bab 2

319 25 9
                                    

Wardah melangkah masuk ke dalam rumah yang sedikit usang itu . Adiknya yang sedang terbaring di lantai diperhatikan dengan wajah yang polos . Sorry Wanie , akak masih tak dapat kerja lagi .

"Akak dah balik?" Tanya Wanie selaku adiknya .

"Hurm"

"Macam mana? Dah dapat kerja?"

"Belum . Maafkan akak ye"

Wanie tersenyum . Dia tahu , bukan mudah hendak mencari kerja zaman sekarang . Lagi pula , kakaknya itu berpakaian kolot . Siapa yang mahu mengambil nya sebagai pekerja ?

"Tak apa .. esok masih ada . Akak dah makan ? Mak ada masak lebih dekat dapur . Cukuplah untuk akak seorang . Wanie dah makan tadi"

"Akak tak lapar. Cuma penat . Akak masuk bilik dulu ye. Kalau ada apa-apa , panggil je. Nanti akak datang"

"Okay"

Lalu Wardah berjalan mahu masuk ke biliknya .

"Ha , dah dapat kerja belum?" tanya puan Wati .

"Belum mak ..."

"Memang kena lah dengan muka kau Wardah . Aku fikir , kau boleh lah jadi harapan keluarga ni . Rupanya sama je! Eh kau tak kasihankan adik kau ke? Dah seminggu dia terlantar dekat lantai tu . Kos perubatan dia macam mana? Kau nak dia mati ke?"

"Tak mak ... Wardah dah cuba cari . Tak jumpa . Lagipun ramai dah orang kampung kerja dekat bandar tu . Peluang pekerjaan jadi sikit mak ..."

"Menjawab! Itu je lah kerja kau! Langsung tak hormat aku yang dah tua ni! Dah pandai nak mengajar aku!" Puan Wati menolak kuat dahi anak sulungnya .

"Mak , Wardah minta maaf .. Wardah dah berusaha cari"

"Alasan ! Kau kerja jelah dekat kedai makan ke , kedai buku ke , tu pun susah ! Kau yang malas kan?!"

Wardah mendiamkan dirinya . Kalau dijawab , pasti akan dimarahi teruk oleh puan wati . Wardah sedaya upaya menahan air matanya dari menitis .

"Memang anak tak guna . Membazir 9 bulan aku ni mengandung kan kau . Rupanya , pembawa bala rumah sahaja"

Puan Wati berjalan pergi . Justeru , air mata Wardah jatuh ke pipi setelah mendengar ayat yang dihamburkan oleh emaknya . Beban sangat ke Wardah ni mak ? ...

Wardah terus mengunci diri di dalam bilik lalu duduk memeluk diri di birai katil .

"Kena marah sikit , dah sibuk berkurung diri . Kau fikir ada orang nak kesah kan kau ? Sendiri yang salah , sendiri yang nak merajuk . Apa punya manusia lah kau ni!" Kata puan Wati dari arah luar .

Wardah hanya memekakkan telinganya . Malas hendak melayan emaknya yang langsung tidak faham usahanya itu . Yang dia tahu , hanya marah , marah , marah . Cuba kalau dia suruh emak nya pula cari kerja . Pasti tak nak bukan?






















Noah memandu kereta berjenama Roll-Royce Phantom itu dengan cermat . Kawan baiknya dibelakang diperhatikan .

"Minah tu nak apa tadi?" tanya Noah penuh perasaan geram .

"Macam biasalah. Nak jumpa Dhia"

"Huh! Alasan! Entah-entah , dia nak minta duit kau lagi . Bukan boleh percaya dia tu . Dhia tu cuma mangsa keadaan sahaja"

"Aku tahu"

"Habis , kau tak nak buat apa-apa ke? Minggu ni saja , dah 3 hari berturut turut dia datang . Nasib baiklah kau dengan dhia sibuk dekat pejabat . Dapatlah aku halang dia"

"Aku tak boleh nak buat apa-apa lagi Noah . Dah banyak kali aku pesan pada dia . Jangan ganggu aku dengan Dhia lagi . Tapi dia degil . Tak kan lah aku nak buat laporan polis . Dia masih ibu kandung pada Dhia"

"Susah lah macam ni . Even Dhia sendiri jijik nak jumpa si Riyana tu . Kesian aku dekat anak kau tu . Dapat mommy macam Riyana"

"Dahlah Noah . Benda dah lepas . Dia pun pernah bahagiakan aku dulu . Aku nak salahkan dia lebih-lebih pun tak guna dah . Sekarang ni , aku nak fokus pada Dhia dengan kerja aku je" Tengku Hamizan memegang kepala sendiri .

"Ye , aku tahu . Bukan senang nak jadi ayah tunggal ni . Biasa aku nampak ibu tunggal saja"

"Pandailah kau"

"Cari pengganti sorang lah Mizan .. aku tahu kau banyak kerja dekat pejabat tu . Kalau aku pun , aku tak boleh tahan penat . Tak pun , kau carikan penjaga budak untuk Dhia tu"

"Aku pun ada terfikir benda yang sama . Tapi Noah , bukan senang nak percaya orang sekarang ni . Takut diorang ambil kesempatan"

"Orang berduit dan handsome macam kau ni , siapa je tak nak ambil kesempatan . Aku yang lelaki ni pun , rasa macam nak cium kau je" Noah tersenyum senget .

Tengku Hamizan sudah meremang dengar .

"Kau jangan macam macam Noah , hari ni juga aku pecat kau nanti"

"Gurau lah bro . Kau ni pun . Jangan risau . Aku tegak lagi" Balas Noah lalu kembali fokus pada jalan .

Sekali sekala bergurau dengan boss dingin ni . Apa salahnya ? Asyik nak serious aje . Tak best juga .

_

W A R D A H (OG)Where stories live. Discover now