Bab 15

21.5K 1K 15
                                    

STERENG kereta Mini Cooper S berwarna biru cair itu dipegang sambil mata sibuk memerhati para tetamu yang hadir ke majlis ulang tahun perkahwinan Datuk Kamal Effendi dan Datin Farah pada hari ini.

Faryna Aireen rasa berat langkah untuk masuk ke dalam banglo mewah itu. Dahulu itulah syurganya. Syurga yang penuh dengan kebahagiaan secara bertiga saat berusia hari sehingga satu dekad. Akhirnya... siapa sangka syurga itu telah diruntuhkan oleh orang yang paling dia sayangi.

Dengan mudah Datuk Kamal Effendi menggantikan semua kenangan mereka bertiga tanpa secalit rasa bersalah mahupun berduka.

Matanya yang berwarna coklat gelap itu tertumpu pada keriangan dan keseronokan Datuk Kamal Effendi dan Datin Farah serta Alma semasa majlis berlangsung. Faryna Aireen membayangi seandainya itu adalah momen dirinya bersama lelaki yang sama dan arwah mama.

Alangkah bahagianya dia sama seperti bahagia yang Alma rasakan sekarang.

Sambil itu, air mata Faryna Aireen mula mengalir perlahan lahan. Dirinya sangat berbeza dengan Alma meskipun dia yang lebih berjaya.

Alma tidak ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran namun masih dapat perhatian dan kasih sayang daripada insan yang bergelar bapa manakala Aireen yang lebih berjaya harus menumpang kasih sayang daripada seorang insan yang bergelar datuk kepadanya.

Walaupun bertahun tahun telah berlalu hati Aireen masih tidak mampu melepaskan semuanya. Ahh! Besar sungguh ujian yang dia lalui sampai meninggalkan kesan yang sangat mendalam.

Tak lama kemudian Faryna Aireen mengesat air matanya lalu bereaksi seperti tiada apa yang berlaku. Dia turun dari kereta dan terus berjalan masuk ke dalam kawasan rumah banglo milik Datuk Kamal Effendi.

Sampai saja di situ, Faryna Aireen terus berdiri di hadapan Datuk Kamal Effendi dan Datin Farah lantas bersalaman acuh tak acuh saja.

"Kenapa lambat? Papa suruh Ai datang pukul 8.30 pm tapi 9.15 pm baru muncul." ujar Datuk Kamal Effendi.

Aireen mengeluh. "Banyak kerja tadi." jawabnya.

"Kerja lagi penting daripada keluarga ke?" soal sinis Datuk Kamal Effendi.

"Yang penting saya dah sampai di rumah Datuk kan? Apa lagi yang Datuk yang tak puas hati? Haih..."

Datuk Kamal Effendi mengetap bibir dan menjengkelkan mata kerana menahan marah lantas Datin Farah menenangkan keadaan mereka berdua.

"Sudahlah bertegang urat tu. Majlis tak habis lagi ni dan masih ramai tetamu yang ada di sini. Abang... kan Aireen dah sampai ke sini. Okeylah tu. Nak marah dia lagi buat apa?" soal Datin Farah.

Datuk Kamal Effendi mengeluh kasar terus berlalu pergi. Datin Farah memandang Aireen.

"Maafkan papa tu ya?" pinta Datin Farah.

Aireen tersenyum sekilas. "Saya tak terasa hati pun. Ini bukan kali pertama Datuk sakitkan hati saya."

Datin Farah diam.

"Saya ke sana dulu lah." kata Aireen.

Sampai di meja kenduri, Aireen duduk di sebelah Alma dengan terpaksa oleh kerana sudah tertulis namanya di situ. Baru saja nak duduk, Alma sudah berkias dengannya.

"Wah... tetamu VVIP dah sampai!" perli Alma.

"Diam ajelah mulut kau tu. Tak payah nak try hard sakitkan hati aku." jawab Aireen.

Alma tersenyum sinis.

"Aku suruh kau datang awal tapi lambat juga akhirnya. Apa payah sangat kau nak ikut?"

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now