Tengku Hamizan berhenti seketika dan duduk berehat di salah satu bangku berdekatan sungai kawan rekreasi itu.
Permandangan di hadapannya direnung dengan penuh rasa bersyukur. Dia sangat berterima kasih kepada Allah SWT yang telah menciptakan alam sekitar yang cukup indah ini.
Lelaki itu tersenyum.
"Hamizan?" tegur satu suara perempuan di belakangnya.
Tengku Hamizan menoleh. Wajahnya berubah dalam sekelip mata. Dia sengaja menghiraukan teguran perempuan itu.
"Hello? Dah tak nampak I dekat sini ke?" soal Riyana lalu gadis itu berdiri di hadapan Tengku Hamizan.
"What do you want, miss Riyana?" tanya Tengku Hamizan. Bibir mungil Riyana mengukir senyuman.
"I ada datang rumah you hari tu. Dah lama lah juga. Tapi you tak ada. Mak Leha kata you pergi rumah mama"
"Then?"
"Actually, I agak terkejut sebab you bawa Wardah sekali."
"Ofcourse. Dia bakal isteri I kot"
"Yeah, i know Hamizan. Tak perlu nak ingatkan banyak kali"
"Takut you terlupa"
"Hm. " Riyana menjeling bekas suaminya itu. Tangannya disilangkan ke dada.
"I ada benda nak bagitahu you" sambung Riyana.
"I know. Lagi tadi I tunggu tapi you ubah topik. I layan kan aje" jawab Tengku Hamizan dingin.
Bertembung atau berjumpa dengan Riyana itu umpama satu nasib yang tidak baik terhadap diri lelaki itu. Makin dilihat wajah perempuan itu, makin sakit hati.
"I nak jemput you dan yang lain-lain datang majlis pernikahan I dengan Daniel. Minggu depan."
Tengku Hamizan memandang tepat ke arah Riyana untuk memastikan bahawa gadis itu betul-betul serius.
Okay, serius.
"Wah, tahniah. Tak sangka you ada hati nak jemput kami sekeluarga ni. I ingatkan majlis pernikahan tu tak akan terjadi. Yelah, lama sangat."
"Itulah. I memang dah plan lama. Tapi Daniel sendiri yang tak bersedia" tipu Riyana.
Tengku Hamizan mengangguk faham.
"Insyaallah I datang. Urm, I got to go. See you next week" balas lelaki itu dan bangun dari posisi duduk.
"Oh. Sebelum I lupa. Bawa sekali bakal isteri you tu. Kalau boleh, I nak kenal dengan dia lebih rapat lagi. Mana tahu kami boleh jadi kawan kan?" ujar Riyana.
"Eh. Mestilah I akan bawa dia. For your information, bila dia tak ada sesaat pun dekat sebelah I, I rasa macam dah setahun tak jumpa. So don't worry Riyana."
Tengku Hamizan terus berjalan pergi meninggalkan gadis itu di belakang.
"Oh Wardah. You're so lucky." tutur Riyana berseorangan. Dia juga turut meninggalkan kawasan itu dan sambung berjoging.
Wardah duduk menonton televisyen di ruang tamu sambil memerhatikan pergerakan Dhia yang sibuk bermain bersama anak patungnya.
Mak Leha pula sedang kusyuk mengemas di dapur. Bukan Wardah tidak mahu tolong, cuma bila dia masuk selangkah ke dapur pasti dihalang Mak Leha.
"Hai. Buat apa?" tanya Noah secara mengejut.
"Noah. Terkejut saya"
"Hehe. Maaf"
"Tak ada buat apa pun. Tengah sibuk jaga Dhia ni lah" balas Wardah.
"Ohhh. Nampak Hamizan tak?" soal Noah lagi.
"Dia keluar joging tadi. Awak tak nampak? Setahu saya, awak ada dekat luar tadi kan?"
"Haah. Saya memang ada dekat luar. Tapi tak perasan pula. Selalunya dia suruh saya hidupkan enjin dulu sebelum nak keluar pergi mana-mana"
"Mungkin dia nak berjalan kot hari ni" kata Wardah.
"Mungkin"
Lalu mereka berdua kembali tidak bersuara. Keadaan menjadi kekok semula. Dhia yang lagi tadi bermain seorang diri itu berjalan menghampiri mereka berdua.
"Uncle ... Bila daddy nak balik ni" rungut Dhia.
"Kejap lagi balik lah tu. Kalau daddy naik kereta dengan uncle tadi, mesti dah lama sampai rumah"
"Hurm ... Dhia rindukan daddy."
"Elehh, kalau daddy ada bukan Dhia nak layan pun kan? Drama ajelah budak ni" usik Noah. Dhia menahan diri daripada nangis.
"Noah ... Apa lah usik budak-budak macam tu? Tengok. Dah nak nangis dah dia. Kalau Encik Hamizan tahu, masak awak!"
"Yelah yelah. Uncle Noah minta maaf ye. Nanti uncle call daddy suruh balik cepat" pujuk Noah.
Dhia mengangguk perlahan manakala Wardah tertawa kecil melihat gelagat mereka berdua. Ada sahajalah! Dah macam adik dan abang.
Wanie memakai selipar buruknya itu menuju ke luar perkarangan rumah. Udara segar di luar dihirup dengan gembira. Dah lama juga dia tidak keluar dari rumah sejak dari sakit hari tu.
"Haish! Kalau lah antibodi aku ni tak lemah, mesti seronok! Tak ada lah nak sakit tiap-tiap bulan" kata Wanie.
"Oi. Tak ada kerja ke? Dah macam orang gila bercakap sorang-sorang. Efek demam hari tu ke?" jerit Puan Wati.
"Apa mak ni. Wanie nak hirup udara kat luar ni pun tak boleh lah. Sibuk aje."
"Daripada kau tergedik-gedik nak hirup udara segar tu, baik kau tolong aku beli barang dapur dekat kedai Pak Halim sana. Beras pun nak habis dah ni. Tak makan kau petang ni karang"
Ish. Ada je yang tak kena. Kalau akak ada kan bagus. Boleh suruh dia beli. Malas betul lah!
Desis hati Wanie.
"Kau tercegat apa lagi? Cepatlah! Ambil duit dekat dalam laci sana. Heh budak ni. Orang suruh tu boleh tak cepat sikit" bebel Puan Wati.
"Ye mak! Wanie datang lah ni!" sahut Wanie dengan muka yang masam.
Pantas dia membuka langkah menuju semula ke dalam rumah. Baru nak menikmati kawasan luar rumah dengan tenang, dah terpaksa pula menikmati permandangan kedai Pak Halim kejap lagi.
Nasib baik mak nya sendiri yang suruh. Kalau tak, tak ada maknanya Wanie yang pemalas ini hendak pergi.
_
YOU ARE READING
W A R D A H (OG)
Romance❝𝘞𝘩𝘦𝘯 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘸𝘪𝘭𝘭𝘴 𝘵𝘸𝘰 𝘱𝘦𝘰𝘱𝘭𝘦 𝘵𝘰 𝘶𝘯𝘪𝘵𝘦, 𝘯𝘰 𝘧𝘰𝘳𝘤𝘦 𝘪𝘯 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘦𝘢𝘳𝘵𝘩 𝘤𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘱𝘢𝘳𝘢𝘵𝘦 𝘵𝘩𝘦𝘮❞ __ "I still love you, and I hate myself for it" Gadis itu sudah lelah terus disakiti oleh manusia yang be...