Bab 59

16.2K 911 69
                                    

WAJAHNYA hairan memandang semua bekalan makanan berkelah yang dibawa oleh Tuan Zarief Khairil itu. Bila masa dia sempat sediakan semua ini? Banyak pulak tu. Kalau dia masak di dapur tadi, mesti aku boleh dengar bunyi orang memasak.

Hmm...

"Kenapa berkerut sangat muka you tu sayang? Makan lah." kata Tuan Zarief Khairil.

"You masak ke you beli semua makanan ni? Spageti... sandwic telur, egg tarts, jus buah lagi. Banyak eh masa you masak semua ni?"

"Mesti lah. I buat semua ni untuk you kan so macam mana sekali pun I mesti cari masa untuk you."

"Oh, macam tu..." ujar Aireen.

Tuan Zarief Khairil mengangguk. "Ya... macam tulah!"

"Tapi kenapa dekat setiap bekas makanan ada pelekat harga ya? Sandwic telur RM3... egg tarts... RM11 and spageti RM18. Lepas you masak semua ni, you bungkus siap siap lepas tu letak harga ya?" sinis Faryna Aireen.

Tuan Zarief Khairil tersengih janggal.

"Kantoi pulak!" jawabnya.

Faryna Aireen tersenyum menggeleng. "Nak menipu isteri biar pandai." katanya.

"I bukan niat nak tipu you."

"Dah tu? Apa salahnya kalau you beritahu I yang you memang beli semua makanan ni? I bukannya akan marah bila you beli semua makanan ni."

"Tapi sekarang ni you marah." kata Tuan Zarief Khairil.

"I marah sebab you tipu I. Okey, kalau pasal benda remeh ni pun you boleh tipu I, itu bermakna you boleh tipu I pasal benda besar juga. Marriage do not worked with that way, Tuan Zarief Khairil."

Tuan Zarief Khairil mengangkat tangan seperti sedang mengangkat sumpah. 

"Baiklah, jika begitu saya... Tuan Zarief Khairil bin Tuan Abdul Zahir, berjanji bahawa tidak lagi akan pernah menipu isteri saya iaitu Faryna Aireen binti Datuk Kamal Effendi tentang apa saja perkara tidak kira ianya perkara kecil atau besar, remeh atau serius sepanjang perkahwinan ini."

Faryna Aireen senyum sinis. "Main main eh?"

"Bukan main main lah. Itu janji betul I."

Kemudian Faryna Aireen mencari sudu dan garpu untuk digunakan sewaktu makan. Namun tiada.

"Eh, mana sudu dan garpu plastik?" soal Faryna Aireen pada Tuan Zarief Khairil.

"Oh... I lupa nak bawa keluar. Ada dalam kereta. Kejap, I pergi ambil."

"Tak payah lah. Biar I aje yang ambil. I pun nak ambil power bank juga ni."

 "Okey." jawab Tuan Zarief Khairil.

Faryna Aireen bangun dari tempat berkelah itu lalu berjalan menuju ke kereta Range Rover Velar milik Tuan Zarief Khairil. Dia mengnyahmatikan sistem kunci pintu lalu membukanya untuk mengambil barang yang dia sedang cari.

Dia mengambil power bank berserta kabel pengecas dan sudu garpu yang berada di dalam poket belakang kereta. Usai dapat, dia kembali menghidupkan sistem penggera dan kunci pintu kereta SUV mewah itu. Sedang pula dia ingin menuju kembali ke arah Tuan Zarief Khairil yang menunggu dirinya, ada sebiji bola tampar sedang melayang terbang ke arahnya lalu kerana tidak perasan kedatangan bola itu, kepala Faryna Aireen terkena lemparan bola tampar itu dengan kuat sehingga dia menjerit secara automatik.

"Auch!" jerit Faryna Aireen sehingga kedengaran di telinga Tuan Zarief Khairil yang memandang.

"Sayang!" panggil Tuan Zarief Khairil yang bergegas ke arah Faryna Aireen.

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now