu Ai kena balik Cardiff City semula."

Faryna Aireen tetap menyangkal kata kata Tuan Ibrahim yang mengatakan dia sudah menjadi isteri orang.

"Ai... Ai dah lama balik ke sini. Ai dah lama habis belajar di Cardiff. It's almost a year ago when you were finished your studies. Now, you're married to Tuan Zarief Khairil. He is your husband and you are his wife."

"No, you must be bluffing. Tok Ayah, I'm just 23 years old. No way I will be married on this age. Ai tak kira... lepas discharge dari hospital, Ai nak balik Cardiff semula." kata Faryna Aireen serius.

Dia memandang Tuan Zarief Khairil yang kelihatan sedih kecewa.

Tak mungkin lelaki ini suami aku? Lihat pada wajah dan rupa, mungkin tua sepuluh tahun daripada aku. Tapi aku tak mungkin akan berkahwin dengan lelaki yang mempunyai jarak umur yang jauh berbeza daripada aku.

Apa ni?

Gurauan apa semua ni?

"Perkara perkahwinan bukan boleh dibuat main Faryna Aireen. Buat apa Tok Ayah nak tipu kamu? Kalau kamu masih tak percaya, kamu boleh tanya Kak Elly atau semua orang yang ada di sini. Mereka semua saksi pernikahan kamu dengan Tuan Zarief Khairil."

Elly datang menghampiri. Dia memegang tangan Faryna Aireen yang masih bingung.

"Ai... Tuan Zarief Khairil tu suami Ai yang sah. Ai dan dia dah berkahwin tiga bulan lebih even majlis persandingan dan pernikahan Ai dan dan Tuan Zarief Khairil tu ada terpapar di dalam majalah dan akhbar."

Elly menunjukkan gambar akad nikah yang ada di dalam telefon pintar miliknya pada Faryna Aireen.

Faryna Aireen melihat gambar itu dengan bingung. Di dalam gambar itu menunjukkan dirinya sedang bersalaman dengan Tuan Zarief Khairil dengan penuh gembira dan bahagia.

Nampak seperti sangat bahagia.

"Ai ingat apa apa tak bila tengok gambar ni?" soal Elly.

Faryna Aireen menggeleng. "Tak ingat apa apa langsung lah." katanya.

Elly mengeluh kecil. Sedang Tuan Zarief Khairil, Tuan Ibrahim dan Elly berpandangan sesama sendiri, Rashdan Zainuddin datang bersama Nely dan Nady.

"Assalamualaikum." ucap Rashdan.

"Waalaikumussalam." jawab Tuan Zarief Khairil, Tuan Ibrahim dan Elly.

"Rashdan? What are you doing here? Bukan ke you masih di Cardiff? You dah berhenti kerja di sana ke?" soal Aireen hairan.

Rashdan diam. Dia, Nely dan Nady sudah sedia maklum bahawa Faryna Aireen sudah hilang ingatan.

"Ai... aku dah lama berhenti kerja di sana dan aku sekarang tinggal di sini for good. Kau tak ingat ke?"

Faryna Aireen menggeleng. "Ingat apa? Ingat yang aku dah berkahwin? Haha... itu semua tipu. Tok Ayah dan Kak Elly sengaja nak bergurau dengan aku." katanya.

Rashdan mengeluh. Dia memandang Faryna Aireen dengan pandangan yang sayu.

"Oh, jangan cakap dengan aku yang kau pun nak kata aku dah kahwin, Rash! Tak... aku belum kahwin lagi. Aku masih ada kehidupan di Cardiff lah. Mustahil untuk aku balik ke sini terus sedangkan Tok Ayah dan kau pun tahu aku tak suka balik ke Malaysia. No... jangan tipu aku lagi tolonglah!"

"Tak ada siapa pun yang tipu kau, Ai. Memang kau dah kahwin dan satu Malaysia dah tahu kau isteri Tuan Zarief Khairil. Ai, bawa bertenang dan cuba ingat balik semua tu perlahan lahan."

Faryna Aireen diam mencuba namun apabila dia mencuba, rasa sakit di kepalanya mula terasa. Dia mengerang sakit.

"Keluar. Semua orang keluar." arah Aireen.

"Sayang, you okey tak?" soal Tuan Zarief Khairil yang risau.

Faryna Aireen menolak tangannya. "You kenapa nak pegang I? You keluar!"

Tuan Zarief Khairil masih tidak berganjak. Faryna Aireen jadi marah.

"Keluar! Semua orang keluar! Keluar!" jeritnya sambil menolak badan Tuan Zarief Khairil yang masih lagi cuba menenangkannya.

"Rash, tekan butang memanggil doktor tu." arah Tok Ayah.

Rashdan tekan dan tak lama kemudian Dr. Mawar Elena dan jururawat datang ke situ.

"Doktor, tolong doktor. Aireen menjadi agresif." ujar Tok Ayah.

"Nurse, masukkan ubat penenang ke dalam jarum." arah Dr. Mawar Elena ke arah jururawat.

"Puan Aireen, bawa bertenang puan. Relaks... kenapa ni?" soal Dr. Mawar Elena.

"Suruh semua orang keluar! Jangan ganggu saya lagi. Saya tak nak tengok muka siapa pun di sini!" marah Aireen.

"Ya puan tapi semua yang ada di sini adalah ahli keluarga puan. Itu suami puan. Puan tak boleh macam ni."

"Saya tak ada suami! Saya belum berkahwin. Doktor jangan dengar kata mereka semua ni. Mereka tipu."

Faryna Aireen separa meronta ronta.

"Nurse!" panggil Dr. Mawar Elena.

Jururawat itu memberikan jarum picagari yang berisi cecair ubat penenang pada Dr. Mawar Elena kemudian Dr. Mawar Elena dengan pantas menyuntik cecair di lengan Faryna Aireen bagi memenangkan dirinya.

Beberapa minit kemudian, Faryna Aireen berhenti meronta ronta kerana dirinya sudah terlena di pangkuan Tuan Zarief Khairil yang sedari tadi menahan dirinya.

Dia meletakkan semula Faryna Aireen untuk lena di atas katil lalu menarik selimut untuk menghalang rasa sejuk.

Dr. Mawar Elena memandang Tuan Zarief Khairil.

"She can be more aggressive than this. I think we need to give her more time to accept everything that happened after meeting and married with you, Tuan Zarief Khairil. In this case, it is not easy and it takes a lot of time, effort and patience."

"Tapi takkan saya tak boleh nak dekat dengan dia langsung?" soal Tuan Zarief Khairil.

"Boleh, tuan boleh dekat dengan puan tapi tuan kena berkawan dengan dia dulu. Semua orang kena bagi dia faham keadaan ni dulu... kena bagi dia ruang untuk lalui keadaan ni. Sekarang ni puan tak ingat pada tuan aje jadi tuan kena berkenalan dengan dia sama macam tuan mula kenal puan dulu. Ambil hati dia perlahan lahan."

Tuan Zarief Khairil mengangguk.

"Okey tapi berapa lama lagi dia akan berada di dalam wad ni?"

"Mungkin tak lama. Saya akan pantau keadaan puan dalam masa dua tiga hari lagi. Kalau tak ada apa apa masalah, she can go home."

Dr. Mawar Elena berlalu pergi. Tuan Zarief Khairil memandang Tuan Ibrahim.

"Kenapa semua ni jadi semasa kami baru nak hidup bahagia Tok Ayah? Dulu Alma dan Haikal tak habis habis mahu menganggu rumahtangga kami tapi sekarang Aireen pulak lupa siapa Zarief di dalam hidup dia. Zarief tak kisah kalau Zarief hilang segalanya untuk Aireen tapi kalau Zarief yang hilang Aireen... Zarief tak sanggup. Tak mampu untuk hilang orang yang paling Zarief cinta."

"Zarief takkan hilang Aireen. Aireen akan tetap bersama Zarief cuma bukan sebagai isteri yang mengingati Zarief aje. Tak apa, setiap penyakit boleh disembuhkan. Nanti Tok Ayah sendiri akan usaha untuk buat Aireen ingat siapa suaminya. Zarief tak boleh putus asa macam ni... tak boleh mengalah macam ni. Cinta harus dipertahankan." pesan Tok Ayah.

Tok Ayah memeluk Tuan Zarief Khairil untuk menenangkan hatinya. Tok Ayah yakin bahawa cucu kesayangannya akan sembuh dan boleh sembuh.

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now