"Apa?" soal Wardah keliru. Siap bersyarat bagai.
"Tak ada apa yang susah dan serius pun... Lepas kau kahwin, aku tak nak kau lepaskan tanggungjawab kau sebagai seorang anak"
"Mestilah mak... Tak kan lah Wardah nak lupakan mak dan Wanie"
"Itu aku tak kisah. Kau ni, macam tak faham pula..."
Wardah mengerutkan kening. Apa sebenarnya yang puan Wati mahu?
"Haish, duit lah. Apa lagi... Kau ni lembab lah" kata puan Wati lalu menjeling anak sulungnya itu.
Wardah tersenyum pahit tatkala mendengar jawapan puan Wati.
"Wardah usaha ye mak. Wardah janji, tiap-tiap bulan Wardah bagi mak duit. Jangan risau"
"Hm. Bagi jangan sengkek sangat. Yelah, bakal suami dah pakai kereta mahal-mahal... Tak kan lah nak bagi mak mertua nya duit banyak-banyak pun tak boleh..." perli puan Wati.
Tengku Hamizan mengetap bibirnya. Tadi bukan main rancak mengutuk dirinya. Sekarang, main minta sahaja duit.
Haih, nasib baiklah aku betul-betul nak berkahwin dengan anak kau ni perempuan...
"Of course... Bukan setakat duit je saya boleh bagi. Silap haribulan, tanah puan pun saya boleh beli" balas Tengku Hamizan.
"Kau ni-"
"Mak pun dah setuju. Jadi tak perlu lah kita bergaduh lagi. Tak elok" sampuk Wardah.
Wanie yang lagi tadi memerhatikan mereka bertiga itu tiba-tiba sahaja tertawa.
"Mak dengan akak ni cakap macam tak fikir kan?" kata Wanie.
"Apa maksud Wanie?" soal Wardah.
"Abang Naqib macam mana? Akak lupa ke? Kalau akak lupa, Wanie boleh ingatkan. Hm... Nak mula dari mana ye?" jawab Wanie lalu membuat gaya seperti berfikir.
"Oh yes! Akak ingat tak yang akak dah janji nak kahwin dengan dia 2 tahun lepas? Masa tu dia belum ada duit lagi nak masuk meminang akak. Sekarang ni, Wanie tengok bukan main lagi dia bekerja keras nak halalkan akak. Kesian. Setahu Wanie, akak dengan abang Naqib belum lagi berpisah kan? Sampai hati akak... Kecewa dia" jelas Wanie.
"Wanie, akak dengan abang Naqib dah tak ada apa-apa dah. Kami dah lama berpisah. Mungkin Wanie tak pernah tahu. Sebab tu sejak akhir-akhir ni akak tak pernah berjumpa dengan dia" tipu Wardah.
Walaupun perit untuk dia mengungkapkan kata-kata itu, dia terpaksa. Gadis ini tiada jalan lain.
"What? Berpisah?"
"Iya. Sekarang ni, akak tak nak Wanie cerita pasal dia lagi. Akak dengan Tengku Hamizan ni dah nak berkahwin dah. Akak harap Wanie faham"
Wanie menahan geram mendengar balasan Wardah itu. Pipinya terasa merah. Geram!
"Dah dah. Wardah, esok kau pergilah jumpa keluarga bakal suami kau ni. Lagi cepat lagi bagus. Tak ada lah peluang untuk orang ketiga yang nak kacau hubungan kau berdua ni nanti" pesan puan Wati.
"Baik mak"
"Terima kasih, puan"
Mereka berdua memandang satu sama lain. Tiada langsung perasaan cinta diantara mereka. Kosong.
Wanie hanya mendiamkan diri dan terus melangkah masuk ke dalam bilik.
"Tak guna" Wanie mengomel sendirian.
Naqib mengeluarkan sejumlah wang rm10 dan dihulurkan kepada mak Som. Plastik yang berisi gula dan garam itu diambil.
"Tak payah baki lah mak Som. Saya nak cepat ni" ujar Naqib.
YOU ARE READING
W A R D A H (OG)
Romance❝𝘞𝘩𝘦𝘯 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘸𝘪𝘭𝘭𝘴 𝘵𝘸𝘰 𝘱𝘦𝘰𝘱𝘭𝘦 𝘵𝘰 𝘶𝘯𝘪𝘵𝘦, 𝘯𝘰 𝘧𝘰𝘳𝘤𝘦 𝘪𝘯 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘦𝘢𝘳𝘵𝘩 𝘤𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘱𝘢𝘳𝘢𝘵𝘦 𝘵𝘩𝘦𝘮❞ __ "I still love you, and I hate myself for it" Gadis itu sudah lelah terus disakiti oleh manusia yang be...